Cinta Wahai Kawan



Cinta...
Berapa ramai yang tenggelam dengan variasi tafsirannya.
Tidak kurang yang berduka, menangis akan kelukaan yang disebabkan olehnya.
Tetap juga yang masih bergembira menghirup kemanisan dalam nikmatnya.
Cinta menjadikan kita asyik, walau atas apa jua tafsiran nya.

Insan yang serba kekurangan, merasai deritanya ketika kecewa bercinta.
Segala perasaan yang memberi pengorbanan, perhatian dan masa menjadi umpama perahan limau yang sangat menyakitkan apabila dititis pada luka cinta. Segala kenangan dan pengalaman menjadi memori yang menghibakan apabila mengenang cinta. Parahnya cinta menjadikan kita hilang semangat, selera dan mati perasaan. Cinta yang melemahkan iman.

Bukan begitu wahai kawan.Sekalipun itulah yang kita telah menghadap.

Cinta adalah tanggungjawab.
Cinta; sama ada merosakkan seseorang; atau membina peribadi dengan lebih cemerlang.

Cinta wahai kawan,
bukan seperti apa yang telah kau tangiskan.
memikirkan masa yang telah kau sibuk habiskan, memperkuat hubungan sekadar lelaki dan perempuan.

Cinta wahai kawan,
bukan seperti apa yang kau citakan,
menyerah perasaan dan juga harapan, segalanya pada jejaka/gadis pilihan.
tanpa terikat sebarang fasa pernikahan.

Cinta wahai kawan,
tidaklah seperti apa yang kau kesalkan,
resah dalam ketidakpercayaan, risau dalam penungguan.
cinta hadir dalam bibit-bibit doamu, indah nyaman bersama air matamu, perasaan cintakan Tuhan.
Sendirinya ia membawa kamu mendekati keyakinan kepada Nya, meskipun calonmu seakan sesuatu yang telah kau genggam.

Cinta wahai kawan,
lebih banyak mengajarmu mengenal diri, membina peribadi.
membawamu kepada perubahan, kerna kau lihat bahagia dambaan.
Tiadalah kau menjanjikan bintang-bintang, sebelum engkau mencapai bulan.
Tidak juga kau terpurung hiba, lantaran cintamu bersama keyakinan berTuhan.
Kekal indah dan abadi nikmatnya.

--------------------------------------------------------

Rasa simpati juga dengan kawan yang berduka lara disebabkan kecewa 'bercinta'.
rentetan luahan yang sangat melemahkan semangat.
disusuli dengan lagu-lagu mendayu yang membangkitkan memori.

Jujurnya, sangat ingin menyelitkan bersama duka saudara di Palestin, Syria, Afghan dan Sudan.
Tapi melihatkan pada penerimaan terhadap nasihat yang lembut, saya kaitkan dengan perasaan.

Kawan,
muhasabahlah diri kita sendiri.
bentuk peribadi yang matang.
pernikahan adalah tanggungjawab, jangan jadikan 'cinta' sebagai sebab kamu sibuk merealisasikan semata-mata hubungan lelaki dan wanita. Gali lah ilmu berumahtangga dan bina kepimpinan yang soleh.
Lamarlah, khitbah dan bernikahlah.

Gadis,
gambar-gambar 'rapat' bersama lelaki ajnabi bagimu.
coretan tulisan yang dicakna tafsirannya.
dapat diambil fikir dan mencorak perubahan.

Maka jangan kemaruk bercinta kosong.
Cintalah dengan sebenar-benar cinta.


Cinta,
sama ada ia merosakkan seseorang,
atau ia membina peribadi yang matang.
Semuanya bergantung kepada definisi yang dipegang.






'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'





Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.