Celoteh

Assalamu'alaikum..

Ngee...sibuk.

Bulan lepas banyak kes putus cinta. Mau tak tido juga dengar luahan antara sedar dan tidak. Lali dan mamai bersilih ganti hinggakan apa yang dicakap tidak lagi difahami yang mendengar. Biarkan,haha...

Kerjaya pun sibuk jugak. Banyak dokumen perlu diuruskan dan juga dengan kehadiran audit, sistem fail kena 100% sempurna. Mau lebam biji mata.

Kerja penggalakan juga tidak berjalan lancar. Lantas pergi ke tempat rekreasi Lata Hujan dan bedebushhh!! lepas geram, mandi dan berendam dengan pakaian kerja. haha.

Dengan masalah 'monkey mind', banyak persoalan yang berlegar di fikiran. Jadi bingung sekejap. Syukurlah kawan-kawan pun faham 'bahasa kasaq' daripada Ahmad Fikry.



Allahu ya Rabb,
Betapa ramai antara kita menagih kasih pada bukan yang sepatutnya...malah salah mengharap. Harapan yang menggunung ini sangat mendukacitakan tatkala hancur. Nasihatlah walau sebakul,tanpa kesan jika sedih menguasai.

Biasanya,tidak mengikut rentak sangat dengan orang sedih ni. Padan muka, buat lagi, dah tak encem nak bt mcmn dan pelbagai kata yang boleh mencabar keegoan perlu dipancing. Tapi kena tengok orang juga, jgn diambil pada mereka yang perasaan umpama pohon semalu.

Bila dia rasa selesa, boleh dengar apa yang kita kata dan melawan balik cakap kita, masa tu lah kita memulakan intisari nasihat kita yang sebenar. Biar sentap, biar padat. Cintalah ke arah niat pernikahan bukan penangguhan,biar berfasa bukan tangkap cintan semata-mata.

"Ghairah mendamba cinta manusia, hambar meraih cinta Pencipta manusia."
Selitkan sirah cinta yang mengkagumkan dari kisah para sahabat r.anhum, ummul mukminin dan juga keagungan cinta Rasulullah s.a.w kepada umat.


Dalam fikiran yang 'monkey mind' ini juga, terselit pertanyaan yang bertanya, "Mengapa sukar nak istiqomah berubah jadi baik?" "Ada ka manusia benar jujur dalam dunia ni?" "Susahnya nak dapat teman akhirat."

Lantas hamba kerdil ini tak pandai menyusun ayat. Mujur pakai DiGi, panggilan percuma leh elobrate panjang2...

Memang realiti!
Saat hendak berubah kita dibelenggu dosa. Dosa kita inilah yang menjadi hijab kepada perubahan. Budaya couple, porno, ketagihan game, dan lain-lain lagi menjadikan kita lemah tak berdaya. Semangat kita mudah luntur dengan kebiasaan yang selama ini menjadi tabiat. Untuk meninggalkan dosa, memerlukan kekuatan azam yang TINGGI. Yup, TINGGI kerna tanpa kesungguhan, kita hanya kembali kepada titik mula. kosong, terdampar tanpa daya.

Tiada sokongan, tiada suasana, sendiri!
Berapa banyak rakan yang telefon kejut subuh? Berapa banyak yang tanya khabar iman kita? Berapa banyak yang selalu berkongsi nasihat menyentuh hati kita dengan kematian, akhirat dan kehampiran kepada Allah? Jika ada, bersyukurlah.

Tapi macamana kalau tiada?
Kongsi sikit kata Khalid Al Walid r.a ; "Mengapa kita sentiasa inginkan orang lain memahami kita sedangkan kita tidak pernah cuba untuk memahami orang lain? Segalanya pasti bermula dengan kita & bukannya dari orang lain."

Tanpa pohon epal, kita tidak akan merasai epal. Kalau tidak dijual, tanamlah dari benihnya, siram dan jaga ia. Biar membesar dan mengeluarkan buah. Petik dan rasailah kemanisannya. Sahabat, kuatkan jati diri dengan azam, selalu melibatkan diri dengan suasana yang memangkin kepada peningkatan iman. Majlis ilmu, solah berjemaah dan lapangkan masa dengan teman yang kita ketahui amal agamanya. Kuasa sabar dan harap(doa) amatlah power jika kedua-duanya kita satukan dalam perubahan kita menjadi hamba kepadaNya. Hamba yang sujud patuh pada perintah Nya.

Tiada orang jujur? Kehidupan dirasakan penuh dusta? Letih?
Menangislah, merintih pada Yang Maha Kuasa. Jiwa kita kosong dengan kebaikan lantas sukar melihat keindahan kehidupan. Dengan tekad, jadilah kita seorang yang berakhlak, jujur dan berlaku ihsan.

Apa masalahnya bila kita bertolak ansur dengan orang yang berlaku buruk dengan kita?
Apa masalahnya bila kita begitu takut orang terasa hati dengan kita?
Apa masalahnya bila kita terpaksa melayan apa jua celoteh teman yang perlukan kita?
Apa masalahnya bila kita kena kerja lebih berkhidmat untuk masyarakat?
Apa masalahnya bila kita perlu buat pelbagai perkara yang baik lagi?

Bukankah kita ingin sekali mengikut panduan yang ditunjukkan Rasulullah saw? Bermujahadah (berkorban) itu mendatangkan kemanisan iman, kelazatan dalam ibadah. Dengan menyerahkan segenap rasa, harta dan tenaga...hati kan terasa lebih dekat dengan apa yang kita cari, yang kita damba.

Dari segi cinta makhluk, bukankah kita semakin sayang dengan apa yang paling banyak kita korbankan untuk memiliki?

aiseh, rasa mengantuk pla,tkleh karang panjang lagi. Jum tido.

ada blog baru beb.... www.afstudiocentre.blogspot.com
bingkisanku akan jadi blog peribadi..ahaa..

wassalam.....



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.