Nilai Manusiawi

The major value in life is not what you get.
The major value in life is what you become.

As salam..

Ini adalah luahan apa yang telah lama terpendam.
Maaf cakap kepada sahabat-sahabat yang berkenaan. Tulisan saya seperti ubat pahit. Menelannya adalah khusus untuk diri saya dan buat yang sudi.

Dunia perniagaan adalah dunia yang mencabar. 1001 teknik strategi pemasaran yang digunapakai untuk memenangi hati pelanggan/prospek. Melalui alam perniagaan, saya jumpa pelbagai ragam peniaga dan pelanggan.

"Dalam perniagaan perlu niat ikhlas,perkhidmatan terbaik untuk pelanggan"
"Ramai di luar sana tidak mengetahui sistem muamalah ini, menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarnya."
"Biar tiada pelanggan, saya puas dengan kerja saya."


Saya berniaga kerana manfaat produk yang berguna kepada pelanggan. Insya Allah. Saya ingin perniagaan saya menjadi manfaat umum bagi setiap mereka yang memerlukan. Keuntungan adalah rezeki, namun yang penting adalah niat dan amalan perniagaan itu sendiri.

Kenapa saya mengabaikan kebersamaan dengan kamu?

Kerana apabila kamu bertanyakan apa yang penting dalam amalan perniagaan saya, saya menceritakan tentang kegembiraan pelanggan yang mendapat manfaat padanya. Saya menceritakan keberkesanan produk dengan izin Allah. Saya menceritakan kepuasan memberi yang terbaik kepada pelanggan. Saya pasti tentang itu.

"Bukan!! mestilah sebab duit kan? Duit bukanlah segalanya, namun segalanya memerlukan duit!"

Saya lelah dengan hujah itu.
Apabila duit membelakangkan nilai-nilai dalam perniagaan, saya melihat individu materialistik yang terbentuk.
Buat apa saja, cakap apa saja..yang penting? Duit masuk!

Saya tidak mampu melihat manusia seperti mesin duit. Saya tidak reti memulas bantahan kekurangan mereka untuk duit. Saya tidak dapat menghancurkan simpati saya untuk keuntungan duit. Saya tidak mampu menilai manusia sebagai prospek yang memberi duit, duit, dan duit..

Saya akui kesungguhan mereka yang ikhlas berniaga. Niat ikhlas hanya Allah SWT yang mampu menilainya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima dari semua jenis amalan kecuali yang murni (ikhlas) untukNya dan untuk mencari wajahNya. "
[Hadith Riwayat Nasa-i].
Inilah yang saya ingin tekankan. Jangan sehingga ketamakan berselindung di sebalik niat kalian. Jangan sehingga kalian dijauhi kerana sahabat dan saudara kalian merasakan kalian melihat mereka sebagai prospek yang berbeza dengan nilai manusiawi.

Jangan tamak dan membentuk diri mencintai kebendaan yang akan fana.
Nilaikan perniagaan dengan nilai akhirat.

Insya Allah.

Astaghfirullah,Innahu kana Ghaffara..

p/s: pernah seorang SMS kepada saya sewaktu saya dalam kuliah. "Hiduplah dalam kesusahan dunia seperti neraka jika tidak berani untuk berubah menjadi kaya!!" Tak faham aku mamat nih...
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.