Salam Terindah!

















Assalamu'alaikum.

Salam terindah buat semua.
Mulakan hari - hari baru anda dalam maju melangkah mengenal Allah.

straight forward.
Share/Bookmark

Selamat Hari Raye

Assalamua'alaikum..

Berakhir sudah sebulan Ramadhan dan kini tiba syawal.
Bagaimana?
Sudah kah menghisab segala amalan sepanjang Ramdahan? (khusus utk diri sendiri)

Ya Allah, berat tangan hendak menaip terus. Doakan keringanannya. Amiin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri ini.

Selamat bermuhasabah! :)


************
Share/Bookmark

Malam Istimewa

*********************

Daku merungkai
kata-kata hikmah
menggubah menjadi
bingkisan madah.

Daku menghisab
tiap kotak ilmu
adakah terserap
dalam amalanku

Renunganku
pada kumpulan kitab
berserta syarah nya
adakah dalam diriku

Malam menjadi
medan munajatku

Tangisanku
untuk kepuasan hati
yang merindu
yang mengharap
yang takut.

Bagaimanakah alam baqa itu
untuk ku?
kerna ia berbeza
mengikut amalan.

Bersungguhkah daku
dalam meraih cinta Nya?
atau sekadar fana
bersama nukilan-nukilan indah.

Ya Allah,
dengan rahmat Mu yang Maha Luas,
terimalah taubatku
dan kehidupanku.

..dan malam-malam
yang istimewa buatku.


******************

Share/Bookmark

Human Willpower. How Amazing.





















Assalamu'alaikum..

Ku ambil sedikit slogan iklan petronas "Human Willpower. How Amazing."

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Yang diciptakan oleh Allah SWT.

Manusia merupakan khalifah di dunia.

huhu..nak taip panjang-panjang pun udah tidak mampu. Demam campak.

Insya Allah, akan dihuraikan lagi. (?)

wassalam.

*****************************

Persengketaan
Perbalahan
Perpecahan
kenapa masih terikat dengannya?

atau benarkah?
lahirnya jiwa-jiwa yang suci bersih
dari dogma-dogma kehancuran?

mustahil..
kerana meratapnya ahli neraka
berkabung dalam dosa-dosa
nestapa kerana penyakit iman nya.

Kerna jiwa bersih itu,
ikut taat perintah Tuhan Nya
menghindari kemurkaan Nya.

Jiwa yang bersih itu sukakan damai,
impikan keindahan,
rindukan kebaikan.

Mereka melihat zarah-zarah cahaya
dalam diri yang terpesong
dalam wajah-wajah kegelapan
sehingga ia mengenal Tuhan Nya.

Mereka menangisi ketakutan,
pada ketika azabnya,
sang neraka menutupkan pintunya,
meninggalkan segala isinya
untuk istilah selama-lamanya.

Mereka mengenal penentang yang nyata.
dengan basyirah dan hikmah.
memerangi menegakkan agama.
memisahkan yang bathil dan haq.

Mereka menangis dan merayu,
pada hidayah Nya
untuk sekalian umat manusia.

Dan terpancar nur Ilahi,
melalui dirinya..
dan wajahnya tersingkap
rasa ingin bertuhan.

Rebah dalam kerisauannya,
terus lelah bersama perjuangannya.
membimbing setiap manusia
untuk mengenal Tuhannya.


****************************


ahmad fikry : memang suka dengar 4 lagu pilihan dalam blog nie..kalau main dalam hp pun mmg akan replay lagu 4 ini berulang kali...cuma tak dapat tidur bila ada bunyi.

Huhu.. Bulan Ramadhan, bulan ujian.. Doakan daku sembuh dari demam-demam yang mendatang. Campak pun mula naik mengganas. Banyaknye pantang larang yang emak tak bagi makan. huuu..

dalam sakit, conteng2 nak tamatkan "Al Azwaju Shalihah" yang haru biru dan sedang merencana cerpan baru "Kembara Sufi". Ya Allah..permudahkan urusanku.

Share/Bookmark

Secebis

*******************************


Seimbas..
fikiran merumuskan suasana..
akan dunia.

fikiranku bercambah
pada penghuninya..
umat manusia.

Air mataku menitis
kerana umat bersangkutan
dengan kasih..seorang Insan mulia.
Rasulullah SAW.

Lantas membayangkan
sirah perjalanannya,
lafaz bicara sunnahnya,
kasih dan kerisauannya
pada saudaranya
umat ahkir zaman.

Kepala ku berat,
hatiku sebak,
wajahku murung..

Sememangnya dunia dan tipu dayanya
semakin merosak jiwa yang rebutkannya.

Pena ku terhenti..
sekilas mencari noktahnya
pada penderitaan ummah.

Merenung kata-kata hukamak
merumus kisah-kisah sahabat r.anhum.

Duhai manusia..
dengan jiwa mu.
Cintailah Allah.. Cintailah Allah..

zahirkan di mata hatimu
akan keRahiman Nya
akan urusan akhirat firman Nya.
akan kasih utusan Nya.

