Hilang Panas

Pagi yang indah.
Suhu panas yang menyerang kini beransur hilang. Hujan tiba membasahi bumi.
Bersyukurkah kita pada anugerah Ilahi ini?
Alhamdulillah.

Malam ni ada temujanji bekam.
Rasa kosong/bosan perlu diisi dengan aktiviti bermanfaat. Adakalanya tidak dapat menyertai solah berjemaah supaya membolehkan emak bersiap diri menunaikan solah. Susu botol untuk 3 orang, dan 2 baby kanan dan kiri.

Buku sebagai peneman setia sebelum tidur dan dikala hilang tumpuan.
Bak kata kawan, amalan itu lebih padat daripada masa. Jangan bazirkan! (hentam)

Dua gaya penulisan tafsir yang berbeza


DIET SEIMBANG
Tengah mencari-cari menu makanan yang seimbang. Tengah mencuba diet dengan memakan roti gardenia fiber grain. Dah kurang sikit makan nasi. Tapi 'agak' letih dan suara menjadi semakin slow. hehe

Ramai sangat yang tegur saya makin debab. Alhamdulillah, minat terhadap daging berjaya(?) dikurangkan. Enggan dibunuh oleh faktor pemakanan.

ADIK-ADIKKU
Yeah! Masih banyak lagi harapan dan usaha perlu dijalankan untuk memeterai impian terhadap adik-adik. Mendidik memerlukan penglibatan secara aktif bukan hangat-hangat tahi ayam.

Budak itu putih bersih. Berbalik kepada ibu bapanyalah mahu mencorakkan bagaimana!

Adik-adikku, insya Allah Boleh!
ini memang bwetul-betul tulisan letih. hehe

Jangan Menunggu Bahagia Baru Tersenyum.
Tapi senyumlah, Maka Kamu Kian Bahagia

Jangan Menunggu Kaya Baru Bersedekah.
Tapi Bersedekahlah, Maka Kamu Semakin Kaya

Jangan Menunggu Termotivasi Baru Bergerak.
Tapi Bergeraklah, Maka Kamu Akan Termotivasi

Jangan Menunggu Dipedulikan Orang Baru Kamu Peduli,
Tapi Pedulilah Dengan Orang Lain! Maka Kamu Akan Dipedulikan...

Para Pecundang Selalu Menunggu Bukti Dan Para Pemenang Selalu Menjadi Bukti

Seribu Kata Mutiara Akan Dikalahkan Satu Aksi Nyata!

WAIT LESS DO MORE...!!



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.