Daku dalam kehibaan

Bismillah.


Salam..

Ayat bagaimanakah yang dapat jelaskan nya?
Jalan penceritaan bagaimana yang dapat mengisahkannya?
Bahasa apakah yang terbaik untuk memahamkannya........

Ya Allah..
Lihatlah berita.
Tentang saudara kita.
Saudara di Palestin.

Lihat korbannya..
wanita dan anak2..

Hati ni dirundum hiba..
Sejak petang tadi
hiba itu cukup untuk membuat
mata ku basah..


Sekalian..
kita..
dengan apa yang kita ada..
dengan apa yang kita mampu..
bantulah saudara kita..

~tatkala sang burung kecil ditanya tentang usahanya membawa air melalui paruh yang kecil untuk memadamkan api yang menggunung marak menyelubungi Nabi Allah Ibrahim as,
jawabnya ;" Aku tdk bimbang sama ada usahaku dapat memadamkan api itu atau tidak, tetapi aku bimbang jika nanti ditanya Allah ..apakah usahaku ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar.."

***********************
Gaza diletup lagi
=================

Umpamanya,
Rumah itu rumahku,
Mayat itu saudaraku,
Anak kecil itu adikku,
Ibu yg menangis itu ibuku.

Gambarkan perasaanku..
Khabarkan padaku,
harus bagaimana aku?

Salahkah..
dengan hati kecil ini
aku lantang melaung
kebencian pada Israel dan sekutunya

Salahkah..
dengan hati kecil ini
aku bengis merenung
para pemimpin seluruhnya

Salahkah...
dengan hati kecil ini
aku menangis hiba
emosi dengan keadaannya

Khabarkan padaku
Harus bagaimana lagi aku?

Duhai manusia..
yg padanya Allah kurniakan
amanah dan kuasa,
hentikan tangisanku,
hapuskan kemarahanku,
bersama perjuanganku.





***********************
ahmad fikry hiba
Share/Bookmark

Destinasi Cinta

Salam

*************************

huhu.. hari yang panjang.

Selalulah muhasabah diri dalam segala pekerjaan yang dilakukan.
Melalui muhasabah, kita akan menutup ruang dari Syaitan untuk memasuki relung2 hati supaya dapat dipesongkan kepada keburukan.

Jangan pernah terlalai dgn kebaikan yang dilakukan.
Mungkin saja dalam kebaikan itu terselit niat2 riak,sum'ah,takbur ujub..yang memesongkan dari tujuan asal matlamat segala ibadah pekerjaan ; Allah SWT.
Berikhlaslah dalam pekerjaanmu!!

***************************************

Baru2 ini, secara tidak langsung..ana mula 'mengaktifkan' diri dalam bidang perniagaan produk islam; HPA. Dgn inayah daripada Allah SWT...berkat kemahuan sahabatku, hayat yang baru habis belajar di kelantan untuk berbisnes.

Secara tidak langsung juga, ahli semakin bertambah. dalam minggu ini mungkin dalam 7,8 ahli yang akan masuk. Alhamdulillah..
Ana menyesal kerana tidak bermula lebih awal. Ternyata orang terdekat khususnya, amat menanti-nantikan pendedahan tentang produk halal..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesetengahnye mula memesan barang melalui ana. Khilafnya, ana bimbang ana terlewat untuk menghantar kerana agak terikat dgn komitmen yg khusus. Insya Allah.

Alhamdulillah, setelah melalui perbincangan melalui pemilik stokis cawangan.. beliau berhasrat untuk menemukan ana dengan ketua bahagian multimedia untuk perbincangan lanjut ana berkaitan dengan jualan dan pendaftaran online.

Setelah melalui kursus dan taklimat, sememangnya diantara mereka mempunyai wajah yang bersih. Pernah sekali disindir kerana bertanyakan umur seorang makcik yang kelihatan awet muda.

