Sepintas


As Salam

Minggu yang kalut.
Tekun mengikuti kemaskini bencana tsunami yang mengorbankan banyak jiwa di Jepun. Di samping kebimbangan terhadap letupan pada reaktor nuklear dan kesan radiasinya. Rasa gerun bila melihatkan video bencana gempa yang menyebabkan bumi merekah dan membuak-buak air naik ke permukaan. Allah swt mengingatkan manusia,umat akhir zaman. Allahu ya Allah,berikan taufik hidayah kepada kami.

Banyak melapangkan masa membaca beberapa buah buku yang dibeli kerana tarikan promosi buku. Isu-isu semasa banyak mengerah fikiran untuk mencari rasionalnya dan jalan rehat baginya adalah dengan membaca. Pembacaan berkaitan kefahaman dalam Islam, solah berjemaah, dan motivasi. Beberapa buah buku terpilih setelah lama meneliti susunan buku di rak-rak.

Sedikit sebanyak, FB juga memberi pandangan umum persepsi masyarakat hari ini kepada saya. Budaya kafir mengkafir,hedoisme,fahaman sesat,tamak duit dan pelbagai. Contohnya seperti;
-budaya kafir-mengkafir yang dilakukan oleh golongan muda yang tidak mempunyai disiplin ilmu yang matang. (Cth: Berdasarkan dalil (copy&paste) ini maka si fulan jatuh kafir)
-Kebersamaan/sokongan kepada gejala sosial yang tidak sihat (Cth: Couple mengaku dalam gambar bahawa mereka ada keluar ‘beromen’ dan lebih baik daripada berselindung dan ini disokong)
-Fahaman sesat dan menyimpang (Cth: Guru yang copy paste ayat-ayat suci al Quran,menterjemah secara bentuk zahir, tidak berguru, meyakini teori konspirasi, meyakini ayat-ayat Bible(yang diubah), beriman dengan mimpi, mempersoalkan Rasul dan berharap dirinya adalah Rasul. Sedihnya, fahamannya turut mempengaruhi anak muridnya dan tidak menerima teguran kerana menyangakan diri berada dalam golongan yang betul. Bahana ilmu tidak berguru)
-dan banyak lagi…

Turut sedih dengan berita anak bunuh diri oleh saudara jiran-jiran berdekatan. Akhir zaman ini mengundang cabaran 1001 fitnah kerana kurangnya budaya ‘amar makruf nahi mungkar’ yang berkesan dalam komuniti masyarakat. Menulis dan memikirkan soal ini sahaja telah melelahkan saya daripada terus menyentuh perkara berkaitan politik,muslihat dan kaitannya dengan isu masyarakat. Dendangan-dendangan kemajuan dan pertumbuhan pesat untuk meraih sokongan, apa pula dasarnya dalam menghadapi kualiti insan yang makin merudum dalam persekitaran masyarakat? Hiburan dan budaya hedoisme yang makin menjadi-jadi? Kebenaran tetap kebenaran.

Minggu ini saya berfikir untuk ‘merombak’ semula susunan dan kandungan blog saya agar lebih menjadi lebih bermanfaat dan mesra kepada pembaca. Bingkisanku tetap menjadi ruangan saya untuk menulis pengalaman kehidupan ini. Insya Allah,doakan.

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah cintaku kepada-Mu sebagai sesuatu yang paling aku sukai, dan rasa takutku pada-Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam. Putuskanlah segala ketergantungan dunia dariku, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan-Mu. Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan di dalam ibadahku."

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.