CaBanG iLMu

As Salam..

Semalam saya singgah ke Hasani Bookstore untuk melihat buku-buku baru. Hasil dari lawatan singkat itu, saya membeli sebuah buku kecil yang bertajuk Mencipta Keluarga Bahagia,tip Membentuk Keluarga Fantastik.

Buku kecil ini dipenuhi dengan tip-tip penjagaan kesihatan,perancangan keluarga,tip didikan anak,tip berkaitan perabot, kewangan dan lain-lain. Sedikit sebanyak dalam dijadikan rujukan untuk penulisan saya.

Buku merupakan salah satu daripada cabang ilmu. Berikut adalah buku yang sangat-sangat saya cadangkan untuk keperluan ilmu setiap isi rumah.


-Furu' Al Masail - Terjemahan Ustaz Abu Hassan Din
-Terjemahan Tanbihul Ghafilin - modul Ta'alim rumah
-Terjemahan Riyad us Salihin - modul ta'lim rumah
-Syarah al Hikam
-Terjemahan Syamail Muhammad SAW - Imam Tirmizi
-Indahnya hidup Bersyariat - Ust Ismail Kamus
..dan banyak lagi.

Kemudian berikut adalah antara penulis yang saya ikuti dalam buku, blog dan facebook.

Ustaz Zaharuddin
-Untukmu Wanita
-Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas
-Riba dan Isu Kewangan Semasa
-Formula Solat Sempurna..dll

Ustaz Hasrizal
-Aku terima Nikahnya
-Bercinta sampai ke Syurga
-Murabbi Cinta
-Rindu bau Pohon tin
-Secangkir teh Pengubat Letih

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
-Nota fikir untuk Zikir
-Nota Hati Seorang Lelaki
-Dilema Melayu Islam
-Dua Hati satu rasa
-Duhai yang Tersayang (selalu hadiahkan untuk pengantin baru)
-Tentang Cinta

Ustaz Emran bin Ahmad
-Petunjuk Jalan Lurus
-Pandangan Seorang Ustaz,Islam Anda Tafsiran Siapa?
-Mencari Pasangan Hidup

dan banyak lagi seperti Ustaz Harun Din dll..

Selain itu koleksi bacaan santai seperti novel karya Habiburrahman el Shirazy, Ramlee Awang Murshid..

Sekilas lalu pada komik Naruto,Bleach dan One piece secara online..

p/s ; Dulu pernah bagi peluang untuk dipinjam tetapi setelah beberapa kes pinjam tak pulang2..peluang untuk pinjaman ditutup.hehe.. pinjam pun bersyarat :)
Share/Bookmark

2 comments:

Izzah Al-Maliziyyah February 28, 2011 at 2:18 AM  

Assalamu'alaikum wbt...

Tahniah memiliki koleksi kitab/ buku yang menarik.

Hidup berbuku. Dan hidup biar berilmu. Semoga dunia akhirat maju~

Tambahan: Tunggu KLIBF 2011 penghujung April nanti.

AhMaD FiKRY February 28, 2011 at 7:50 PM  

Wa'alaikummussalam wbt..

Alhamdulillah, sikit2 lama2 jadi bukit.

Insya Allah, moga diberi kekuatan untuk beramal dengan ilmu yg diperoleh.

Semakin mencari ilmu, semakin tersingkap kelemahan diri dan terbuka luas ruang untuk islah perbaiki diri.

Insya Allah..jazakallah atas komen :)

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.