Ya Habibi,Amirah



Sudah 3 hari berturut-turut adik amirah menangis di talian. Hanya dengan emak dia mengadu kesedihan. Sedih dengan sikap penghuni asrama yang memulaukannya. Khabarnya, hanya seorang sahaja yang kini menjadi temannya.

Asrama mereka adalah rumah teres. Biliknya dihuni oleh 5 orang pelajar. Sebelum ini juga ada mendengar juga cerita adik berkaitan kawannya yang suka meminjam duit, yang kedekut dan lainnya. Macam-macam, itulah suasana menempuh alam 'asrama'.

IMPIAN
Berniat mahu membentuk amirah sebagai seorang hafizah, saya membuat keputusan untuk mendaftarkannya di sebuah sekolah tahfiz. Walaupun pada mulanya tidak begitu dipersetujui, saya berusaha untuk menjayakan impian ini. Memandangkan percubaan pertama saya menyekolahkan adik Ilah gagal. Tahun lepas, Amirah dan Hakim mendapat tempat di sekolah tahfiz namun hanya Amirah dipilih berikutan perbelanjaan yang agak besar.

Sebagai abang yang 'garang', hati saya sejuk melihatkan amirah yang mula berpurdah dan berusaha menghafal ayat-ayat lazim Al-Quran. Alhamdulillah. Keputusan saya telah menampakkan perubahan di mata semua. Saya dambakan lebih dari itu, iaitu masa depannya sebagai muslimah solehah yang berakhlak taqwa,perkenankan ya Allah..

SIKAP
Masih saya ingat betapa gembiranya amirah apabila sering membawa pulang kawannya ke rumah. Emak juga sering mengirimkan bihun sup, laksa kepada kawannya yang lain di asrama. Malah, dia juga dilantik sebagai Ketua Kelas, mungkin dipilih kerana keramahannya sejak mula dengan semua. Lagipun, di rumah sendiri, amirah cukup akrab dengan semua sepupunya, sehingga sering dicari. Adik yang bongsu juga diserang demam merindui amirah ketika berpisah dengannya.

"Orang yang takmau cakap dengan kak pun makan sekali laksa yang mak bagi tu."
Kami ketawa. Juga pesan emak supaya jangan berkira dengan sesiapapun.

Kini,entah mengapa dia dipulaukan. Pada mulanya saya tidak mengambil endah perkara ini tapi mula memikirkan kesan terhadap pelajarannya. Mungkinkah dia dicemburui? kerana amirah bukanlah seorang yang begitu cemerlang dalam pelajaran tapi sebagai Ketua Kelas,mungkin..

KASIH IBU
Dia menangis mengadukan kepada emak. Lebih banyak menangis dari memberitahu.
Kasihan, tapi saya tidak punya perkataan lain dari menyuruhnya sabar.

"Mirah, jangan peduli orang nak buat apapun dekat Mirah. Mak, abah, abang semua senang mirah sekolah dekat situ. Mirah jangan kisah sangat dengan depa yang takmau kawan dengan Mirah tu. Mirah belajar sungguh-sungguh."

Pujukan emak amat lembut. Sungguhpun Amirah menangis terisak-isak dalam talian, emak tenang memujuk. Hikmah kurniaan naluri keibuan.

TINDAKAN
Itulah yang sedang difikirkan. Ya, saya berharap ini cuma masalah minor dan berlalu dengan masa. Tapi saya bimbang ia menjadi tekanan perasaan kepadanya jika berterusan. Tidak mahu bersikap tidak adil kepada Amirah.

Rasanya,ingin sekali menjemput kawan-kawannya beriadah bersama dan menggunakan faktor 'X' seorang abang dalam mewujudkan tautan ukhwah yang ikhlas sesama mereka. Tiada hasad.

Atau mungkin meminta adik melepaskan jawatan Ketua Kelas itu kepada mereka yang teringin tapi malu.

Kemungkinan yang bersama istikharah. Dan keputusan dalam mesyuarah.
Insya Allah.



Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.