Mesir : Jiwa Merdeka



Mesir inginkan perubahan. Rakyatnya mahukan Mesir bebas dari pemimpin diktator, Hosni ‘Ghair’ Mubarak. Medan Tahrir menjadi medan berkumpulnya jiwa-jiwa yang dambakan perubahan. Mereka diasak, dikasari dan ditembak. Namun jiwa mereka berpadu supaya Hosni Mubarak berundur, mesej kepada para diktator dan pemain helah, mesej kepada pendukung Barat dan Israel, mesej kepada pengharapan rakyat Palestin..usaha mereka sama sekali tidak akan menjadi sia-sia.

Hosni Mubarak masih enggan berganjak. Biar ratusan menjadi korban. Biar jutaan menunjuk bantahan. Kedegilannya parah dan rakyat dipaksa menurut kehendaknya. Seolah dia tahu apa yang bakal berlaku, seolah dia mampu menetap jiwa-jiwa rakyatnya. Kedegilannya terlampau.

Bagaimana dengan pengumpulan harta 70 Billion miliknya? Kehidupan rakyat yang tertekan dengan takrif upah kerja yang rendah? Harga barang yang tidak seimbang? Kadar kemiskinan dan pengangguran? Sekatan yang dikenakan terhadap Palestin? Hosni dan tali barutnya harus dicampak di tengah-tengah perkumpulan jiwa rakyat yang mahukan kemerdekaan dari semua itu. Itupun jika dia masih tidak pekak.

Saya bukanlah seorang yang bijak berpolitik, namun mudah untuk menghadam variasi warna jiwa yang mereka mahukan. Iaitu; dunia jiwa yang merdeka!

Mari kita semua,satu ummah,bersama mensyukuri atas segala nikmat Allah dan berselawat atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW serta bersama mengimarahkan masjid di setiap kariah kita,menghidupkan amalan serta bersungguh berdoa dan berusaha untuk dunia jiwa yang merdeka ini. Setiap masa dan keadaan.


Insya Allah.
Astaghfirullah, Innahu kana Ghaffara
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.