Mencari Ilmu, Menghias Akhlak

Hari ini kami di bawa guru ke tengah bandar kl, melihat pelbagai gelagat manusia, kata guru, anak-anak, nak jadi pendakwah kena tahu penyakit masyarakat, kena kenal masyarakat, kami di lihat guru dengan pelbagai jenis manusia dan cara nak bergaul dan cara kaedah menegur mereka, kata guru, ilmu ugama sahaja tidak cukup untuk berdakwah, ilmu lain kena ada.

Jika kamu ilmu penuh di dada anak muda, apalah gunanya ilmu kamu itu jika sampah depan mata tidak dapat kamu kutip?maksiat depan mata kamu tidak dapat nak tegur, kamu hidup dalam membetulkan diri sendiri dan menjauhi diri dari masyarakat dan biarkan orang jahil terus jahil, dan kamu langsung tak ada cita-cita berjuang membagunkan islam, hati-hati anak muda, teliti hal ini.


Saya tertarik dengan status sahabat FB yang berkongsi segala ajaran dan kata-kata gurunya. Senantiasa dikemaskini kalam hikmah yang diterimanya.

Ilmu itu cahaya yang menyinari hati. Dengan ilmu kita mengetahui syariat dan memupuk ghairah dalam amalan. Dengan ilmu, kita mengenal jalan yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada kita. Mengambil manfaat dan berkat dari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menjadi amal kehidupan.

Ilmu dan peribadi yang mulia mencetuskan kedamaian pada jiwa yang ingin mendekat. Dengan akhlak, jiwa menjadi lebih terdidik dan tabah menempuh ujian. Amalan yang istiqomah akan menekan nafsu syahwat yang membinasakan diri menempuh akhirat. Dan perkerjaan yang terbaik itu adalah pekerjaan yang dilakukan terus menerus walaupun sedikit. Sememangnya kehidupan ini lapangan ujian. Ujian dalam menentukan tema iman di dalam hati. Zindik, munafik, fasik atau mukhlis?..dan penilaian itu berakhir pada keadilan Allah yang Maha Mengetahui.




RUTIN MEMBIAS NASIB

Hidup ini fana. Tanpa pegangan iman yang kukuh, tanpa malu, berbuatlah apa yang kita suka. Hati menjadi tega menipu, mendedah aurat, menzalimi dan meninggalkan syariat.

Lidah (..dan juga jari) mudah menghias perkataan dan ayat menghalalkan dosa diri, sedangkan hati pasti gundah resah dengan lumuran tompok hitam dosa itu. Rutin harian hidup kita menentukan siapa kita. Seorang kerani atau peniaga, seorang benar atau dusta, seorang taat atau ingkar.

Rutin harian bagi seseorang yang melazimi kerja keras, beribadah, bertilawah, tahajud dan berdoa.
Bagi seseorang yang gigih berdakwah, perbaiki mutu akhlak dan adab dan muhasabah malam hari. Bagi seseorang yang tekun belajar,..dan selainnya pasti berbeza dengan seseorang yang sambil lewa menjalani hidupnya.

Berbeza bukan? dengan rutin ibadah sekadarnya tanpa menghadirkan hati dan kesungguhan. Kadang buat,kadang tidak.
Lisan yang tidak terjaga membusuk, memburuk dan memfitnah.
..dan lain-lain. (hidup harus menyebar kebaikan, pesan guru :D )

Belajar dan amalkanlah. Sedari kecil, dari seorang budak yang tidak mengerti apa-apa, kita telah meningkat usia mempelajari bagaimana bersolah, berpuasa dan sebagainya. Kini, adakah pembelajaran kita telah berakhir?
Jangan 'mati' sebelum ajal.

Hiasi diri dengan akhlak, budi pekerti yang tinggi.
Jangan mudah bersikap keras sesama kita, cuba mencari hikmah yang terbaik untuk mendekati saudara sasaran kita.
Dan dakwah itu menghubungkan hati ke hati. Seni dalam memikat jiwa sanubari memperkenalkan tauhid pada Pencipta Rabbul Izzati, Allah SWT.
Dakwah menguji,pasti kesannya lebih untuk diri sendiri.
Jadikan amalan rohani sebagai cahaya, melangkah dengan akhlak,adab mulia dan teguh dalam bersabar.

Insya Allah.



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.