Celoteh Lelaki ini


As salam.

"Bila difikirkan, adakah kepedulian kita kepada ahli keluarga kesayangan mencetuskan keindahan perasaan yang damai dan harmoni kepada mereka?" -petikan buku Seni Bercinta. (sikit-sikit cukup...hehe)

Letih yang terasa. Badan masih diusia 20-an.Lembik..hehe

Bergelut dengan mustaqim yang sangat merap. Perlu didukung setiap kali menangis (yang betul-betul kuat).
Berdendam dengan Mukhriz yang comel. Geram nak selalu uli-uli,gomoi dan cubit. Alhamdulillah keturunan Bajau (suami adik) yang tidak banyak karenah dan senyap. Imbal balik dengan sifat Mustaqim.
Jenuh dengan Adham yang hyperaktif. Boleh bermain sehingga pukul 11 malam tanpa henti. Suara berbunyi lori, gergaji enjin, bulldozer silih berganti. Memang tak makan saman.
Sibuk mendidik Hakim membaca. Diumpan bateri bagi kereta kontrol barulah mahu bersungguh membaca cerita Si Putih. Itupun perlu menggunakan kaedah provokasi cemburukan dia kepada Adham.
Penat yang perlu,hehe.

Berimpian,"Mak,abang harap adik-adik abang nanti semuanya jadi berguna untuk ummah."
Mak hanya tersenyum,"Entahlah mak masih hidup atau tidak untuk tengok hari tu."
Sayang mak.

Punya impian tiada salahnya. Mahu menggantung impian setinggi bintang. Paling tidak, tersangkut setinggi langit.
Yang menjustifikasikan impian itu adalah kerja keras ke arah pelaksanaan impian itu sendiri. Dalam rintih doa,saya menangis risaukan saya tidak cukup tabah atau bersikap
pentingkan diri namun "Bismillahi tawakkaltu 'alallah laa haula walaa quwwata"



Asalnya mahu menulis entri berkaitan "Suami bagaimana saya" namun tersangkut dalam entri keluarga. :)
Mereka terlebih dahulu harus mengiktiraf kasih sayang ini,lulus atau tidak. hehe
Pandangan Allah jua yang hakiki.

Untuk belajar supaya lebih teguh.
Untuk menghasil keluarga harmoni yang utuh.
Untuk memupuk amalan nurani yang bercahaya.
Insya Allah,Insya Allah, Insya Allah.

Ya Allah..padamu aku sembah,aku bergantung segala pengharapanku.
Cintaku, rinduku, kasihku, hidup dan matiku..bimbing ia mencapai cinta Mu.
Sungguh hati ini memendam rasa. Perkenankanlah...amiin,amiin,amiin..


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.