MenJADi HeBAT

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan mengeratkan hubungan dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Assalamu'alaikum

Tertarik pada ayat;
"..kerana Syurga hanya menerima kemasukan ahli dari orang-orang yang hebat!"

Lantaran itu menghitung diri dari manakah kedudukan diri ini..

Pernah juga duduk termenung, di suatu sudut rumah,
"Orang hebat tidak duduk berangan begini!" tersentak bangun mencari perkara yang boleh dimanfaatkan.

Kemalasan itu penyakit yang parah.

Jesteru, dimanakah kita letak kesedaran kita terhadap menjadi manusia yang 'HEBAT' ?
Kita sering melawati laman2 web dan blog para pencipta kejayaan dari segi motivasi mahupun perniagaan. Pembahagian masa merupakan tulang belakang bagi strategi mereka untuk berjaya. Dan kekuatannya terletak pada kesungguhan dan keyakinan mereka merangkumi doa. Rentetan kejayaan dicipta kerana mereka lebih berusaha dan memanfaatkan masa. Mereka punya masa, minda dan kudrat tenaga yang sama dianugerahkan kepada manusia, tetapi mereka dapat melihat apa yang dapat terhasil daripada anugerah Allah itu jika dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Menjadi 'HEBAT' adalah satu imaginasi yang tidak akan tercapai tanpa kesungguhan usaha yang realiti. Mereka yang 'HEBAT' menjalani pancaroba kehidupan yang mencabar. Mereka jatuh bangun dalam kegagalan lebih banyak daripada mereka yang 'GAGAL'. Persepsi positif yang terpahat utuh dalam pemikiran mereka terhasil kepada keyakinan mereka terhadap anugerah Allah kepada manusia. Kamu adalah apa yang kamu usahakan!

Tafsiran 'HEBAT' jua berbeza. Bezanya HEBAT dari segi ahli dunia, bezanya HEBAT dari segi ahli akhirat, beza HEBAT pada segi ahli perniagaan, beza HEBAT dari segi ahli ilmu.. namun ternyata 'HEBAT' itu adalah sesuatu yang lebih menonjol daripada orang lain mahupun dari segi akhlaknya, rendah dirinya dan keikhlasannya.

Bagi ana, lebih suka mentakrif HEBAT dengan ukuran KEJAYAAN... sejauhmana langkah kita mendekati Allah, mendekati taman Syurga dan mendekati akhlak mulia Rasul saw.

jesteru penilaiannya tetap berbalik kepada usaha dan keyakinan(doa) yang memangkin kepada keteguhan kita dalam mencapai HEBAT.

Mantapkan keyakinan kita dengan ilmu dan amalan.
Sekali lagi, anda adalah apa yang anda usahakan.

Anda berpuas hati apa yang anda usahakan...itulah anda.

Jadikan pengukuran terhadap sasaran anda, agar panah hidup anda tidak meluncur tanpa tujuan.
Menjadi HEBAT perlukan pada muhasabah agar tidak terhinggap pada ZALIM tanpa sedar.

Siapakah kita pada pandangan ALLAH?
Siapakah kita pada pandangan ALLAH?
Siapakah kita pada pandangan ALLAH?

supaya kita tidak menzalimi kehidupan akhirat kita.
supaya kita tidak menzalimi hubungan yang kita bina.
supaya kita tidak menzalimi iman kita.

Allah sentiasa bersama mereka yang berjuang di jalan Nya. Jadikan Allah Kekasih kita..Kekasih kita yang hakiki..

wallahu'alam.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.