Manfaat Ramadhan

As Salam..

Semalam yang penuh dosa, disambut dengan kedatangan bulan yang penuh berkah.
Allah ya Rabb, aku menangis syukur atas kemurahanMu.

Tidak sempurna,
namun terus berusaha.
Moga hati ini,tidak mati direjam dosa.
Agar terus subur disiram pahala..
Istighfar taubat memohon ampun Nya

Manfaatkan Ramadhan,dalam kehidupan yang pasti mati.


Perjalanan hidup yang sering lupa, lalai dalam kekal mentaati perintah Allah.
Pengharapan demi pengharapan disuburkan dengan maghfirah dari Nya, mencetus rasa kehambaan yang mendambakan ampunan Nya.

Akan sebuah kehidupan yang tidak pasti.
Akan sebuah perasaan yang berkecamuk.
Akan sebuah dugaan yang menguji.
Akan sebuah keseronokan yang merusak.
Akan sebuah taubat yang singkat.
Akan sebuah permintaan nafsu yang tidak sudah.


Bergantunglah kepada tali Allah, Al Quran dan As Sunnah, dan juga keluasan ampunan dan rahmat Nya...
Mengungkap kapasiti diri sebagai seorang mukmin,
menyandar cinta pada yang Maha Mengetahui,
memohon ampun pada yang Maha Pemaaf,
meminta taufik hidayah pada yang Maha Pemberi...

Allahumma ya Allah.
Alhamdulillah, syukur atas ketibaan Ramadhan yang membawa berkah.
Alhamdulillah...





'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Semarakkan Cinta


Jangan sampai kasih sayangmu kepada orang lain sekadar formaliti ; kebencianmu terlalu berlebihan ; hidupmu hanya bermegah-megah ; ingatanmu lemah ; dan tujuanmu dalam berbuat baik hanya untuk mendapat pujian.



Assalamu’alaikum.

Seminggu berprogram di Taiping, tawaran temuduga untuk kerjaya baru. Uniknya, program diikuti dengan program anak angkat selama sehari setengah. Sangat senang bersama ibu angkat dan cucunya, si kecil Aina Insyirah. Ah, terasa rindu dengan ketawa dan tunduk malunya.

Tazkirah kecil saya sering berkaitan kasih sayang. Diawalkan dengan rasa syukur atas nikmat terbesar; iman dan islam. Seandainya diberikan masa lebih panjang, saya pasti akan menangis terharu dengan penghayatan kisah cinta yang qudus dari Habibuna Rasulullah SAW.

Mafhum hadith; “Tidak sempurna iman kamu, selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”

Hati kecil ini sering menggamit rindu. Sirahnya Rasul SAW dan para sahabat sering menjadi kunci pada asas perjuangan. Bagaimana rasa kasih Baginda SAW kepada seekor kucing yang tidur di lengan bajunya; menggunting bahagian kain alas tidurnya kucing tanpa menggerakkan lenanya. Bagaimana contohnya sebagai seorang suami, yang tidak menggerakkan tidurnya Sayyidina Aisyah r.anha ketika merintangi tempat tidur Baginda SAW tanpa sedar; kemuliaan hatinya Rasul SAW tidak menganggu tidur isterinya malah terus tidur di bawah. Allahumma ya Allah…

Mata ini seringkali berkaca-kaca rasa terharu. Keindahan akhlak dan kasih sayangmu ya Rasulullah SAW menjadikan para sahabat r.anhum sangat mengasihimu. Mereka menangis keisakan apabila berpisah dengamu selepas solah fardhu jemaah Isyak,berpelukan; lantaran bimbang itu kali terakhir mereka bertemu kasih denganmu. Juga,..
Air mataku bergenang membayangkan keadaan sahabat r.anhum ketika kamu membuka pintu rumahmu untuk menuju masjid pada awal Subuh. Mereka tersenyum gembira menunggu halaman luar rumahmu,melihat nur wajahmu dengan mata yang berkaca-kaca,penuh dengan perasaan rindu melafazkan kasih,”Kami rindu ya Rasulullah..Kami sangat rindu padamu.”
Aku tersenyum bahagia sekiranya akulah antara orang yang berpeluang menyampaikan rasa rindu itu.

Aku sedar, aku tidak akan mencicipi rasa kasih itu walau sedikit tanpa aku mencontohi amal sunnah dan akhlakmu ya Rasulullah. Terlalu banyak pengorbanan dan keindahan akhlakmu ya Rasulullah SAW untuk ku lampirkan.

Ya Allah,Rabb yang menguasai hati manusia,teguhkan hati kami,sampaikan ilmu kami untuk kami mengamalkan sunnah kekasih Mu, Rasulullah SAW. Permudahkan urusan kami,wahai Allah;Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah;Ya Ghaffar, ampuni dosa-dosa kami , lindungi diri kami dari sifat mazmumah, dan kurniakalah rasa kasih antara kami setulusnya kerana Mu.



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'





Share/Bookmark

Blog Terbaik


Assalamu’alaikum..

Sudah lama rasanya tidak mengupdate blog nih. Memandangkan bertukar kerjaya di tempat baru dengan cabaran yang baru. Masa untuk ‘dunya’..huhu

Bagi saya, pengalaman ‘blogwalking’ para blogger secara tidak langsung mendedahkan kepada kita corak pemikiran antara generasi dan kerjaya. Pola intipati blog yang variasi menjadikan kita bersikap memilih untuk menjadikan blog yang dikunjungi dekat dihati. Saya juga antara blogger yang memilih blog yang menjadi tatapan rutin saya. (dan lain-lain)

Ust Zaharuddin
Ust Hasrizal
Dr Zubaidi

Adalah antara paling kerap saya lawati. Sebagai blogger, banyak manfaat yang kita ceduk dari halaman blog orang lain,kadangkala tanpa sempat mengingati link mereka selepasnya. Terlalu banyak.

Blog boleh jadi satu perniagaan,diari,jadual program, mahupun informasi.
Pernah saya tercengang-cengang mengikuti segerombolan blogger generasi lebih muda membungkus-bungkus rahsia perihal “malam jumaat”. Sekadar satu perjalanan untuk memahami isi tulisan yang variasi. Blog punya trend bahasa yang tersendiri dalam menafsirkan corak pemikiran masyarakat/individu.

Apapun, Tahniah bagi mereka yang menyediakan informasi hebat berlangsungan dengan minat mereka. Dari blog, saya mendapat informasi kesihatan, penjagaan computer, mekanik, job description, gadget percuma,pelbagai lagi.

Saya?
Masih begini mengharapkan kesempatan masa dan pengubahsuaian blog yang lebih bermanfaat.
Download percuma? Manual DIY? Motivasi? Gambar? Moga-moga.
Saya doakan kita semua berkongsi manfaat, sekalipun sedikit,ia tetap berkat.

Petua Ubati Kurap. Sapu hari-hari sedikit kapur makan dan biarkan kering.Awas pedih! [info] hehe

ahmad fikry : punya sangat banyak blog yang tidak terurus, memperlihatkan diri yang punya banyak idea namun sukar dilaksana (mokey mind). Kenalpasti kelemahan, strive for the success! Yeah yeah..


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.