"fiq...nanti kita cari isteri ahli HPA eh? boleh sama2 berjuang..bagi borang je.."

He he..terasa lucu dengan kata2 seorang sahabat.

Syukurlah.. moga hidup ini, kehidupan ini, dilimpahi keberkatan..melalui pengamalan kehidupan secara islami..

Allah..bimbing daku menuju redha Mu.
Limpahi hidupku dengan cahaya hidayah Mu.
Jadikan kehidupanku beroleh berkat dari Mu.
Berikanlah daku kesenangan, namun tariklah kesenangan itu andai itu membuatku jauh dari Mu.

ahmad fikry melangkah menuju Mu.
Share/Bookmark

Syair Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi

Siapa tak menempuh jalan leluhurnya, pasti 'kan bingung dan sesat.
Wahai para cucu Nabi, tempuhlah jalan mereka.

Tempuhlah jalan lurus dan jauhilah segala bid’ah.
Pergilah bersama yang mencintai dan mentaati Allah.

Dalam beramal dan menahan diri, teladanilah mereka tapak demi tapak.
Berkat para salafmu, kau 'kan mendapat banyak manfaat.

Luas, agung dan mulia budi pekerti mereka.
Dalam tariqahnya, takkan kau dapati perselisihan atau sengketa.

Dengan penuh semangat, beramallah mereka dengan tulus.
Meningkatlah kedudukan mereka, tinggi dan mulia.

Tak mereka diamkan yang haus dalam kehausannya dan yang lapar dalam kelaparannya.
Dengan pekerti luhur, mereka usahakan jalan ‘tuk mengatasinya.

Dengan amal soleh, mereka muliakan masjid dan muka bumi.
Bergegas menyambut seruan manusia yang mereka cintai dan taati.

Iaitu sebaik-baiknya Nabi dan semulia-mulianya pemberi petunjuk dan dai.
Ketika beliau berdakwah kepada mereka, mereka pun mendengarkannya sepenuh hati.

Dengan semangat mereka berusaha ‘tuk segera meraih kedudukan mulia.
Tanpa angin atau layar, perahu pun berangkat berkat mereka.

Tetapi dengan inayah Allah perahu berlayar dengan taat, tak menentang.
Anugerah Allah ini dikhususkan untuk mereka yang patuh, tak membangkang.

Demikianlah ucapanku ini dan yang semisal ini selalu sedap di telinga.
Dengarkan dan pahamilah syair ini, didalamnya terhimpun segalanya.

Hiruplah keharuman ini, kerana ia tersebar di antara ahlinya.
Ya Allah, aku datang ke hadiratMu dengan suatu maksud dan tujuan.

Aku mengakui kelemahan, ketidaksempurnaan dan ketidakkuasaanku,
maka sempurnakanlah kekuranganku kerana ‘ku memang tak sempurna.

Tiada sandaran bagiku kecuali beliau yang keharuman namanya tersebar memenuhi alam semesta,
sebaik-baiknya Nabi yang cahayanya meredupkan segala cahaya.

(Diambil dari Ulama Hadramaut, Habib Umar Bin Hafiz, cetakan 1, penerbit Putera Riyadi Solo)

Share/Bookmark

Kuntum bahagia

*********************************

Ar Rahman
memberi cinta yg tulus
ke sekelian hamba Nya

Lihat anak yg bertatih
Lihat ibu yg tersenyum
Lihat adik yang tertidur

apakah rasa
yang mengukir bahagia?

mengapa harus
menyimpang dari
jalan bahagia Nya?

mengapa harus merumitkan
cinta yang tulus itu?

Duhai...
sungguh tidak ku ingin
senyum berbunga ku
dari terhalang.

sesuatu apapun..
pergilah jauh
dari mencantas
kuntum bahagia..
kurniaan Tuhan ku.

*****************************
ahmad fikry


Share/Bookmark

Rumah Qurani

salam..

