Singgah!



‎..insan itu tetap insan..
Berlaku kepadanya apa yang berlaku kepada insan..
..Salah dan betul..baik dan buruk..
Namun jika seseorang itu memenuhi hidupnya dengan kebaikan dan ikhlas berusaha mencari kebaikan, kita anggap dia sebagai orang baik..itupun tidak menafikan kadang-kala dia tersalah atau melakukan keburukan..tapi kejahatan itu bukanlah tema hidupnya..
Jika seseorang itu memenuhi hidupnya dengan kejahatan, sentiasa berusaha ke arah yang buruk, maka kita anggap dia orang jahat..itupun tidaklah menafikan mungkin dia kadang-kala melakukan beberapa kebaikan..tapi kebaikan itu bukanlah tema hidupnya..
ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP KITA..antara hakikat dan rupa..jiwa yang bersih dan jiwa yang kotor..Allah di akhirat menimbang amalan insan..Allah menyatakan "Adapun sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka dia dalam kehidupan yang bahagia. Dan adapun sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya neraka hawiyah"..
Justeru, berhati-hatilah kita dalam menilai orang lain..
Jangan terlupa untuk melihat diri sendiri..
Apakah yang memagari hidup ini; kebaikan atau kejahatan?
Apakah yang tersemat dalam sanubari; kesolehan atau keburukan?
-DrMaza


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.