Al Azwaju Shalihah Part 3

------------------------------------------------

Nizam menutup computer dan lampu pejabatnya. Kedengaran azan Zuhur dari masjid berhadapan dengan pejabatnya. Nizam mengunci pintu utama dan turun menuruni kliniknya. Langkahnya kini menunggu menyeberangi jalan untuk ke masjid. Keadaan lalu lintas begitu sibuk sekali.

"Masya Allah, banyaknya kenderaan. Kalaulah semua yang melalui sekitar ini berhenti sebentar untuk menunaikan solah Zuhur berjemaah, kan bagus?..Terlihat lambang kekuatan Islam di situ, tak berani musuh Islam nak tuding jari. Mungkin perbalahan sesama kita dapat dikurang, kesefahaman lebih mudah tercapai." bisik hati kecil Nizam. Bebel nya terhenti apabila seorang berbangsa cina memperlahankan kenderaannya untuk membenarkan Nizam melintas. Nizam senyum lalu terus berlari-lari anak melintasi jalan.

-------------------------------------------------

Usai mengerjakan solah baadiyah Zuhur, Nizam duduk menyandar di dinding masjid. Nizam menarik nafas kecil. Sesekali mengeliat untuk melegakan sengal-sengal di badannya akibat lama duduk di atas kerusi. Nizam merenung Pusat Rawatan dihadapannya, hasil usaha dia bersama teman-temannya. Nizam melafazkan tahmid kesyukuran atas nikmat Allah yang dikurnia. Nizam sedar, perjuangan belum selesai.

"Perjuangan takkan selesai sehingga kedua-dua belah kakimu telah menginjak ke lantai syurga."

Nizam amat bersyukur kerana kini dia telah bekerja sendiri. Tidak perlu lagi dia kisahkan akan waktu solah berjemaahnya yang terabai. Pernah sekali dia bergaduh besar dengan seorang pengurus bagi sebuah kilang logam milik penuh bumiputra. Mana tidaknya, sudah lah ruang solah yang berbau hancing dan semak dengan tilam dan bantal yang berpeta-peta, tidak diizinkan pula pekerjanya untuk solah di luar. Nizam berang malah kesal dengan sikap pekerja 'bisu dan pekak' di situ yang selama ini tidak mengambil berat akan perintah Allah; Tuhan sekalian alam untuk menunaikan solah.

Nizam bangun dari rehatnya, dia dalam keadaan berpuasa. Ramadhan bakal mengunjung tiba. Hatinya girang gembira mendoakan kesempatan umurnya. Bulan keberkatan yang dirindui dan dicintai. Bulan yang dalamnya penuh dengan rahmat dan anugerah Allah. Menyesallah manusia yang mensia-siakan Ramadahan. Marhaban ya Ramadhan!!

---------------------------------------------------

Nizam melintasi jalan dan terhenti di sisi jalan apabila melihat seorang Pakistan yang sedang membonceng tong aiskrim. Barulah dia teringat janjinya dengan Hanif untuk membelikannya aiskrim kerana Hanif telah berjaya menghabiskan kerja sekolah yang diaturkan Nizam. Nizam bertekad untuk singgah ke kedai halal untuk mencari aiskrim tanpa gelatin selepas habis waktu kerja.

Dilihatnya seorang lelaki pertengahan umur sedang mengintai-intai di pintu jeriji kliniknya.

"Assalamua'laikum abang." Nizam menghulurkan salam.
"Wa'alaikummussalam, Dik jaga sini ke? ada buat pemeriksaan percuma kan?" tanya abang tersebut.
"A'ah..percuma untuk pemeriksaan kali pertama abang. Saya Nizam. Abang? Jemputlah naik" ajak Nizam selepas membuka jeriji pintu kliniknya.
"Zaidi..ye..baiklah." Zaidi mula melangkah naik mengikuti Nizam.

Nizam mempersilakan Zaidi duduk di kerusi yang disediakan. Nizam beransur ke bilik rawatan untuk menyiapkan peralatannya. Nizam kemudian keluar bersama sekeping kertas dan sebatang pen.

