MenCaRi DuNiA..

Assalamu'alaikum..

Apa Khabar semua? Insya Allah,semoga kita semua dilimpahi nikmat kesihatan anugerah Nya.. Alhamdulillah.

Sering ana berdiri merenung setiap wajah manusia yang hadir di pandangan mata jika keluar 'shopping' atau mengikut teman. Di fikiran ana tergambar pandangan yang umum ana tanyakan untuk diri sendiri khususnya..
"Bahagiakah kehidupannya di dunia?"
"Sempurnakan agama dalam kehidupannya?"
"Selamatkah dari azab api neraka?"
"Syurga..adakah ini penghuninya?"

bukan sekali ana mempersoal, tapi ana merujuk kepada satu muhasabah terhadap diri ana, akan gambaran kehidupan ahlullah yang menjadi panduan perbandingan buat kita. Mereka yang mendapat nikmat dunia di tangan namun terpahat utuh akhirat di hati..mampukah kita?

Ana seringkali menghayati setiap butir ayat dari kitab AL HIKAM yang secara ringkas menyentuh jauh ke arah kesedaran kita terhadap kehidupan di dunia. Hakikat berserah diri,redha,tawakkal, makrifatullah, dan perkara lain.

Kita TAMAK...
kita tidak pernah merasakan cukup dengan apa yang kita ada.
sentiasa berusaha mencari lebih dan lebih dalam memuaskan kehendak kita.
Takrif kehidupan kita adalah berdasarkan selera nafsu kita.
Keselesaan bagi kita adalah kecukupan dunia yang serba lengkap.
fikiran dan usaha kita kepada lagi..lagi..dan lagi..

Ana turut terhantuk dengan kata-kata ana. Kerana ana sendiri punya aspirasi-aspirasi dunia yang ingin dicapai..tak berkesudahan. Kemalasan, kesungguhan dan ketamakan adalah perkara yang berbeza. Pandanglah dengan penglihatan mata hati yang bersih,insya Allah perbezaannya ketara.

Sering kita menangis pada kesusahan kehidupan namun jarang kita menitis pada jiwa yang miskin dengan cahaya iman.
Kegembiraan dan Kesedihan kita tergambar pada kehidupan dunia kita jauh sekali untuk membandingkannya dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Kita ghairah mengejar kenikmatan sementara..tapi hambar dalam meraih cinta Allah.


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.