Dunia

As Salam..

Tersentuh perihal lagu tegar...

Adzan Subuh aku terlelap
Adzan Zuhur aku sibuk bekerja
Adzan Asar aku bergelumang dunia
Adzan Maghrib aku dalam perjalanan
Adzan Isyak aku lelah

Firman Mu yang tak pernah ku baca.

Ya, lebih kurang

Kita muhasabah, adakah perihal seperti itu wujud dalam diri kita?
Kita beriman di facebook, hakikatnya kita gagal dalam realitinya.
Kehidupan kita hanya sekadar mengisi masa mengikut apa yang kita suka.
Selalai-lalainya kita mempersia umur kita.

Adakah pantas syurga buat aku??

Uh!
Disini aku menangis.
Mengapa cahaya tarbiyyah gagal menyentuh kalbu aku dan kamu.
Mengapa kehidupan kita masih lagi berkisar pada nafsu semata.
Selangkah...selangkah,pernahkah kita berusaha untuk lebih dekat padaNya?
Atau sekadar bermain tarik tali... pemenangnya nafsu.
Sisa umurmu masih belum membentuk mukmin terbaik.
Hamba Allah yang taat.

Aku renung juga tangan aku.
Apakah yang telah ku usahakan?
Apakah sumbangan dan amal yang bakal aku hadapkan di hadapan Allah SWT.

Mimpi barangkali..
Mahu bersama perjuangan Palestin
Mahu sebaris dengan Muhajidin Syria
Mahu memberi makan saudara seislam yang diancam kebuluran.
Mahu membela nasib pelarian.
Mahu hidup dalam suasana Islami yang sebenar. Aman.
dan dinamakan mimpi..

Ya..
Hidup harus terus melangkah.
Persoalan ini hanyalah dari hati yang gundah dengan maksiat.
Tapi tak pernah lelah mengharap rahmat.

Insya Allah.





'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.