"Abang Zaidi dari mana? Abang tahu tentang pusat rawatan ni bagaimana?" tanya Nizam dengan senyuman.
"Saya dari negeri sembilan Zam, tahu pasal pusat rawatan dari Pak Cik Abuna, dialah yang syorkan datang sini sebab ada buat pemeriksaan percuma." Jawab Zaidi.

Nizam mencatat butiran Zaidi. Nizam kemudia mempersilakan Zaidi masuk ke dalam bilik rawatan dan memulakan sesi rawatannya.
"Adik, Adik check pakai apa?" soal Zaidi.
Nizam mendongak kepala dari tunduk mengambil fail di laci dan berkata," Oh..Kami di sini melakukan pemeriksaan melalui alat mesin elektro accupoint diagnostic system yang diimport dari Jerman,bernilai 10 ribu ringgit. Pemeriksaan tekanan darah dengan kencing manis itu kita lakukan cara biasa.
Zaidi mengangguk-angguk faham.

Nizam memulakan pemeriksaan keatas Zaidi.

---------------------------------------------------------

Usai memeriksa, Zaidi melihat Nizam dengan penuh perhatian. Nizam pula asyik membelek-belek bacaan yang diambilnya tadi. Nizam bersuara," Hm..dari bacaan yang saya ambil dari abang, saya dapati bacaan pada organ buah pinggang dan pundi kencing sedikit tidak normal. Mungkin ke abang ada masalah kencing atau batu karang?"

Zaidi mengangguk,"Ya, saya memang ada masalah batu karang, sudah setahun."

Mereka berbual dan Nizam menerangkan dengan jelas kaedah perawatan dan susulannya.

---------------------------------------------------------

"Zaman sekarang ini, ramai sangat menghidap penyakit yang teramat serius ni. Masalahnya ramai yang tidak sedar tentang kesan penyakit ini sebab penyakit ini bertindak mengawal kelakuan manusia. Semakin lewat kita mencegah dan merawatnya, semakin kuat dia menguasai tindakan kita."

"Penyakit apa tu Zam? Aih..tak pernah dengar pula saya penyakit bahaya yang menular ni." tanya Zaidi kehairanan.

"Penyakit hati..hati yang tidak mahu taat perintah Allah. " jawab Nizam selamba sambil memeriksa tekanan darah Zaidi.

Zaidi diam. Dia memahami yang pemuda di hadapannya telah mula berceramah. "Betul tu Zam, kalau tengok suasana zaman sekarang ni...dahsyat."

Nizam senyum," Sebab tu penyakit ini paling berbahaya, penyakit yang mengheret kita ke dalam neraka, azab yang maha pedih. Sebab tu kita kena selalu makan ubat, ubatnya mengingati mati. Sentiasa ingatkan diri kita akan urusan akhirat yang pasti."

Zaidi mengangguk. Ceramah..biasalah.

"Sedangkan Abu Bakar As Siddiq r.a. yang dijamin syurga merenung takutkan penghisaban Allah. Apatah lagi kita, umat akhir zaman yang banyak dosa. Sementara hayat dikandung badan inilah kita perlu menghisab diri kita terlebih dahulu, menghalusi niat dan amalan kita supaya ikhlas pada Allah."

"Dalam banyak-banyak manusia, amat sedikit sekali manusia yang mengambil jalan untuk mentaati Allah. Lihat masjid-masjid kita, lenggang. Dan dalam golongan yang sedikit itu, jarang-jarang sekali yang dapat istiqomah dalam mentaati Allah. Dan dalam golongan yang dapat istiqomah itu, sedikit sekali yang usahanya dapat menghampirkan dirinya dengan Allah." (petik dari kitab Imam Al Ghazali..lupa tajuk)

"Kita hisab diri kita, adalah usaha yang kita lakukan telah menghampirkan diri kita dengan Allah. Seorang imam, adakah seorang imam yang hampir dengan Allah? Seorang petani, adakah seorang petani yang hampir dengan Allah? Ini yang perlu muhasabah dan kembali perbaiki jalan yang kita tempuh untuk menghampirkan diri dengan Allah."

