Status FB

As Salam..
Berikut adalah status FB yg saya kutip sebagai perkongsian (^_^)

‎Selagi belum beristeri dan beranak empat lima, tiada bibit-bibit jaminan bahawa engkau dan dakwah akan mati bersama..

Imam Ibn Rejab al-Hambali ra menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan As-Sunnah itu ialah jalan yang dilalui oleh Rasulullah salallahualaihiwassalam dan para sahabatnya yang selamat daripada Syubhat dan Syahwat. (Kasyful Kurbah) Cuba tanya diri kita dan bermuhasabah, tidak malukah mendakwa diri pendukung sunnah, ahli sunnah dan pejuang sunnah sedangkan jalan kita dipenuhi syahwat dan penuh syubhat ?

Berkata Imam Malik Ra : "Ilmu itu bukanlah pada banyaknya riwayat hadis tetapi ilmu itu ialah cahaya yang dijadikan oleh Allah swt di dalam hati." (Jami Bayan Al-Ilm)

‎"Ketika kehidupan memberi seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum. Indahnya hidup bukan kerana sebarapa banyak orang mengenal kita, namun seberapa banyak orang bahagia kerana mengenal kita"=)

The problem of a "thinker" like me is, the hate or delay in doing. What some called as "Paralysis through analysis". If the things to be done seem "unworthy", then the brain would make 1001 excuses of not doing it. Sometimes the brain is right, becoz why waste effort on doing the futile. BUT most of the time, JUST DO IT is the best option!

Bertaqwalah kepada Allah swt di dalam perdebatan dan perselisihan kerana Nabi kita pernah berpesan bahawa tidaklah sesuatu kaum itu menjadi sesat selepas mendapatkan hidayah kecuali disebabkan oleh perbuatan suka berdebat. Jagalah lisan, perbaiki ucapan dan jika kamu tidak boleh mengungkapkan kalimah yang menyenangkan dan memberi kebaikan maka lebih baiklah berdiam diri wahai anak muda, ikutilah nasihat ini !

Setiap Ibadah dalam Islam itu mempunyai khasiat dan kemampuan untuk menghalau keburukkan jika dilaksanakan dengan cara yang betul. Jihad menghalau kemunafiqkan (dari jihad diketahui siapa yang munafiq dan tidak), zakat mengusir tamak dan kedekut, wudhuk menghalang marah, puasa menyekat nafsu, solat pula mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Dakwah Rasulullah tidak pernah menyeru kepada kesatuan bangsa tetapi kepada kesatuan Iman dan Aqidah. Di samping baginda ada Bilal orang negro, ada Shubaib orang Rom dan ada Salman orang Parsi. Islam adalah agama yang kedatangannya membuatkan kita bersatu bukannya berpecah !

Satu hal yang merisaukan saya pada dakwah Islam hari ini ialah dahulu yang paling awal menyahut seruan nabi dan memeluk Islam ialah golongan miskin,hamba dan mereka yang tertindas tetapi kini dakwah kerap disambut oleh golongan professional, orang kaya dan golongan dari kelas atasan. Kenapa jadi begini ?
-Adakah itu bermakna dimensi dakwah sudah bertukar ? Yang miskin mencari duit dan yang sudah kaya dengan banyak memiliki duit pula mula mencari "nilai" dalam hidup maka sebab itu mereka mencari agama ?
-Oh, saya sangat risau apabila Islam tidak lagi dilihat membawa keadilan, menjadi tempat tumpuan orang susah, pelindung orang yang ditindas mencari kerehatan tetapi sebaliknya menjadi tukang kipas dan tempat istirehat bagi orang kaya mencari kerehatan jiwa setelah puas bergelumang dengan dunia mencari harta!

Firman Allah yang bermaksud : "Tiada Paksaan dalam Agama" (Al-baqarah : 256) bukanlah hanya satu slogan yang sia-sia tetapi memberi penjelasan dengan tegas bahawa dakwah itu tidak berjalan dengan paksa. Agama ini diambil dan dipakaikan ke jiwa dengan rela. Tidak murtad jika dipaksa, tidak jatuh talak jika dipaksa dan tidak sah sesuatu urusan agama kerana terpaksa.

Penat dan lelah seketika apabila selesai membayar semua bil-bil bulanan dan saman. Ya Rabb, kuatkanlah diri ini. Alangkah bestnya kalau bebanan dan tanggungjawab membayar bil-bil, sara bulanan rumahtangga dapat dirasai oleh anak-anak muda yang angkuh dalam dakwah !

Ilmu yang sahih itu ialah ilmu yang membuatkan diri kamu semakin dekat kepada Allah swt dan bertambah taqwa kepada-Nya. Bertambah khusyuk dalam ibadah dan menambah penyesalan kamu atas dosa-dosa dan kesalahan yang dilakukan. Tidaklah bermanfaat ilmu yang dipelajari jika gagal mengingatkan dirimu dari membuat dosa dan tidak menguatkan kamu untuk melakukan ibadah.~

Jangan pandang rendah kepada kebaikan & keburukkan sekalipun nilai disisi kita kecil

Dari Abu Hurairah ra, Nabi salallahualaihiwassalam bersabda (yang bermaksud) :"Aku melihat seseorang yang sedang bersenang-senang di dalam syurga kerana dahulunya dia pernah memotong sebuah dahan yang berada di tengah jalan yang menganggu kaum muslimin yang melaluinya." (hadis riwayat Muslim)

Jadikanlah FB anda sebagai bahan bermanfaat untuk ummah. Jika setakat nak tulis pasal diri sendiri atau nak luahkan isi hati dan ekspresi diri maka saya nasihatkan lebih baik anda tulis dalam diari atau pergi jumpa pakar psikiatri !

Ketika ditanya oleh hadirin yang menghadiri kuliah khas saya semalam, bagaimanakah caranya untuk menyatukan umat yang berselisih ? Saya pun menjawab bahawa anda mungkin boleh menyatukan dua orang yang berselisih kerana masalah ilmu tetapi bagaimana pula anda mahu menyatukan dua orang yang berselisih kerana masalah sikap ?

Nasihat saya kepada adik-adik, perbaikilah diri dan tingkatkan kualiti jiwa sebelum mengambil/mengaji ilmu agama kerana tiada jaminan ilmu kita sentiasa benar belaka. Ramai orang membela dan mempertahankan ilmu agamanya tetapi sikit sekali dari mereka itu yang dipertahankan oleh ilmu yang dipelajarinya.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.