Suci Dosa


As Salam.

Pagi jumaat yang indah.
dan malam ini saya mahu memancing. bukan pemancing tegar:)
Keseronokannya apabila dapat melihat hamparan lautan bintang waktu malam dan deruan ombak. Subhanallah.

Saya sering diingatkan(bayan) bahawa nikmat iman dan Islam adalah nikmat terbesar anugerah Allah pada hambaNya. Jesteru,usaha perlu dilakukan supaya akhir hidup kita di dunia sebagai seorang Islam.

Tiada insan suci yang tidak punya masa silam,dan
tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan.

Jesteru,(lagi?) usahakan untuk berprasangka baik kepada orang lain, tidak melibatkan diri dalam fitnah dan ghibah.

Lidah bungkam dari berkata buruk apabila kita sentiasa muhasabah kelemahan diri sendiri, dan mencuba berusaha memperbaikinya.

Kerana kaki ini, masih belumpun menjejak pintunya syurga.( dengan rasa khauf(takut) dan harap)


PERKONGSIAN

Petikan dari Al Hikam, karya As-Syeikh Ibnu A’thoillah As-Sakandari

(143) انت الى حلمه إذا أطعته أحوج منك الى حلمه إذا عصيته

Maksud: Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah ketika engkau berbuat taat,melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat.

Kemuliaan seorang hamba hanya apabila dia menyerah diri kepada Allah, dan jatuhnya seorang hamba apabila dia melihat dan merasa berbangga dengan dirinya sendiri. Manusia yang berbuat taat dan merasakan dirinya sudah baik lalu berbangga dengan amal perbuatannya itu,kemudian dia mula menghina orang lain (atas sebab merasakan dirinya sudah berbuat taat dan orang lain tidak) Padahal amal perbuatannya itu jika diperhatikan dalam hal keikhlasannya (ujub,sombong) tidak mungkin akan diterima, bahkan amal itu semua hanya amal perbuatan yang palsu dan tidak berharga di sisi Allah.

Abu Yazid Al-Bustami berkata : Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali,sedang taubat setelah berbuat taat itu harus seribu kali,sebab taat yang diliputi oleh ujub dan sombong itu bakal merubah kepada maksiat yang besar,dan orang tidak akan menyedarinya,sebagaimana jatuhnya iblis dari singgahsana kehormatannya.


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'



Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.