"Mati itu pasti, urusan akhirat itu pasti. Apalah gunanya saat kita sedar bila azab kubur telah terzahir di hadapan kita, saat nyawa telah diambil Allah. Menangis air mata darah berganti nanah sehingga terkeluar biji mata sekalipun, tiada lagi kesempatan buat kita. Suatu penyesalan yang tiada akhirnya." lafaz Nizam dengan mendayu dan perlahan.

"Kata-kata saya ini khusus buat diri saya sendiri. Kita tidak tahu ajal kita bila. Saya selalu terlupa kalau saya tidak mengingatkan. Abang Zaidi penat kot dengar saya bebel ni? hehe" gurau Nizam.

Zaidi tertawa kecil. "Takdalah, betul apa yang Zam cakap tu. Insya Allah, lain kali saya datang lagi. Boleh bebel lagi panjang, suka dengar..hehe" balas Zaidi.

Nizam tertawa sekadar kelihatan barisan giginya. Mereka bersalaman dan berbual. Seperti sepasang sahabat yang telah lama kenal.

----------------------------------------------------
----------------------------------------------------------


Nizam menghidupkan keretanya. Bekas aiskrim tanpa gelatin yang dipegang oleh Hanif diambil dan dimuatkan di dalam bonet kereta bersama barang-barang keperluan yang lain. Nizam agak sibuk mengemaskan susunan barang di dalam bonet kereta Myvi miliknya.

Tetiba Hanif menarik-narik tangan Nizam seraya sedikit menjerit," Abang..abang! Hanif nampak cikgu dekat sana. Hanif nak pergi dekat sana balik?" pinta Hanif bersungguh-sungguh.

Nizam mendongakkan kepalanya dan melihat ke arah tempat yang ditunjukkan Hanif, Nizam terlihat seorang perempuan memakai tudung hijau tua dari belakang dan berkata,"Hanif pergilah tegur cikgu, nanti abang pergi. Jangan pergi tempat lain." Nizam kembali tunduk mengemaskan barangannya.

Hanif meluru pergi ke arah cikgunya sambil melambai-lambaikan tangan. Nizam melihat cikgu Hanif menyedari kedatangan Hanif dan menyambutnya. Paha Nizam tiba-tiba geli akibat getaran daripada telefon bimbitnya.

"Assalamu'alaikum?"
"Wa'alaikummussalam. Nizam? Enta ada dimana? Bagaimana dengan mesyuarat malam ini? Enta dapat hadir atau tidak? Jangan lupa ambil no IC dan deposit peserta untuk tambang bas pada 9 Julai nanti." Tanya Ustaz Zuki.
"Insya Allah Ustaz. Saya hadir lepas Isyak nanti. Ye, ana dah sediakan senarai peserta yang ingin sekali turut pergi. Alhamdulillah, dapat juga jumlah penumpang seramai 40 orang." Jawab Nizam,bersemangat.
"Alhamdulillah, kita jumpa nanti di masjid. Jangan lupa ingatkan teman seusaha yang lain."
pesan Ustaz.

Belum sempat dia menghabiskan perbualannya dengan Ustaz Zuki. Pandangan Nizam tertumpu pada cikgu Hanif yang terduduk menangis di sebelah Hanif yang terbaring pada sisi pintu kedai. Cemas. Nizam menangguhkan perbualannya dan meluru ke arah tempat cikgu tersebut. Nizam meluru menyeberangi orang yang mula berpusu-pusu dengan hati yang resah. Sambil berdoa memohon penuh harap pada Allah.

*******************************

Hanif!!!!!!!!!!!

Nizam merangkul tubuh hanif yang terkulai. Dilihatnya wajah Hanif yang lesu bersama aliran darah yang hangat dari luka di dahinya. Nizam dapat melihat lapisan tisu-tisu sel yang melindungi tengkorak Hanif jelas kelihatan dari lukanya. Nizam mengelap darah Hanif sambil bercakap. "Apa jadi ni cikgu?"

