Terkini Diriku














Assalamu'alaikum

Apa khabar semua?

Akhir-akhir ini, ana sering muhasabah diri yang lemah ini. Dan juga meminta nasihat daripada sahabat untuk menilai diri. Alhamdulillah, terima kasih kepada teguran-teguran ikhlas kalian.

Wajah ana sekarang agak suram dan gelap. Bukan kerana tidak menggunakan produk pencerah muka, tetapi lantaran berkurangnya amal dalam diri. Kini, ana sering melalaikan solah tahajud, kurang amalan memperbaharui wudhu, menangguhkan amalan zikir juga tilawah, dan sering terlepas solah fardhu berjemaah di masjid.

Sahabat juga mengungkapkan rasa rindu kerana atas faktor yang ana fahami. Kehadiran ana ke majlis-majlis ilmu tidak sekerap dulu. Dan sering juga panggilan dari ibu yang menyatakan tetamu-tetamu yang datang menziarahi kerana lama tidak mengetahui perihal semasa ana.

Terbaru, ana disapa oleh Ustaz Amir dalam suatu majlis ilmu. Kehadirannya dengan senyuman yang menyenangkan. Bertanya khabar dan status semasa diri ana. Bercerita sedikit perihal usaha dakwah dan suasana sekitar perumahannya. Kemudian menyentuh lembut perihal diri ana.

Ana diam kerana terlalu berat untuk meluahkan apa yang terjadi. Namun tetap menyatakan sedikit daripada belenggu masalah yang terbuku di hati. ini kerana ana sungguh mencintai nasihat. Ust Amir langsung tidak ambil hati dengan sikap berselindung ana malah tidak mendesak untuk tahu. Sabar...intipati utama dalam keperihatinannya.

"Ujian yang dihadapi jika dilalui dengan sabar, maka Allah akan meneguhkan lagi kekuatan iman kita untuk menghadapi ujian yang lebih getir dari itu. Allah berikan ujian bukan untuk mendera kita teteapi sebagai tanda kasih dari Allah. Kita selalu menyalahkan orang lain bila terjadinya masalah padahal masalah itu datang berpunca dari sekitar kelemahan diri kita, dan cara bagaimana kita mengatasinya..

Teguhkan iman dengan sabar dan kuatkannya dengan amalan.Insya Allah, Allah pasti akan bukakan jalan-jalan keluar.."

Benar nasihat yang diungkapkan Ust Amir. Allah tidak pernah membebankan seseorang melainkan mengikut kemampuan seseorang itu. Dari situ ana mula muhasabah diri dan cuba untuk memperkuatkan peribadi dengan amalan. Setidaknya, ana mula melangkah keluar dari belenggu emosi ini.

Dari kelemahan, tiada lagi puisi-puisi muhasabah ana di malam hari kerana lalainya hati dibuai perasaan. Jutaan terima kasih pada sahabat yang tulus merisaukan perubahan diri ini..juga kebimbangan kalian yang sangat berharga. Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan buat kalian.


Saat hati merintih
menangis kepiluan
emosi membenam qalbu
untuk terasing keseorangan

Tanpa sedar
jiwaku melemah dirundum resah
peribadiku runtun ditelan hampa
umpama biri-biri terpisah kawanannya

Terima Kasih teman
hadirmu memberi cahaya
nasihatmu permata berharga
kerisauanmu tidak ternilai

Allahu ya Robbi
peliharalah tautan kasih ini
rahmatilah ketulusan ini
seumpama mentari menerangi bumi.

Aminn..

::ahmad fikry:: wake up!!
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.