Assalamu'alaikum..
Kini Ramadhan menjelma lagi bersama segala keberkatannya. Setelah setahun berlalu, pelbagai pancaroba kehidupan yang kita lalui. Ramadhan kali terasa amat bermakna buat diri kerana kehadirannya mengubat segala perit luka kehidupan yang dilalui. Kehadirannya adalah rahmat. Alhamdulillah, alhamdulillah wal alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang Maha Agung. Rahmat Nya yang maha luas meliputi seluruh alam.
Apakah makna Ramadhan bagi diri kita? Adakah kemuliaan dan keberkatan yang Allah berikan dalam bulan Ramadhan mendorong kita untuk menggapai segala nikmat kebaikan didalamnya.
Semulia manapun bula Ramadhan namun jika kita tidak berusaha mengecapi nikmatnya atau melalaikannya,sungguh2 kita berada dalam kerugian yang besar.
Disini saya selitkan beberapa fadhilat/ kelebihan bulan Ramadhan untuk tatapan umum. Salah satu cara meningkatkan keghairahan kita menghayati Ramadhan adalah mengetahui nilainya. Jika kita ambil usaha untuk print, dan membacanya setiap hari..moga Allah menghadirkan taufik hidayah untuk kita beramal. Insya Allah.
http://bingkisanku.blogspot.com/2010/07/kelebihan-bulan-ramadhan.html
Semoga Allah memberikan kepada kita kekuatan untuk beramal dan ikhlas dalam mencari NYA. Kehidupan dunia adalah fana kerana di dunia kita diuji dengan pelbagai dugaan untuk melihat tahap iman kita kepada Allah sama ada benar atau dusta.
Usia kita akan beransur tua, kesihatan kita akan tergugat, teman hidup kita tiada kekal, bunga yang kita puja bakal layu, rintihan kita pada dunia akan menjadi memori.
Benarlah peringatan Rasulullah saw kepada kita;
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Masa sihat sebelum sakit.
Masa senang sebelum datangnya masa susah.
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dan kehidupan kita tidak berakhir disini..
Sampai waktunya kita akan menghadapi kesakitan ajal. Dunia yang kita usahakan bakal ditinggalkan. Kita akan menghadapi alam barzakh/kubur dan soalannya. Tiada lagi teman bercanda, tiada lagi teman bicara. Kita bersunyi diri dengan amalan yang kita bawa.
Kita menunggu tibanya kiamat dan dibangkitkan menghadapi panjangnya waktu perhimpunan padang mahsyar. Sehari di akhirat bagaikan 1000 tahun di dunia. Dan segala urusan yang bakal berlangsung seperti yang kita imani.
http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2009/11/perbezaan-hari-kiamat-dan-hari-dunia.html
Semoga Allah mengurniakan taufik hidayah kepada kita untuk bertaqwa pada Nya kerana kita tidak mengetahui sama sekali perihal tempoh ajal kita. Wallahu'alam.
Teman yang Baik
Tertarik juga untuk berkongsi mutiara kata daripada Sayyidina Ali r.a.
A friend cannot be considered a friend until he is tested in three occasions: in time of need, behind your back, and after your death.
(Ali ibn abi Talib)
3 keadaan seorang teman sahabat;
-keadaan pada masa kita perlukan,
-keadaan pada masa ketiadaan kita,
-dan keadaan selepas kematian kita.
Semoga Allah memberikan saya dan kita semua teman-teman yang baik. Mahulah kiranya teman yang saya gurau, usik dan berkongsi cerita disini hadir bila masa saya sangat perlukannya, tidak berkata buruk pada saya dan juga sudi mendoakan kesejahteraan saya setelah saya tiada.
dan Insya Allah, doa saya akan sentiasa menemani kehidupan sahabat saya. ameen
wallahu'alam.
with love ~~ ahmad fikry (^_^)
Celoteh di bulan Ramadhan
Posted by
AhMaD FiKRY
Tuesday, August 10, 2010
0 comments:
Post a Comment