Nizam mendukung Hanif menuju ke kereta. Dilihatnya Hanif masih lagi dalam keadaan sedar tetapi sudah tidak mampu berkata-kata.

Cikgu perempuan itu mengikuti Nizam. Dia sendiri masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut. Nizam sedikit meninggikan suara. "Cikgu? Apa jadi dekat adik saya?"

Cikgu tersebut tersentak. Barulah dia mula menjelaskan yang Hanif telah dilanggar oleh seseorang remaja yang sibuk melarikan diri akibat dikejar dan terhantuk di tiang berhampiran dengannya. Dia berkali-kali meminta maaf mengatakan dia tidak sempat melakukan apa-apa. Mata Nizam menjadi basah kerana risau, namun air matanya tidak menitis. "Bukan salah Cikgu." Nizam berusaha bersuara dengan tenang.

Nizam meletakkan Hanif di tempat penumpang di belakang kereta. Tanpa dipinta, cikgu wanita itu masuk dan meletakkan kepala Hanif di atas ribanya, yang sedia dilapik dengan tuala kecil miliknya. Nizam mencapai tangan Hanif dan menggenggamnya seketika, "Ya Allah, berikanlah aku dan dia kekuatan." Nizam berdoa perlahan.

"Hanif, Abang bawa pergi hospital tau. Hanif jangan tidur. Abang nak beli lori besar bagi kat Hanif. Hanif jangan tidur na?" kata Nizam lepas memasuki ruangan pemandu dan mencapai tangan Hanif.

Hanif menangguk. Nizam melihat pada cikgu wanita yang kelihatan pucat.

"Cikgu, cuba jangan bagi Hanif tidur. Ceritakan dekat dia tentang mainan lori besar. Dia cukup suka bermain dengan mainan lori."

Nizam dapat mendengar cikgu tersebut mula berbual dengan Hanif. Nizam memulakan pemanduannya ke hospital terdekat. Sesekali Nizam dapat melihat mulut Hanif terkumat kamit, mungkin dia terasa takut. wajahnya pucat.

--------------------------------------------------------
------------------------------------------------------

Setibanya di hospital, Nizam merangkul Hanif keluar daripada kereta. Cikgu wanita itu hanya memerhatikan tindakan Nizam selepas dia terlebih dahulu keluar. Nizam menuju ke kaunter dan dia disambut oleh beberapa petugas. Cikgu wanita tersebut hanya diam mengikuti Nizam. Nizam yang menyedari kehadiran cikgu itu bersamanya terus menyerahkan telefon bimbitnya kepada Cikgu tersebut tanpa sepatah perkataan yang keluar. Cikgu itu teragak-agak mengambilnya dan berhenti melangkah apabila petugas di kaunter bertanyakan sesuatu. Nizam terus mendukung adiknya mengikuti petugas. Troli katil yang disediakan tidak diendahkannya. Nizam terus mendukung Hanif sambil tidak henti-henti berdoa dalam hatinya. Hanif masih lagi dalam keadaan sedar. Lesu dan tidak bermaya.

Nizam membaringkan Hanif di katil unit menunggu. Nizam mendapati Hanif mula menangis. Nizam memujuknya sebaik mungkin. "Jangan Nangis Hanif, buat apa nangis, malu dekat orang tengok. Hanif diam ye? Nanti ummi dengan abah datang bawa lori besar."

Hanif semakin kuat menangis apabila terdengar perkataan 'ummi'.

"Jangan Nangis, Ummi tengah mai nak tengok Hanif ni. Kalau Hanif nangis, ummi kata ummi takmau mai. Dah...dah..jangan nangis." Pujuk Nizam selayaknya seperti seorang abang. Nizam melihat seorang doktor dan beberapa jururawat datang menjenguk Hanif. Nizam melepaskan rangkulan tangannya apabila doktor dan jururawat mula mengelilingi Hanif. Hanif berteriak kuat.

