Terkini Diriku














Assalamu'alaikum

Apa khabar semua?

Akhir-akhir ini, ana sering muhasabah diri yang lemah ini. Dan juga meminta nasihat daripada sahabat untuk menilai diri. Alhamdulillah, terima kasih kepada teguran-teguran ikhlas kalian.

Wajah ana sekarang agak suram dan gelap. Bukan kerana tidak menggunakan produk pencerah muka, tetapi lantaran berkurangnya amal dalam diri. Kini, ana sering melalaikan solah tahajud, kurang amalan memperbaharui wudhu, menangguhkan amalan zikir juga tilawah, dan sering terlepas solah fardhu berjemaah di masjid.

Sahabat juga mengungkapkan rasa rindu kerana atas faktor yang ana fahami. Kehadiran ana ke majlis-majlis ilmu tidak sekerap dulu. Dan sering juga panggilan dari ibu yang menyatakan tetamu-tetamu yang datang menziarahi kerana lama tidak mengetahui perihal semasa ana.

Terbaru, ana disapa oleh Ustaz Amir dalam suatu majlis ilmu. Kehadirannya dengan senyuman yang menyenangkan. Bertanya khabar dan status semasa diri ana. Bercerita sedikit perihal usaha dakwah dan suasana sekitar perumahannya. Kemudian menyentuh lembut perihal diri ana.

Ana diam kerana terlalu berat untuk meluahkan apa yang terjadi. Namun tetap menyatakan sedikit daripada belenggu masalah yang terbuku di hati. ini kerana ana sungguh mencintai nasihat. Ust Amir langsung tidak ambil hati dengan sikap berselindung ana malah tidak mendesak untuk tahu. Sabar...intipati utama dalam keperihatinannya.

"Ujian yang dihadapi jika dilalui dengan sabar, maka Allah akan meneguhkan lagi kekuatan iman kita untuk menghadapi ujian yang lebih getir dari itu. Allah berikan ujian bukan untuk mendera kita teteapi sebagai tanda kasih dari Allah. Kita selalu menyalahkan orang lain bila terjadinya masalah padahal masalah itu datang berpunca dari sekitar kelemahan diri kita, dan cara bagaimana kita mengatasinya..

Teguhkan iman dengan sabar dan kuatkannya dengan amalan.Insya Allah, Allah pasti akan bukakan jalan-jalan keluar.."

Benar nasihat yang diungkapkan Ust Amir. Allah tidak pernah membebankan seseorang melainkan mengikut kemampuan seseorang itu. Dari situ ana mula muhasabah diri dan cuba untuk memperkuatkan peribadi dengan amalan. Setidaknya, ana mula melangkah keluar dari belenggu emosi ini.

Dari kelemahan, tiada lagi puisi-puisi muhasabah ana di malam hari kerana lalainya hati dibuai perasaan. Jutaan terima kasih pada sahabat yang tulus merisaukan perubahan diri ini..juga kebimbangan kalian yang sangat berharga. Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan buat kalian.


Saat hati merintih
menangis kepiluan
emosi membenam qalbu
untuk terasing keseorangan

Tanpa sedar
jiwaku melemah dirundum resah
peribadiku runtun ditelan hampa
umpama biri-biri terpisah kawanannya

Terima Kasih teman
hadirmu memberi cahaya
nasihatmu permata berharga
kerisauanmu tidak ternilai

Allahu ya Robbi
peliharalah tautan kasih ini
rahmatilah ketulusan ini
seumpama mentari menerangi bumi.

Aminn..

::ahmad fikry:: wake up!!
Share/Bookmark

HiTaM PuTiH

Sekiranya tiada matahari yang bersinar lagi memanaskan, nescaya bulan yang begitu indah tidak kelihatan dan malam menjadi suram

Assalamu'alaikum..

Bagaimanakah kehidupan pada kaca mata kita? Apakah kayu ukur yang kita aplikasikan dalam menilai kehidupan kita? dan.. apakah dasar yang kita gunakan untuk melihat "masa depan" kita?

Hisab diri kita, jernihkan penglihatan mata hati kita..adakah pandangan kita masih tertumpu pada titik hitam di atas sehelai kertas putih? Adakah kita masih melihat kotoran itu hina, bersih itu mulia? atau kita kekal begitu dengan kebaikan dan keburukan yang terhasil dari kotak fikiran kita.

Membanding seorang buruh yang membersihkan saluran loji kumbahan yang tersumbat, yang dengannya menjadi manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Dengan seorang pegawai yang segak bergaya, mewah atas hasil rasuah yang diterima serta menyusahkan orang lain yang tertindas.

Pelangi yang datangnya sementara cantik dipandang, bagaimana dengan hujan yang membasahi alam sebagai rahmat Pencipta? Subhanallah..

Ana teringatkan suatu kisah..pada seorang yang dikurniakan ilham untuk mencari wali Allah sebagai teman..bagaimana perasaannya apabila berjumpa wali Allah tersebut bersama dengan sekumpulan pemabuk. First impression..

Bagaimana jangkaan masa depan kita? adakah yang hitam berterusan hitam?

Ana petik kata teman, "Jadilah seumpama lilin, yang membakar diri untuk menerangi ruang sudut gelap."

Kehidupan, mengundang tangisan dan perit lelah. Kerana sememangnya sebegitu kehidupan ini diciptakan. Penilaian kita, adakah mencakupi satu tahun dari sekarang, satu bulan? satu minggu? hari, jam atau saat? Sahabat..hitam biasa pudar memutih..putih biasa kotor menghitam..kita harus melihat, dgn pndgan mata hati beriringan pengharapan terhadap keluasan rahmat Ilahi.

Yakinlah sehingga sedetik nafas akan datang belum pasti milik kita. Sehinggakan impian kita jernih dari syahwat, keinginan kita dihidari nafsu jahat dan perbuatan kita bersama redha Allah.

Insya Allah, sama-sama kita berusaha dan berdoa agar Allah membersihkan perasaan, impian, keinginan dan perbuatan kita kepada semata-mata dambakan cinta Allah.

Doa khudus vs prasangka.

Persengketaan, perbalahan dan penindasan..kita semakin buta dalam melihat.

Rasulullah s.a.w. yang saban malam menangis memikirkan umat, yang berdoa memohon ditimpakan sakit sakaratul maut setiap umat pada dirinya, yang merisaukan umat sehingga akhirnya..kisah cinta sejati bt kita manusia.

..dan ana sendiri..tidak seteguh penyataan keinginan para arifbillah, dan para kekasih Allah.. seumpama pengharapan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang setulusnya ingin menjadi galang ganti untuk menjawab soalan kubur umat.

..namun, teguhkan dan sebarkan lah.. kemanisan dalam meraih cinta Allah.

wassalam..
Share/Bookmark

Mesej pada bakal Zaujah


Pada saat itu,Jiwa saya bergelora,

Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon CSL
Model i200F ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...

Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Bidadari di dunia dan diakhirat,
Yang kenikmatannya lebih kekal abadi.....
Amiinn...

Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.