Buta

Jika Mesir sebelum ini bergolak dengan sejarah kejam pembunuhan kepada penentang kerajaan, saya melihat dataran Tahrir penuh dengan manusia. Rentetan video dari youtube tidak lagi dapat menyembunyikan kekejaman yang berlaku. Saya melihat bagaimana penembak tepat yang entah dari mana menembak kea rah rakyat. Saya juga melihat pihak penyamar yang memasuki barisan rakyat dan membantai sesuka hati dengan kejam. Peluru hidup digunakan.

Alhamdulillah, kini Mesir menanti pilihanraya dengan anggaran wakil Ikhwanul Muslimin akan memenangi kerusi dan menanti perubahan yang bakal dibawa, Insya Allah.
Namun pada hari ini, kisah yang berlaku pada saudara kita di Syria begitu menyentap perasaan. Pertama kali menonton video di Youtube telah membuatkan saya bersedih berminggu-minggu dengan nasib yang menimpa mereka. Kekejaman yang tiada kata mampu saya ungkapkan.

Pada asalnya saya melihat kepada para pemuda penentang yang diseksa dengan begitu teruk sekali oleh Rejim Al Assad. Dari situ juga saya melihat beberapa orang yang dipaksa mengubah pengakuannya kepada mengakui Bashar Al Assad itu sebagi Tuhan. Gambar-gambar akan rakyat yang dipaksa sujud mencium gambar pemimpin kejam itu.
Kemudian,saya melihat gambar dari rumah keluarga yang besar bergelimpangan mayat. Kanak-kanak disembelih. Juga kisah dibawahnya menyatakan ibu mereka dirogol dan kemudian anak-anak mereka disembelih, begitu juga ibu bapa mereka turut dibunuh kejam. Pelbagai gambar yang berlainan dari rumah yang berlainan membuktikan jumlah besar kekejaman yang berlaku. Video juga menunjukkan beberapa pemuda yang bertempiaran lari dan sejumlah daripada mereka gugur syahid dengan tembakan di kepala dan leher. Video wanita yang ditahan dan dipaksa masuk ke bangunan dengan tentera yang melepaskan senjata dan barangannya dengan tujuan merogol. 12 bulan penentangan, dapat disaksikan jumlah besar kematian yang berlaku.




Menulis ini dengan air mata yang mengalir, saya tahu tulisan saya tidak akan dapat menyamai gambaran sebenar yang berlaku pada saudara kita di Syria. 1% pun tidak akan sama.

Berapa peratus daripada kita prihatin dan simpati? (ambil tahu)
Berapa peratus daripada kita berdoa untuk kejayaan mereka?
Dan berapa peratus daripada kita yang bertindak?

Konflik kekejaman di Syria menyaksikan kita sebagai umat yang lemah apabila tiada sebarang pertolongan yang dihulurkan kepada saudara kita di sana. Malah di kalangan teman-teman dan juga masyarakat sekitar yang sempat saya tanya langsung tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Dan Palestin sendiri masih terus-menerus ditindas.

Kebutaan apakah ini?
Video-video lain yang menyusul memperlihatkan rintihan dan permintaan mereka. Mereka bergantung hanya kepada Allah apabila tiada bantuan dihulurkan daripada kita.
Saya terharu mendengarkan rintihan seorang ibu yang kematian anaknya yang masih kecil apabila diminta menyampaikan perasaannya kepada umat, “ Tiada Islam di dunia ini! Tiada! Kita perlukan orang asing!” Saya menangis mengenangkan kehampaannya kepada dunia Islam kini..

Kelak, apa yang berlaku di Syria akan ditanya kepada kita. Tidak dapat tidak, pertanyaan pasti menuntut jawapan tentang apa yang kita sibukkan.

Allahumma ya Allah..



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.