Nizam cepat-cepat kembali memegang tangan Hanif. Diusapkan ubun-ubunnya.
"Hanif...diam Hanif. Doktor nak bagi ubat. Kalau Hanif tak diam, nanti doktor cucuk. Hanif nak kena cucuk?" pujuk Nizam. Hanif menggeleng kepala tidak mahu dicucuk. Hanif berusaha menahan dirinya dari menangis, dia terisak-isak.

Nizam mula melihat dan mendengar dengan teliti setiap butir percakapan antara doktor dan jururawat itu. Seorang jururawat membersihkan luka pada dahi Hanif dan seorang lagi sedang mengambil darahnya. Darah yang mengalir dari dahi Hanif mula berhenti. Nizam berusaha memujuk Hanif supaya diam.

"Encik ini abang kepada budak ni?" tanya doktor.
Nizam mengangguk sambil berusaha memujuk Hanif.
"Bagaimana boleh luka begini Encik?" tanya doktor memandang Nizam.
"Hanif ni dilanggar oleh seorang remaja yang lari di kawasan kaki lima, lalu Hanif terjatuh terkena tiang. " Nizam menjelaskan.
"Kami kena buat CT Scan dulu untuk adik Encik. Encik sila ikut petugas kami. Mereka akan bawa Encik ke bilik pemeriksaan."
Nizam kembali merangkul adiknya mengikuti dua orang petugas lelaki ke bilik scan. Nizam langsung tidak berfikir tentang kemudahan katil troli yang disediakan. Yang bermain di fikirannya, adiknya perlu dibawa ke bilik scan dengan segera. Malah tiada siapa yang menegur saat Nizam merangkul dukung adiknya. Darah Hanif sebelumnya telah tercalit pada baju putih Nizam. Hanif masih terisak-isak.

Setibanya di bilik scan, Hanif telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik untuk discan otaknya. Nizam risau dan bertanya.
"Kenapa kena scan otak Cik? Otak adik saya cedera ke? Lapisan putih yang saya lihat tu,tengkorak dia ke?" tanya Nizam bertubi-tubi.
"Ini hanya prosedur biasa apabila melibatkan kecederaan kepala, janganlah Encik bimbang. Encik ini ayah kepada anak ini ke? " tanya doktor yang bertugas.
"Ayah? eh ,tak..saya abangnya." Nizam hairan mengapa dia di istilahkan sebagai ayah. Tuakah dia? Kemudian dia sedar yang dirinya begitu risaukan Hanif. Nizam beristighfar.

Selesai pemeriksaan dan aktiviti scan, Hanif kembali didukung oleh Nizam menuju ke bilik rawatan. Di situ, dia disambut oleh doktor sebelumnya. Dr Rasidah berdasarkan name tag yang dipakainya.

Hanif menangis kuat. Nizam berusaha memujuk Hanif yang ketakutan. "Jangan menangis Hanif, baca selawat banyak-banyak. Nanti tak sakit dah." pujuk Nizam. Hanif mengangguk lemah. Nizam kemudian diajukan pertanyaan oleh doktor yang bertugas.

"Encik, Encik nak jahit kami mentah-mentah ke atau nak kami gunakan ubat bius? Kalau kami jahit mentah-mentah, tak ada kesan parut selepas sembuh nanti. Tapi kalau dibius, nanti kesan parut akan jelas kelihatan." terang doktor tersebut.
Nizam terdiam dan berfikir.
"Doktor bius. Tak sanggup saya lihat dia meraung kesakitan kalau doktor jahit mentah-mentah. " Nizam memberikan keputusan.
"Baiklah." Kemudian Nizam melihat doktor tersebut mula membius dgn 3 jarum kawasan luka tersebut. Hanif menangis dan mahu meronta tetapi dipegang oleh nizam dan seorang petugas lelaki.

Di kaunter pertanyaan, Cikgu wanita tersebut duduk memegang telefon bimbit Nizam di tempat menunggu. Dia berharap, ibu bapa Nizam dapat datang secepatnya selepas dihubunginya tadi. Urusan pendaftaran Hanif masih belum selesai. Barulah dia mengerti mengapa telefon ini diserahkan kepadanya. Dia menunggu dengan sabar sambil memikirkan nasib Hanif.