Duhai jiwa-jiwa
cintai Allah


************************************

**************************************


Ramadhan yang dirindu,
kembali melirik rasa hatiku,
menghiaskan dengan keindahan,
dan keberkatan anugerah Penciptanya.

Hati mana yang tidak tertawan,
dengan janji banyaknya keberkatan,
saat Rasul S.A.W turut menyahut,
dengan mempertingkat amalan.

Ya Ilahi Robbi,
Terimalah amalanku,
taubat dan hajatku,
seindahnya Ramadhan..
bulan keberkatan Mu.

********************************

*************************

Syahdu..
dengan kasih dari Tuhanku.

Andai diriku hanyut,
biarlah dalam kecintaan padaNya

Andai diriku sedih,
biarlah kerana lemahnya aku.

Andai diriku gembira,
biarlah kerana sukanya Dia.

Lantas biarkan diriku,
sentiasa dalam pandangan redha Nya.

dimana lagi kegelapan?
pada jiwa yang terdapat cahaya Ilahi di dalamnya.

dimana lagi kesunyian?
pada jiwa yang sentiasa berteman oleh Penciptanya.

dimana lagi kesusahan?
pada jiwa yang sentiasa kaya dengan kasih Nya.

Tiada daya kekuatan tanpa izinMu, Ya Allah.
Tiada cinta dan keindahan tanpa rahmat Mu, Ya Allah.
Tiada ketenangan dan kedamaian tanpa redha Mu, Ya Allah.

amiin..amiin..aminn ya Rabbal A'lamiin.

************************************
*******************************

Mana kan datang cinta Nya..
tanpa kasih yang tulus
dari kalbu mu...

Mana kan datang kasih Nya
tanpa niat yang ikhlas
dari amal mu...

Mana kan datang cahaya Nya
tanpa hati yang bersih
dari penyekutuan pada Nya...

Mana kan bersemayam Keagungan Nya
tanpa jiwa yang benar
dambakan kedatangan Nya...

Mana kan bersimpuh redha Nya
pada jiwa yang bersarang
riya, sum'ah dan nifaq pada Nya...

Mana kan bertemu Keindahan Nya
tanpa watak seorang hamba
yang dibawa kekasihNya, Rasulullah.

Adakah kehidupan kita
ke arah itu, semuanya..?


***********************

Share/Bookmark

DiRi YaNG HiLaNG

Assalamu'alaikum..

Usai bermain dengan kanak-kanak. Bersih jiwa mereka ni, kita dapat tahu bila mereka berbohong, marah, merajuk dan sebagainya.Terutama sekali bila mereka suka, kadang-kadang sampai over..huu..

Kenapa agaknya di kalangan kita , orang dewasa sangat sukar diketahui keadaannya? Mungkin saja dari segi perkembangan kognitif yang merubah tahap pemikiran dan kelakuan sosial.

Dalam pembacaan menyelusuri sirah Nabi S.A.W, antaranya adalah Rasulullah mudah diketahui emosi perasaannya, hanya melalui perubahan wajahnya.

Adakah kita jujur dengan diri kita? Adakah kita menafikan keinginan kita untuk maju lebih baik dalam memperbaiki diri. Adakah kita menutup ruang kebaikan yang terhadap atas alasan sibuk, tkda masa, banyak kerja dan sebagainya? walhal jika dihitung, tak adalah buat apa-apa sangat pun.

ku selitkan sedikit hadith;
Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

..dan kata-kata yang selalu kita dengar, ingatlah kelemahan diri sendiri tatkala melihat keaiban orang.

terkadang berfikir, demi untuk menjadi 'seseorang', kemana kah diri sendiri ditinggalkan?

Kesamaran, kepalsuan, alasan, tipudaya, helah dan kepelbagaian kepura-puraan menyesakkan nilai kemanusiaan. Tidakkah jelas persoalan ini...kemanakah kita akan tertuju?

Jujurlah... (mengantuk)










bingkisan gambar dari kedai bawah. Dalam proses meng'upgrade' dan menjenamakan. Alhamdulillah, setakat ini sudah 9 produk muslim boleh didapati. Takaful keluarga dan am juga dapat dilakukan, sedang mencari-cari pertambahan muamalah islam dan perancangan cawangan.

Proses "airmata" pada peringkat permulaan. Masing-masing bertungkus lumus dengan bahagian tugas yang diberikan. Pening juga dapat bahagian dokumentasi. Tak kurang juga dari segi akaun, terma syarat dan software-software yang memeningkan. Brape tugas ye? (akauntan, grafik & software design, dokumentasi, lecturer, penjual, perawat ) uhuk2...

Insya Allah, dalam merangka catalog tentang Pusat Muamalah Islam. dan website yang entah bila nak buat..huu

lillahi ta'ala..

doakan kejayaannya,

wassalam.

ahmad fikry :: jam pukul 4 pagi (uhuk2..)

Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.