Setiap manusia fitrahnya sukakan kebaikan.
Tak mungkin seorang pencuri mahu dirinya dicuri.
Tak mungkin seorang pembunuh mahu dirinya dibunuh.

Dan dalam jiwa manusia pastinya terselit naluri untuk memperoleh impian ke arah kebaikan.. asasnya..

kehidupan yang senang
keluarga yang bahagia
pasangan yang membahagiakan
anak2 yg taat
~byk lg..

Sekitar keluarga, pastinya kita mendambakan keluarga yang bahagia.
Diri ni sendiri selalu dambakan keluarga Qurani.
Ahli keluarga yang di dalamnya taat perintah Allah.
Pastinya, dalam diri yang cintakan kebaikan; mahukan isteri yang solehah, anak2 yang soleh,taat, tak melawan cakap..

berbalik pada diri sendiri.. sejauhmana kita berusaha dalam pengislahan diri untuk ke arah yang didamba?

kadang2 kita mimpikan kehidupan yang kita bina sendiri..bersama calon isteri/suami dan anak2 yang belum wujud..sakinah,mawaddah..

hakikatnya, praktikalnya adalah dari suasana family skrg..mak,abah,kakak,adik2.. melalui konsep dan cara yang dipraktiskan kita inilah yang membentuk 'pemimpin' bagaimanakah kita..malah akan wujud situasi yang memerlukan kita meneliti cara kita bertindak untuk menyelesaikannya.

Melalui program2 ilmiah, libatkan bersama ahli keluarga dan pupuk ke'akrab'an bersama ahli keluarga. Bina atau rancang jadual yang memastikan keterlibatan semua pihak dalam keluarga. satu perkara yang dipandang agak remeh, tetapi disini situasinya;
~ bygkan anak sulung begitu rajin buat kerja rumah, atau ibu sendiri yang tidak begitu kisah ttg bantuan yang diberi anaknya(mak ana suka buat semua)..kebanyakkan masa yang terluang anak2 yang lain terisi dgn ms yang tidak berfaedah, tgk tv berlebihan, ataupun bermain sms tanpa pengawasan kita.

........................bersambung
Share/Bookmark

meletihkan..

salam...

Meletihkan..
itulah yang terlintas apabila seharian menekan nafsu untuk bermalas-malas.
..dan bila membayangkan kebaikan2 yang kita peroleh dari masa yang telah digunakan,alhamdulillah..

Nawaitu bagaimanakah yang membuat kita letih?
Muhasabah..

Teringat satu kisah semasa di Melaka dulu..
Kami telah merancang satu program dakwah bersama junior2. Perjalanan program berlangsung selama 2 hari. Alhamdulillah,dapat banyak juga nama peserta dan disusulkan untuk berjumpa di surau hostel.

Alkisahnya..dalam surau cuma terdapat 6 orang.
melalui 6 orang ni..kami pergi mencari nama2 yang telah diberi bersama alamat bilik satu persatu.. dari asar hinggalah ke tgh malam..
..dalam 6 orang, terdapat beberapa orang yang memilih untuk i'ktikaf sahaja di surau sepanjang waktu itu.

Tgh malam itu, seorang senior mengajak ana keluar makan.
dalam perbualan, dia menunjukkan rasa tidak puas hati kepada senior2 yang lain yang tidak mahu aktif bergerak. Kasihan dia,murung je wajah. Keletihan terlihat. Semestinya senior itu senang meluahkan yang terbuku dgn sikap ana yg mendengar.

Sahabat2 perjuangan ku..
Ganjaran yang besar menanti untuk orang yang membantu agama Allah.
Ganjaran apa pula yang menanti kita kalau kita membuatnya atas tujuan lain..untuk perorangan? untuk nama? untuk perhatian? Kosong+penat+letih+habuk...
Sebab itu kalau kita lihat sesetengah individu melepaskan diri daripada komitmen dalam usaha tarbiyyah yang dilakukan sebelumnya..
Semuanya dalam niat..setiasalah kemaskinikan niat anda semua.

