Celoteh Saya

Ucapan Imam Hassan al Banna

"Jadi saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.

Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”
Hassan Al-Banna, Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258

As Salam..

Banyak post berstatus 'draft' dalam blog ini. Tambahan sakit kepala yang berpanjangan. Melihatkan situasi politik Malaysia, risau membayangkan nasib generasi muka.

Allahu ya Allah..
Tenggelam dalam harapan,
Suasana menyebarkan salam, wajah-wajah bersih yg tersenyum, silaturrahim yang bersambut.
Solah jemaah yang 'gah', saf yang rapat-rapat, barisan hati yang bergementar didengarkan ayat-ayat al-Quran...
Pemuda yang aktif, sangat kuat perpaduannya sesama muslim yang lain.
Pemudi yang tabah, sangat menjaga kehormatannya, kuat sifat malunya.
Anak-anak yang mengundang tawa dan menenangkan.
Lorong-lorong perumahan yang bergema dengan alunan tilawah yang asyik.
Allahumma ya Allah..

Medan dakwah tidak mudah. Perlukan mujahadah, pengorbanan diri, emosi dan perasaan.
Menghadapi remaja,mat rempit, orang susah, golongan elit, semuanya punya 'standard' dan ego yang memerlukan hikmah untuk didekati. Lebih banyak menangis, meratap hinanya diri untuk membawa amanah sebagai khalifah. Penggilapan berterusan dalam ilmu dan amal.

Kerana diri ini dalam proses mengenal Allah. Jiwa ini juga perlu singkirkan sifat mazmumah dan zulumat yang wujud. Tanpa jemaah, diri ini rebah umpama biri-biri yang disiat sekawan serigala yang ganas.

Terngiang-ngiang pesan nasihat;
"Ilmu itu cahaya,dan cahaya tidak menghampiri ahli maksiat."
"Daei wajib istiqomah melakukan amalan nurani supaya jiwanya bersih, akhlaknya mulia dan menjadi pembawa cahaya yang menerangi."
"Jangan abaikan ilmu yang menjadi jambatan pada kesempurnaan amalan."
"Bangun malam,solah zikir dan doa bersungguh-sungguh mengadukan kelemahan segala usaha kita, moga diberi oleh Allah akan kekuatan."


Ighfirli ya Allah...
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.