Azam Berazam

Salam..

Usai menyusun buku "Keajaiban Sunnah perawatan Bekam".
An Najah syifa' dalam pelaksanaan.
Promosi masih belum dijalankan.
"Pejabat" kecil masih lagi belum diatur hias.
Mana nak ambil karpet nih.

Semangat! semangat!
Lucu tengok member jadi bos. Selamba jer. Diajaknya ana untuk bersama hadiri ceramah di Perak. Tak sewa hotel...iktikaf di masjid..hehe. Alhamdulillah, seronok juga rasanya hendak bermula dengan member yang se'kepala'.

Allah..berikanlah keberkatan pada usaha kami, mewujudkan muamalah Islam ke pangkuan ummat. Ameen.

~sering berdoa moge dikuatkan hati.


---------------------


Takdir jodoh ajal dan rezeki telah tertulis.
Bagaimana bisa berubah.
Engkau mendamba keterjaminan hidupmu.
Kerja besar, rumah luas, kereta mewah.
mengabaikan ketulusan ikhlas niatku.

Masa berlalu dan terus berlalu
hati yang rapuh kian terbina kukuh
sebuah kehilangan mendatangkan jutaan hikmah
ternyata aku amat2 perlu bersyukur
terlepas hijab dari kesetiaan yg perit
terlepas belenggu dari kasih yang dalam.

tuliskan pengorbananku
kan kau lihat keikhlasanku
tiada lagi sepertinya

Alhamdulillah
sedari aku dari khilaf.
memperoleh mutiara paling berharga
yang disebut hidayah.

Aku berbeza..
ternyata berbeza.

Sepenuhnya aqidah ku meyakini
jodoh,rezeki dan ajal
terletak di tangan Nya.

Kerisauan ku..
pada bersih kotornya hatiku
pada soalan Munkar dan Nakir
pada kedahsyatan perhimpunan Mashyar
pada kepanasan neraka

Jadikan cinta Allah sebagai matlamat.
Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.