Pancing ikan


As Salam.

Seronok rasanya memancing hujung minggu yg lepas. Walaupun letih, namun berbaloi. Hasil tangkapan yang tidak seberapa, namun sebuah pengalaman yang tidak sia-sia.

Bertolak selepas Isyak,singgah di pasar malam membeli umpan dan makanan. Menaiki bot menuju ke sangkar ikan. Kos cuma RM10 (sewa) dan RM2(umpan sekilo ikan). Cuma saya membeli joran sendiri sebelum itu kerana merasa segan meminjam joran kawan.(RM150)

Saya asyik melihat hamparan bintang,alam yang sentiasa bertasbih memuji Kebesaran Nya. Sungguh..Allah SWT tidak jadikan semua ini secara sia-sia, jika kita berfikir. Sesekali bergegas mencapai joran yang disambar ikan. Alhamdulillah, suka. Pemilihan mata kail yg terbaik mampu memastikan ikan tersangkut baik. Hasilnya, kerapu,ikan bulan,ikan duri dan gelama. (campur 3 org)

BERTOLAK BALIK
Pulang sebelum Zohor,saya terus menyiang ikan-ikan tersebut. Meninggalkan kerja memasak kepada Shukri. Selepas zohor, saya terlelap menunggu hidangan siap. Bangun untuk santapan lauk sweetsour yg tidak berapa menjadi namun tetap sedap dengan isi ikan yang fresh. Saya terlelap semula.

SMS dari ayah supaya saya singgah kepada Amirah untuk meninggalkan duit belanja. Dalam mamai, susulan SMS dari ayah mengatakan kematian sepupu disebabkan kemalangan jalan raya. انّا للہ و انّا الیہ راجعون .. Kepada-Nya kita datang, kepada-Nyalah kita kembali. Suatu hari yang pasti berlaku.

Menjelang Asar, Makcik mengambil kesempatan menyuruh saya supaya melakukan bekam kepada menantu kesayangannya malam itu. Permintaan yang terpaksa ditolak.
"Sorry makcik. Saya tak larat, jgn paksa nanti demam..hehe"

Singgah membeli Radix Fried Chicken kepada Amirah. Dia tergelak suka apabila menerima ayam goreng tersebut. Bergegas pulang ke rumah, jenazah sepupu akan tiba selepas Isyak.

Selepas Isyak menerima kedatangan dua tetamu berjubah. Tuan Haji yang mengalukan kepulangan saya ke rumah sendiri, dan juga seorang anak muda yang sibuk berSMS.

Dan ketibaan jenazah, yang mengingatkan hati kepada sebuah kematian. Semoga Allah menerima amal baik, diampunkan segala dosa, ditempatkan bersama golongan yang beriman. Tahlil terbaik adalah tulus doa sepanjang hidup seorang teman. Sungguh aku akan menyusul selepasmu.

"Ya Allah,matikan kami dalam Islam. Matikan kami sebagai orang beriman. Matikan kami dalam keadaan Engkau terima akan amal hidup kami. Amiin, amiin, amiin ya Allah."


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.