Mencari Nikmat yg Kekal

"Alhamdulillah. Berhasil juga aku menyimpan duit. Libur,libur,libur! Tak sabar mencium bau rumput negara seberang sana. Menghayati alam indah." girang hati Azlan. Dia akan pergi melancong, sudah menjadi impiannya untuk menjejak kaki di negara orang. Lokasi indah yang menjadi tumpuan.

Tett..tettt.. SMS masuk. (handphone antik)

"Lan! kita jogging petang ni. Tempat biasa." Sms rakan bujangnya.

Azlan terus pergi ke taman jubli berdekatan dan menjamu selera. Masa yang lapang digunakannya untuk berjalan-jalan sekitar taman jubli. Azan Asar kedengaran. Azlan mengatur langkahnya ke masjid bersebelahan.

Usai solah berjemaah, Imam menyampaikan berita.
"Bersama kita adalah seorang saudara baru yang ingin memohon sumbangan daripada jemaah yang ada bagi menampung perbelanjaan beliau untuk sambung belajar di Yaman.Bagi tuan-tuan yang ingin menyumbang dan membuat pertanyaan, boleh pergi kepada beliau di pintu masuk yang dihamparkan sejadah"

Azlan berlalu pergi sambil menoleh sekilas wajah bersih saudara tersebut. Rasa malu untuk berlama-lama kerana di dompetnya yang ada sekadar 5 ringgit. Melangkah dengan pelbagai persoalan menerjah. Persoalan dalaman oleh Encik Iman.

Dalam suka..masih ada yang memerlukan sumbangan. Masih ada yang menuntutkan haknya. Allahumma ya Allah..jiwaku tidak sebesar Abu Bakar yang menginfaqkan seluruh hartanya. Namun imanku merintih,mahukan pengorbananku. Aku sendiri berperang dengan kemahuanku, aku sendiri tidak rela, aku tidak mahu, aku tidak ikhlas. Tapi imanku meronta menagih nikmat itu. Nikmat yang kekal.

Azlan melangkah dengan wajah yang muram,dipenuhi persoalan.
"Ya Allah, terimalah pengorbanan ini daripada nafsu yang menekan, tidak ikhlas dan tidak mahu. Tunaikanlah permintaan iman pada nikmat yang kekal itu.. berbanding nikmat sementara yang hanya aku merasainya."

Azlan kembali berbual dengan saudara baru itu. Merekodkan nombor ke dalam telefon bimbitnya.

Siapa tahu,petang itu dia merasa bertenaga, peluhnya menyejuk badan menjadi segar, girang rasa hatinya. Hidangan dari baki 5 ringgit tadi menjadi santapan enak keropok lekor bersama rakannya.

Simpanan selebihnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن
Sesungguhnya solahku, ibadahku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah,Tuhan semesta alam .


"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (Hadith Riwayat Bukhari)



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.