Going Away?

Salam…










Berbicara lah dengan ibadah
Halusi keikhlasannya
Menggapai nikmat bercinta
Kepada Rabb mu

Berperilaku lah dengan akhlak
Halusi ketulusannya
Meraih nikmat bersaudara
Capai redhaNya

Berdamping lah dengan syariat
Membatasi kehidupan
Memetik nikmat kebahagiaan
Berteman kejayaan

Islam itu indah
Pada manusia yang menurutinya
Hingga kehendak Islam
Wujud pada kehendak hatinya.


-----------------------------


Semasa perjalanan pulang dengan motosikal, terlanggar seekor kucing.. Berusaha kempiskan perut agar beban atas kucing berkurang sb panik..(tak logiknya..huuu).

Kasihan kucing tu..tapi memang tak sempat nak buat apa. Tiba-tiba je keluar dari semak. Berhenti dan berpaling kepada si kucing. Cepat-cepat je dia lari semula masuk ke dalam semak. Ingatkan dah arwah. Terpandang juga langkahnya capik. Ya Allah. Tak sempat nak tengok pun cedera dia. Terus balik je sebab dah malam dgn jauh.

Kalau lah kucing itu bertuan..entah apa makian, cacian yang tuan dia cakap dkt ana.

Zaman sekolah dulu pernah terlanggar ayam, mati ayam tu. Berhenti ambil bangkai tanya kt kawan-kawan yang melepak kat situ siapa tuannya. Pergi la ke dapur tuannya.

Makcik, saya dah langgar ayam makcik. Tak sempat nak brek. Nak buat macam mana?”
Boleh pula makcik tu sengih kt ana. ”Hehe..bagi kt makcik pun makcik boleh buat apa? Pergi la buang ayam tu..hehe” Terus je ana bawa dan buang dkt semak.

Bukan apa, sebenarnya setiap tindakan kita ada balasannya. Kadang-kadang tu bimbang kalau-kalau sebab hal yang kita anggap remeh, hal tu menjadikan kita tersangkut kt padang mahsyar. Sebaiknya kita setel siap-siap dkt dunia ni. Tapi masa langgar ayam tu bukan fikir macam ni kot.. rasanya fikir takut-takut kalau makcik tu nak ganti rugi.

Berbalik pada kucing tadi, terfikir setiap makhluk ada tuannya, Allah SWT. Ya Allah, sembuhkanlah kucing itu. Bagus kucing ni, buatkan ana ingatkan Allah. Ayuh, doakannya bersama.(huu..)

--------------------------------------

Alhamdulillah, sakit pinggang ana selama ni dah tidak terasa lagi. Haih..mcm org tua pulak. Banyak juga hikmahnya dari sakit pinggang yang berbulan-bulan itu.

Cerita la kat ustaz sebab sakit pinggang, ustaz suruh perbanyakkan solah sunat. Kemudian dia lihat kedudukan ana dalam solah. Setiap sentimeter, gerakan dan kekuatan yang diperlukan dalam kedudukan solah diajarkan pada ana. Dalam kedudukan solah punyai titik-titik refleksologi yang tertentu. Yang boleh betulkan tulang belakang pun ada. Hikmahnya, ana dapat ilmu sikit-sikit.

Hikmah yang kedua,sebab jadi peringatan buat ana. Bukannya ana tak bersolah sunat, tapi akhir-akhir ni jarang sgt nak ’perbanyak’. Yang ana lazim buat,solah sunat taubat,hajat sebelum tidur dan tahajud sempat-sempat nak masuk subuh je. Sunat rawatib pun kadang-kadang diabaikan. Astaghfirullah. Mulalah muhasabah yang solah itu bukan satu kelaziman, tapi suatu bentuk pernyataan mentaati perintah mengagungkan Allah, apa yang wajib bagi hambaNya dan bagi ana,pernyataan cinta dan jalan ikhlas. Takkanlah bila nak datang semangat baru nak buat. Sedangkan sebaik-baik pekerjaan adalah yang istiqomah.

Alhamdulillah, dah tak sakit2 pinggang lagi. Syukran ya ustaz, Syukran ya ’sakit pinggang’.

------------------------------

Sahabat ana SMS,”bagaimana nak bentuk sifat?”

Haih..macamana nak bagi jawapan sendiri. Ingat-ingat lupa je kaedahnya. Tambah pula ana ni tak pandai sangat nak susun ayat. Kadang-kadang cemburu dengan sahabat yang pandai susun ayat seperti seorang kaunseling yang pro.

Zaman sekolah menengah dulu, pada waktu petang, jd rutin ana pergi membersihkan kandang lembu tokwan. Tokwan minta tolong ana sebab dah tak larat. Selalu lah petang-petang tu ana sorang-sorang gi bersih kandang. Tokwan biasanya akan tinggalkan unggun api bersama kayu api. Ana akan gunakan cangkul dan membuang habis najis lembu tu ke unggun api. Esok pagi, tok akan himpun abu-abu kasar tu buat baja untuk tanamannya.

Teringat pula dulu selalu malu bila tok nak kasi upah. Masuk kunci pintu bilik sebab takmau ambik upah. Tok pula hulur je duit bawah pintu. Ambil juga duit tu..hehe. Buat beli buku dragon ball.huhu

Punyai akhlak yang mulia adalah satu aset yang tidak ternilai harganya. Peribadi Rasulullah SAW dihiasi oleh akhlak yang mulia, akhlak al Quran. Berbagai-bagai rumusan yang disediakan oleh para hukamak untuk memperoleh sifat mulia. Doa-doa yang diajar Rasulullah untuk mencapai kebagusan akhlak.

Kebanyakan para nabi itu menjadi pengembala kambing. Bila ana teliti, memang agak sukar juga menjaga kambing. Dari situ mungkin wujud pentarbiyahan Allah kepada para nabi untuk punyai sifat.

Dan juga kisah yang sahabat ana ceritakan, tentang wali Allah yang pernah membanting tong-tong najis dengan najis yang berlumuran menitik di tubuhnya. Masih ana ingat saat sahabat itu bercerita dengan bersungguh-sunguh, wali Allah itu berkata,”Aku nak buang sifat sombong aku...”

Pendapat ana, sifat mulia itu wujud bersama kerendahan hati dan kesabaran. Jangan segan menyingsing tangan membersihkan tandas, menyumbang tenaga untuk kerja-kerja amal dan meletihkan diri pada khidmat.

Orang yang kuat bukanlah yang mampu menahan air terjun dari mengalir, tetapi orang yang dapat mengawal kemarahannya.

---------------------------

Sejak akhir-akhir ini sering menghabiskan masa bersama keluarga, mengajar adik-adik. Membawa pergi makan angin. Lebih banyak berbual, beramah. Bila ada kesempatan tu, suka belajar memasak dengan mak. Dah warisi buat char koey teow yang sedap.

Mula meyusun jadual agar adik-adik dapat mengikuti kelak. Bagi tazkirah yang melebihkan kepada penjagaan syariat dalam diri adik-adik. Sembang dan bual dengan mak abah macam mana nak pantau adik-adik ikut jadual, jaga perilaku dan bertegas pada adik-adik ikut panduan.

Membebel dalam blog pun iya juga.huhu

Allah..terasa macam diri akan pergi dari suasana ini. Berpindah mungkin. Tapi tidak wujud dalam perancangan. Wallahua’alam

**ahmad fikry bersyukur.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.