-----------------------------------------------------------
Nizam beransur pergi ke ruang menunggu selepas ummi datang melihat Hanif. Nizam melihat guru wanita itu sedang berbual-bual dengan ayahnya. Nizam mengetahui jasa cikgu itu yang membantunya ketika membawa Hanif ke hospital. Nizam mendekati cikgu wanita itu. Ayah Nizam mula menuju ke wad yang menempatkan Hanif.

"Assalamu'alaikum..cikgu." ucap Nizam perlahan.
"Wa...wa'alaikummussalam..." jawab cikgu wanita itu dengan wajah yang masih kerisauan.
"Alhamdulillah cikgu, Hanif tidak apa-apa. Cuma dahinya telah dijahit akibat luka. Saya amat berterima kasih pada cikgu sebab telah menolong saya tadi. Maaf kalau saya tidak menegur cikgu, tapi sememangnya ini sifat saya. Saya seringkali menjadi bisu apabila terlalu risau memikirkan sesuatu. Maafkan saya. Cikgu mahu menolong tanpa dipinta walhal saya ini nama Cikgu pun tidak sempat saya tanya. Saya Nizam. Ahmad Nizam bin Syafie."

Cikgu itu menunduk.

"Nama ana Nurul Yusni. Ana cikgu praktikal, ajar subjek agama sekolah Hanif. Akhi Nizam tak perlu minta maaf. Saya sendiri masih terkejut dengan apa yang berlaku. Pertolongan saya ikhlas, saya sendiri merisaukan Hanif. Dia murid yang baik." Yusni perlahan melihat ke arah pelawat-pelawat hospital yang hadir. Dia seakan menunggu seseorang. Nizam tersedar.

"Astaghfirullah. Mungkin Cikgu Yusni ada hal lain yang perlu diselesaikan. Agak lama juga Cikgu di sini. Maaf, saya terleka. Sekejap saya panggilkan ummi. Saya akan hantar Cik Yusni pulang." Nizam memulakan langkahnya tetapi Yusni menghentikan Nizam dengan berkata, " Tak perlu Akhi Nizam, ana sudah telefon kawan ana untuk datang mengambil. Akhi Nizam jangan risau pasal itu." Yusni cuba sebaiknya untuk menjaga jarak antaranya dengan Nizam.

"Terima Kasih Cikgu. Insya Allah, kalau ada apa-apa hal, sila hubungi saya. Baiklah, saya nak pulang bersihkan diri. Lama ke cikgu kena tunggu kawan cikgu datang?" tanya Nizam dengan nada suara yang keletihan.

Yusni tersenyum. Dia sedar lelaki di hadapannya ini letih menguruskan apa yang berlaku tetapi masih lagi rasa bertanggungjawab untuk peduli padanya. "Akhi Nizam pulanglah. Insya Allah, teman ana tu dah dekat. Dia sendiri sangat merisaukan Hanif. Jangan risau pasal ana. Ini telefon akhi.." Yusni menyerahkan telefon bimbit Nizam kembali. Nizam mengambil dan memasukkannya ke dalam kocek.

"Terima Kasih Cikgu Yusni. Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi Cikgu. Assalamu'alaikum." Nizam menundukkan kepalanya memberikan tanda hormat. "Wa'alaikummussalam." Yusni senyum dan beredar jauh dari Nizam. Nizam meperlihatkan wajahnya yang menyenangkan dan melangkah ke arah pintu keluar. Yusni melihat Nizam dari belakang. Tersemat rasa kagum pada sifat penyayang Nizam. Yusni tersenyum dan terus beredar untuk menziarahi Hanif di wadnya.


***********************************

Pagi itu, Safi tidak seperti biasa. Wajahnya resah, dahinya berkerut. Dia sangat risaukan Hanif.

