Assalamu'alaikum..
Alkisah..
Seorang ahli ibadah mendapat mimpi, perihal temannya di syurga.
Dari kebiasaannya, dia keluar mencari teman yang dikatakan..
Jiwa yang menggalau..tersangat ingin mengetahui siapakah dia, bagaimanakah amalannya dan bagaimana akhlaknya.
Perjalanan membawa dirinya ke suatu tempat..
yang dipenuhi sejumlah besar manusia..
yang menimbulkan ragu dalam hatinya.
disinikah tempatnya penghuni syurga?
Sekelilingnya dipenuhi para pemabuk arak.
bergelimpangan, merapu dan khayal.
kakinya terasa jijik untuk meneruskan langkah.
kini, dia hampa dan kecewa..
kerana mana mungkin temannya seorang pemabuk.
meragui mimpinya
Disitu, dia melihat seorang lelaki..
sibuk menguruskan para pemabuk itu..
tidak menghiraukan bau arak yang tengik dari mereka.
dia pimpin dan membetulkan kedudukan mereka,
menyedarkan mereka...
hairan...siapakah dia??
bersama dengan sekumpulan pemabuk?
Keinginannya bertanya mendorong dia ke hadapan.
Ingin bertanya namun terkesima bila diberi salam.
"Assalamu'alaikum sahabat akhiratku."..
dengan wajahnya yang manis tersenyum.
"Wa'alaikummussalam....
Bagaimana kamu mengetahui tujuan kedatanganku?"
"Aku juga..wahai teman..mendapat mimpi sepertimu."
"Kamu..kamu bersama dengan sekumpulan pemabuk?"
Lelaki itu tersenyum, tenang dan damai...
"Alhamdulillah...sejumlah orang pemabuk telah bejaya kusedarkan dan bertaubat kembali ke jalan Allah. Di jiwa mereka punya iman kepada Allah dan sangat mengharapkan disemai dengan hidayah Allah."
Subhanallah...disini dia bersama dengan para pemabuk, mendambakan hidayah sesama mereka, melakukan pengorbanan dalam membawa manusia ke jalan Allah.
Suatu ajakan.
"Ayuh teman..mari membantu bersamaku."
Tamat.
Allah berfirman maksudnya: Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (Surah al-An’am, ayat 125)
Salah seorang saudara pernah berkata," Apa yang kamu tahu melaluiku, kamu sibuk dengan masjid, sibuk dengan usaha kamu, pernah kamu cuba faham?"
..dan situasi yang sama sewaktu di persekolahan, seorang yang dikenali sebagai 'samseng' di sekolah amat suka sekali dapat berbual dengan ana. Latar belakang, aktiviti dan keinginannya langsung diceritakan kepada ana. Namun begitu, ada sinar iman yang melonjak-lonjak untuk membawa dirinya mengenal solah. Ana bersimpati dengannya.
..begitu juga kini, seorang remaja lelaki meminta ana mengajarnya Al Quran dan mengakui bahawa dahulunya dia kerap ponteng dan selalu keluar merayau, berlepak dengan kawan-kawan yang lain. Selepas berpindah, menjadikan dia sedar perlunya dia untuk tidak buta Al Quran..dan kisah-kisah yang lain.
Benarkah kita tidak memahami mereka? atau mereka yang memilih untuk menutup pintu hati untuk difahami. Apakah perasaan mereka? Apakah keinginan mereka? Apakah kesedaran mereka?
Dosa itu kotor..dan dengan dosa dapat menutup hati dari bersatu dengan kebenaran. Hati yang tertutup sering menafikan kebenaran dan mengalihkan perhatian dari urusan akhirat yang pasti kepada nikmat dunia yang sementara. Dibuai-buai indah dengan nikmat yang bakal membinasakan.
Bisakah orang yang berpakaian bersih mahu berdamping dengan mereka yang comot, penuh terpalit dengan kekotoran?
Ada..mereka yang mencontohi akhlak junjungan mulia Rasulullah saw. Mereka yang memberi manfaat untuk orang lain.
Kawan samseng ana diejek bila bersiap segak ke masjid, belum lagi menjejakkan kaki ke saff. Bahkan ana sendiri sewaktu ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan dalam sebuah masjid dalam keadaan musafir pernah disindir oleh Bilal yang mengatakan hanya datang untuk berbuka percuma. Situasi begini tidak membantu.
Semoga Allah melapangkan dada kita dengan hikmah dan hidayah. Hanya Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Setiap makhluk Allah bergantung pada Nya. Tiada daya upaya hanya melainkan dengan keizinan Allah.
Ya Allah, ampuni lautan dosa-dosa kami dengan keluasan rahmat pengampunan dari Mu...amiin
PeCiNTa Si PeMaBuK
Posted by
AhMaD FiKRY
Wednesday, June 16, 2010
0 comments:
Post a Comment