Sahabat2..
berikhlaslah dalam urusan Allah.
Allah akan berikan kekuatan.

Ana sendiri selalu selitkan hadith yang menceritakan tentang 3 manusia; seorang pejuang syahid, seorang alim yg mengajar dan seorang kaya yg dermawan yang diheret untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
Amalan yang hebat..tapi niat yang tersimpang kepada selain Allah.

Kukuhkan berpegang pada tali Allah sebab ia adalah tonggak ketika tonggak yang lain khianat kepada mu.

Halusilah nawaitu kita.
***************************

aku mendambakan
jiwa yang terbongkar
yg meluah ulat2 dengki
yg membuang nanah2 rohani

agar dgn jiwa itu
menjd bersih nurani ku
utk kuserap cahayaNya
melihat keindahanNYa
menyingkap tabir makrifatNya

dan dgn jiwa itu
dpt ku alirkan airmata
dgn seikhlasnya
hingga memadamkan
panasnya api neraka.


** dont giv up, dont lose hope, you shall win.
Share/Bookmark

bingkisan..

Salam..

Hari - hari yang sibuk.. huhu..
Alhamdulillah..apabila kita memanfaatkan masa,banyak kebaikan yang kita peroleh.
Kadang2 terlihat orang melapangkan masa dengan duduk di atas buaian, berbual kosong..
kadang2 terlihat budak2 yang melepak menghabiskan masa tanpa jelas tujuannya.

Masa itu emas..
Masa sgt berharga..
dengan masa banyak yang kita boleh lakukan.
pilihan nya ke arah..
kebaikan|keburukan|terbuang sia-sia

Masa itu merubah kita.
Dari yang kanak2..kepada muda belia..
Dari perubahan sikap..
Dari pemahaman ilmu..
dan pelbagai aspek lagi..
ditegaskan..masa begitu berharga!!

Muhasabah bagaimana kita menggunakan masa yang berharga nih..
Share/Bookmark

Makhluk Terindah
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : Hafeziftiqar*




















Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.

TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!

Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!

Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....

Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.

“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.

“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.

Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)

Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.


***********************************************************************
Salam...
Sentiasa lah berdoa saban waktu untuk dipelihara daripada terjebak dalam maksiat dan memohon diberikan petunjuk sentiasa.

Sesungguhnya untuk beroleh hidayah adalah sesuatu yang teramat bernilai. Namun untuk berusaha mengekalkan suasana diri dalam hidayah adalah terpaling penting.

Makna Hadis ; Sesungguhnya hati manusia itu sentiasa berkarat dan cara untuk menghilangkan karat hati adalah dengan membaca Al Quran,selalu menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan mengingati mati.

Jesteru, penting untuk kita senantiasa kekal berada dalam suasana iman dan amal. Suasana yang mewujudkan kejernihan hati untuk 'melihat' urusan akhirat yang telah dikhabarkan Allah SWT.

Hasil muzakarah ana dengan ustaz ana, individu harus mengekalkan suasana iman yang mengingatkan kepada akhirat, antara caranya adalah melalui resepi yang telah diberikan Rasulullah SAW.

Apabila kita menjaga jarak kita daripada keterlibatan kita dalam urusan agama, maka lama kelamaan hakikat iman akan sendirinya pudar melalui komitmen yang telah disalah utamakan..

Islam sendirinya adalah kehidupan kita.
Islam sendirinya adalah keluarga kita.
Islam sendirinya adalah matlamat kita.
Mengapa harus menghindar?

Bukankah di setiap rongga rasa
tersembunyi intaian syaitan
yang mahu merusak akar niatmu?

Semailah dengan benih zikir
Pupuklah pepohon baja doa
Lebarlah dedaun muhasabah
bertunjang akar taqwa

supaya
menjulang tinggi pepohon tauhidmu
muraqabah, makrifah
pada Yang Maha Esa.

Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.