Nawaitu

Salam..
Teringat saat waktunya tokwan meninggal. Masa itu ana bersama dengan bos, cik norlida di Kepala Batas. Cik Norlida sendiri menyatakan ana agak berlainan dari biasa. Mungkin saja naluri ana. Saat mendapat panggilan daripada adik, ana terpegun,kelu sementara. Cepat-cepat ana minta izin pulang untuk bersama menguruskan jenazah tokwan. Cik Norlida sepantasnya menghantar ana ke pejabat di Sungai Petani dan terus ana pulang ke rumah dengan kenderaan ana dari sana.
Setibanya di rumah, ana tatap wajah lembut tokwan. Ana cium dan duduk di sisinya. Membacakan Yaasin dengan doa moga dimudahkan urusannya disana dan moga ditabahkan hati-hati menerima pemergiannya. Ya Allah, tempatkanlah dirinya di dalam golongan mereka yang soleh.

Baru-baru ini, terasa perasaan naluri yang sama. Sempat ana msj pada seorang sahabat mengatakan terasa seperti ada kematian seseorang pada hari itu. Wallahu’alam. Kemudian, berita kematian Ustaz Fauzi Naim agak terlewat sampai kepada ana. Hilangnya seorang pengajar dan pendakwah yang mukhlis. Moga Allah merahmatinya.
Sesungguhnya dalam hal kematian itu terkandung hikmah pengajaran bagi yang masih hidup. Acapkali ana insaf dengan kedaifan diri.

Ketika para muhibbin,pecinta Allah telah menuju ke kemuncak kenikmatan....dimanakah ana?

Seakan menjadi satu dorongan pada ana. Andainya kemuncak nikmat mencintai Allah yang ana damba, sungguh...tiada rehat lagi bagi ahmad fikry.

---------------------------------------------------------------------------------

Salam…
Nampaknya ekspo yang berlangsung sebelum ini agak tidak mendapat sambutan. Memang tak ramai orang. Mulalah peniaga-peniaga menyalahkan penganjur dan enggan membayar sewa tapak. Bagi ana, pengalaman tetap ditimba. Namun, seperti di mana-mana program, budaya ’hedonisme’ tetap saja mendapat keutamaan. Telinga ana bingit mendengarkan lagu-lagu karaoke dan gelak tawa pesertanya.
Ana didedahkan dengan suatu produk MLM dari amerika yang masih baru bertapak di Malaysia. Ana diberi info formula-formula, testimonial dan peluang kekayaan. Seperti biasa, ana sememangnya suka mendengar dan meneliti.
Dalam tempoh yang singkat, ana dijanjikan peluang untuk menjadi kaya, didedahkan dengan rahsia kekayaan dan teknik-teknik. ”Hanya dengan pandai bercakap, abang boleh untung hampir 500 rgt untuk 24 botol produk ini.” Tambahan kata-katanya yang paling menyentuh kulit hati ana ialah,”Abang buat kerja bisnes ini pun sebab nak kaya kan?”
Ana biarkan dulu dia dengan fikirannya. Konsep ”MLM”nya, kekayaan dambaannya, bicara hebatnya, peng’agung’an produknya dan perlekehannya pada produk muslim. Ana tinggalkan jauh-jauh sebentar.
Ana selami hati ana. Adakah itu yang ana dambakan? ..kekayaan.. perasaan ana mudah tercuit andainya terdapat persoalan yang menggugah awal niat ana. Ana perlu muhasabah.
Ana tidak tahu berniaga. Pernah ikut kawan menyertai satu program MLM namun gagal. Ana sekadar melaburkan modal yang dituntut kawan ana.

Mengapa ana mula berniaga kini?...untuk kaya?
Sebelum ini, secara tidak sengaja ana memasuki kursus yang diminta oleh bapa saudara ana. Di dalamnya, ana didedahkan oleh ancaman-ancaman bahan haram dan syubhah dalam produk kegunaan seharian kita, umat Islam. Ana insaf dengan ketidakprihatin’an ana selama ini dalam pemakaian produk seharian. Ana didedahkan dengan fakta-fakta, bukti-bukti dan logic yang tidak dapat disangkal. Ana insaf.
Kehidupan islami itu tidak hanya pada ibadah, malah mencakupi segenap aspek kehidupan kita termasuklah pemakaian produk dan pemakanan kita. Ana jelas akan usaha dan muslihat musuh Islam untuk merosakkan akhidah umat Islam dari semua segi.
Ana didedahkan dengan cara berniaga dan berdakwah. Tugas ana adalah membawa produk halal ke pangkuan umat Islam. Jaminan system perniagaan yang dipantau barisan ahli panel syariah. (pelancaran MLM Syariah pertama pada 9 mac lepas)

Lantas, kenapa ana berniaga?..untuk kaya?
Ana mengimpikan kehidupan islami yang sempurna untuk ahli family ana. Andainya izin Allah untuk ana berumahtangga, ana mahukan yang terbaik untuk mereka, didikan tarbiyyah, makanan dan produk yang jelas halal, bersih lagi baik. Ana mulakan dengan family ana sedia ada.
Ana sendiri tidak menyangka diri ana telah terlibat dalam perniagaan. Terus-terang, jika diturut nafsu, ana lebih senang dalam keadaan zon selesa sekiranya makan gaji. Tetapi ana telah mencintai perjuangan ini. Mengapa?
Ana ingin sampaikan kepada orang ramai akan apa yang ana tahu. Ana mahukan setiap orang punya impian untuk bina family yang sempurna kehidupan islami nya dan kewaspadaan terhadap sebarang unsur yang merosakkan akar akhidah kita tanpa sedar. Ana rela berpenat lelah, menghabiskan harta dan tenaga.
Keberkatan, keredhaan Allah..itu dambaan ana. Ana rela fakir dari kekayaan yang syubhah, kemuliaan yang sementara dan pada hebatnya bicara pada perkara dusta.
Ana bersyukur pada nilai rezeki yang dikurnia, pada kemuliaan yang tiada akhirnya,pada bicara yang haq. Biarpun sekelumit cuma, namun tiada taranya kebahagiaan bagi ana jika itu yang diberkati, diredhai Allah.

Pencarian ana adalah keredhaan Nya ..........alhamdulillah.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.