"Aah..ini Yusni punya pasallah. Kenapa pula dia nak balik cepat. Penatlah..lama lah.. Aku nak tengok Hanif di wad pun tak sempat." getus hati Safi. Dia beristighfar sambil berdoa, "Ya Allah, sembuhkanlah Hanif, muliakan dia dengan akhlak terpuji dan ilmu yang bermanfaat.." Safi merasa damai di hatinya. Sungguh besar pengharapannya pada Hanif. Ingin sekali dia melihat Hanif membesar. Ingin sekali dia melihat Hanif menghadapi kehidupan yang mendatang. Hanif, generasi yang sangat disayanginya.

Pukk ! Safi terkejut apabila belakangnya ditepuk. Dia lekas berpaling melihat gerangan siapa yang begitu 'jahat' mengejutkannya. Safi lekas me'muncung'kan bibirnya apabila melihat Yusni tersengih memandangnya.

"Alahai Safi..merajuk lagi ke? Sori lah, semalam ana dah naik pening nak balik mandi, sebab tu ana terus ajak balik. Janganlah risau. Hanif takde apa-apa." pujuk Yusni. Safi masih lagi muncung dan tidak mengendahkan Yusni.

"Safi bukan apa yus..Safi risau dekat Hanif. Safi tak tenang selagi Safi tak tengok sendiri keadaan Hanif." Safi menjelaskan dalam bahasa yang mudah. Yusni mengangguk faham. Mungkin dia juga akan berperasaan seperti Safi.

"Kenapa Safi sayang sangat kat Hanif tu?" duga Yusni. Dia ingin mengetahui jawapan Safi. Safi terdiam memikirkan jawapan dan mula bersuara.

"Hanif tu budak baik,Yus. Safi gembira sangat Hanif tu jadi anak didik Safi. Safi tahu Yus pun rasa begini kan? Hanif tu bersih sangat hati dia. Entahlah, Safi rasa hati Safi terpaut pada Hanif. Mungkin kasih seorang guru pada anak muridnya? Safi sendiri pun tak faham. Cuma Safi rasa macam Hanif tu sebahagian dari Safi...maksud Safi..aaah...Entah lah." Safi mendengus. Dia sendiri tidak faham dengan apa yang dijelaskannya. Yusni tertawa kecil.

"Baiklah...Baiklah.. Nanti kita pergi lawat dia selepas habis waktu sekolah. Safi pelawa Hakim balik bersama. Kita pergi rumah Hanif. Hakim tu jiran, dengan kawan baik Hanif." cadang Yusni. Safi gembira mendengarnya kerana sememangnya dia menumpang kereta Yusni untuk hari ini.

"Hee..Hakim dengan Hanif..bergaduh aje kerjanya. Baiklah kita pergi tengok Hanif. Janji tau?" Safi menguis hidung Yusni. Yusni mengagak-agak untuk menggigit jari Safi. Safi menjerit kecil melarikan jarinya. Mereka tertawa.

"Iye Safi.. Untung-untung boleh berjumpa dengan abangnya.." Yusni berkata dengan nada mengusik tetapi Yusni segera malu dengan ucapannya sendiri.

"Hm..? kenapa abangnya?" Safi kehairanan. Tertanya-tanya Safi tentang apakah maksud Yusni. ????

"Tak..Takda apa.." Yusni menyembunyikan perasaannya. Entah mengapa hatinya begitu ingatkan Nizam. Yusni sendiri tidak menyedari mengapa dirinya begitu menyegani Nizam. Semalam, puas dia cuba tidur, namun sering terbayangkan Nizam.

"Nizam? bukannya hensome pun.. Sombong..tegur pun tidak. Tak hingin aku...",bisik Yusni perlahan untuk tidak khayal ingatkan Nizam. Namun begitu hatinya berdalih tidak menyetujui..

"Sukar nak temui lelaki yang sopan dan menjaga adabnya. Sukar nak jumpa lelaki yang penyayang dan punya rasa kasih yang mendalam. " Hatinya berirama asyik. Yusni benar-benar terpaut dengan perwatakan Nizam. Walau untuk sekejap, Yusni merasakan panahnya. Andainya yang cedera itu aku....

Yusni beristighfar.

..dan kembali melangkah bersama Safi menuju ke kantin.


*******************************

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.