DaMBa KeAManaN SeJaGaT















Assalamu'alaikum..

Semoga Allah dengan limpah kurnia Nya merahmati kita dengan nikmat Iman dan Islam yang teguh menjadi asas kehidupan kita.

Sudah cukup sering kita dengar berita tentang jenayah, peperangan dan pembunuhan. Sering air mata menitis melihatkan nasib2 saudara yang ditindas. Pada gambar2 yang memaparkan suatu pengharapan...KEDAMAIAN.

Kekuatan kita adalah pada pegangan utuh Al Quran dan Sunnah. Islam adalah agama sejahtera, agama kedamaian dan agama keamanan sejagat..tapi kita betah memelihara ideologi2, falsafah dan pemikiran yang menghancurkan dan memecahbelahkan kita. Kita terpesong dari panduan yang ditunjukkan oleh utusan Nya, Rasulullah s.a.w. Pada sirahnya, akhlaknya, adabnya dan juga keseluruhan sifat yg dicontohkan pada kita untuk mengikutinya.

Kita kabur dalam mendalami ajaran agama yang hanif,Islam. Tiada kejernihan dalam jiwa kita dalam memahami Islam. Tiada kesungguhan semangat kita dalam menteladani Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.anhum. Langkah kita longlai dalam mengenal Nya.

Apa pengorbanan kita? apa fungsi kita dalam menjadi khalifah di bumi ini?

Lakukan perbicaraan dalam diri,
manakah tingkatan solah kita?
mana letaknya amalan kebajikan kita?
Mana laba pelaburan sedekah jariah kita?
Mana letaknya gunung pengorbanan membela agama kita?

untuk dunia, kita pantas bercita-cita dan berusaha sedaya mungkin.
untuk agama, kita hambar dan terkulai layu..
Matlamat dunia penuh dengan pencapaian-pencapaian,
Matlamat ukhrawi kabur dari pengusahaan ke atasnya..

Keamanan sejagat itu datangnya hanyalah dari jiwa yang bersih dan luhur, yg memahami ajaran hanif lagi suci murni, Islam.. bersandarkan mukjizat Al Quran dan Sunnah.

------------------------
Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.