Tidurnya Para Salaf

Para salaf amat bersederhana dalam tidur

Diriwayatkan dalam banyak kitab bahawa waktu para salaf itu amat bermanfaat, disibukkan dengan ibadah dan ilmu sehingga mereka cuma tidur dalam waktu yang amat singkat dan sekadar untuk menghilangkan lelah. 

Contohnya Imam Hammam bin al-Harith rahimahullah (ulama' tabien, belajar dari para sahabat seperti Umar al-Khattab, Huzaifah dll) disebutkan bahawa ;
فكان لا ينام إلا هنيهة وهو قاعد
'Sesungguhnya beliau tidak tidur kecuali sekejap dalam keadaan duduk.' [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]

Begitu juga Imam Fudhail bin Iyad rahimahullah, yang diriwayatkan selalu solat malam, lalu apabila mengantuk maka beliau akan tidur sekejap kemudian apabila beliau terjaga maka beliau akan sambung solat dan kemudian apabila mengantuk lagi maka beliau akan kembali tidur sekejap dan kemudian bangun semula untuk solat dan begitulah keadaan beliau sehinggalah ke pagi. [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]

Imam Al-Auzaie rahimahullah pula diriwayatkan hanya tidur dalam keadaan bersandar apabila mengantuk pada waktu malam, selebihnya dia akan berdiri menunaikan solat malam.

Akhirnya kita boleh mengerti kenapa demikian cara tidur salaf apabila kita melihat hadith-hadith berkenaan tempat tidur baginda salallahualaihiwassalam seperti hadith Aisyah RA yang meriwayatkan bahawa tempat tidur Rasulullah salallahualaihiwassalam cuma diperbuat daripada kulit binatang yang diisi sabut. [riwayat al-Tirmidzi]

Dan ada kalanya tilam baginda cuma diberupa kain yang dilipat dua sekadar membolehkan baginda dapat berbaring tanpa sakit. Inilah yang ditangisi oleh Umar RA apabila melihat badan baginda salallahualaihiwassalam berbekas-bekas kesan dari tempat tidur baginda.

Tidak lain, ini semua mengajar kita bahawa mereka cuma menganggap tidur itu sekadar rehat dan menghilangkan lelah, bukannya demi memuaskan nasfu sepuas-puasnya dengan tilam empuk berharga ribuan ringgit, selesa dan berjam-jam lamanya.

لا حياة إلا حياة الآخرة
Tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat....






'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.