Al AZwaJU ShaLiHaH - Part 6



************************************


Nizam berhenti menconteng. Keseorangan di pusat rawatan itu membuatkan dia berasa bosan. Nizam bingkas bangun dan memperbaharui wudhu' nya. Dicapainya muhsyaf Al-Quran dan dibacanya. Masa yang ada amat rugi dibiarkan berlalu tanpa sebarang usaha untuk memanfaatkannya. Lagipun, membaca Al-Quran adalah satu amalan yang afdhal dan disukai Allah. Setiap hambaNya mendambakan kesukaan dariNya.

Seketika kemudian, datang seorang lelaki berumur 30-an masuk ke dalam kedai dengan mengucapkan salam. Nizam kenal dengan lelaki itu. Salah seorang daripada pesakit ghout yang telah menderita selama 3 tahun. Alhamdulillah, berkat pengambilan makanan tuntutan wahyu, lelaki itu kini sembuh sepenuhnya dari penyakit ghoutnya. Nizam tersenyum melihatkan keceriaan di wajahnya.

"Adik, yang lain mana? seorang je ke hari ni?" tanya abang Faiz.

"Khairul ke johor, abang. Khabarnya emak saudaranya sakit di sana. Dia pergi ziarah."

"Oh..takpelah. Adik, adik bagi abang madu habbahtussawda' 190ml tu dekat abang 1, dengan madu zakfaran 1. Ini boucher untuk bulan lepas." Faiz melayangkan boucher di tangannya.

"Iye abang. Ini barangnya. RM 138 - RM 24...hurm abang kena tambah lagi RM 114. Saya buatkan resit ye?" tanya Nizam. Sesetengah pelanggan tidak mahu buang masa menunggu resit dibuat.

"Baiklah..lagi RM 114 kan? ni bayarannya." Faiz menghulurkan wang kertas not 50 sebanyak 3 helai kepada Nizam. Nizam menyambut dan menulis resit. Resit kemudiannya dikembalikan bersama baki dari bayarannya.

"Terima Kasih abang. Insya Allah, nanti abang jemputlah kami ke rumah kawasan taman abang. Boleh kami buat program pemeriksaan kesihatan percuma di situ. Boleh?" usul Nizam.

"Haa..Insya Allah, lagipun dah ramai yang tanya pasal produk ni.."

"Madu dengan Habbahtussawda' abang. Gabungan jaminan Al-Quran dan Hadith. Insya Allah, assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Nizam memerhatikan langkah Faiz keluar dari kedainya. Kemudian datang dua orang gadis yang berpakaian serba ketat masuk bersama ke kedainya. Seorang bertudung dan seorang lagi tidak. wajah mereka seakan sama, mungkin dua orang adik beradik. Nizam gemuruh tak semena-mena.

"Astaghfirullah..kalau dengan wanita, cepat je syaitan datang menyerang ye?" Nizam berbisik pada dirinya sendiri.

-------------------------------------------------


"Assalamu'alaikum abang..Kami tumpang tanya, di sini abang ada buat pemeriksaan percuma kan? Kami nak buat pemeriksaan.." tanya gadis yang tidak bertudung.

"Wa'alaikummussalam..aa..ye. Memang ada buat pemeriksaan kesihatan percuma untuk mereka yang datang kali pertama. Tapi sekarang dah hampir masuk waktu Zohor lah dik. Adik datang kemudian ye? Lagipun perawat kami tiada hari ini." jawab Nizam.

"Ala..lepas Zohor la pulak. Perawat pun takda. Macam mana kak?" rengek si adik yang bertudung kepada kakaknya. Nizam hanya menunggu.

"Hurm..takpelah. Mungkin kami datang lain kali." ujar si kakak, hampa.

"Ye..Minta maaf ye." pinta Nizam selayaknya sebagai seorang peniaga yang berhemah.

Mereka berdua pun pergi meninggalkan kedai.

Nizam duduk perlahan di kerusinya. Sebelum ini memang kerap kali dia menolak permintaan beberapa orang gadis untuk diperiksa. Walaupun mengikut tata tertib yang digariskan sebagai seorang perawat mengikut syariat, Nizam tetap canggung. Malah perlakuannya meminta semua gadis tersebut datang semasa Khairul bertugas telah disedari oleh teman seperniagaannya.

"Ustaz, Si Nizam ni kan, asal ada wanita sebaya je, dia tolak bagi saya buat pemeriksaan. Dia bagi alasan macam-macam pula." sindir Khairul.
"Zam..Enta kena kahwin cepat ni..." Ustaz tambah mengusik.

Nizam tersenyum mengingatkan perbualan antara Khairul dan Ustaz Shamsuddin berkaitan dengan sikap gemuruhnya ketika bertemu wanita ajnabi baginya. Nizam melepaskan keluhan kecil. "Peduli apa...huhu"

Ustaz Shamsuddin sebagai pelabur punya keinginan untuk mengambil seorang pekerja muslimat tetapi perniagaan mereka baru bermula. Lagipun setakat ini, semuanya berjalan lancar.

"Kalau Ustaz ambil pekerja muslimat..Nizam selalu duk menyorok bawah meja apa?..hehee" usik Khairul.

Muka Nizam memerah, masih lagi terasa geram dengan usikan Khairul yang lepas. Nizam duduk bersandar dan merehatkan mindanya. Melepaskan nafas panjang.

"Ya Allah, selamatkanlah aku daripada tipu daya syaitan. Yang membuatkan aku leka tanpa aku sedar. Melayani kesia-siaan angan-angan dan perasaan. Ameen..."

Cukuplah dia mengerti dirinya normal, bahkan dia sedari besarnya pengaruh wanita pada dirinya. Lantaran itu, dia berhati-hati menjaga dirinya.

Mata : menunduk pandangan dari yang haram.
Telinga : menjaga pendengaran dari bisikan wanita yang mengasyikkan
Hati : menjaga kebersihan jiwa dari sebarang keresahan.

"Cinta yang halal itu halal, Cinta yang haram itu haram." Terngiang-ngiang penjelasan mudah daripada petikan nasihat Asy Syahid Imam Hassan al Banna.

"Alhamdulillah..", Nizam bersiap-siap untuk pergi menunggu waktu Zohor.

Kepala Nizam mulai berdenyut-denyut ketika dia bersedia untuk menuruni tangga kedai. Nizam merasakan penglihatannya kian kelam. Tubuh Nizam terasa melayang dan..

Sekujur tubuh jatuh di tangga kedai itu. Nizam pitam.

***********************************
Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.