memotivasikan diri..



























Assalamu'alaikum..
Saya sukakan buku keluarkan singa dlm diri anda.
Penulisan ringkas yg menarik.
Quote daripada ayat al Quran, hadith, dan kata2 bijak pandai.
menarik..sangat menarik dibaca.

Pesanan Dr Fadzillah Kamsah..bacalah sehingga khatam 21 kali untuk mengingati isinya..

ahmad fikry:rasanya saya kena belek balik buku yg dulunya sehingga 21 kali..ptt lah tk melekat dlm fikiran.
Share/Bookmark

BaGus Ke KiTa??

Assalamu'alaikum...

~bila dipuji kejayaan kita
~sebenarnya bukan milik kita
~oleh itu hendaklah sentiasaa
~ucapkanlah Alhamdulillah..

Salam bahagia buat pembaca semua.
Mafhum hadith," Allah tidak memandang kepada rupa dan amalan kamu, tetapi Allah memandang pada hati kamu."

Kehidupan kita sememangnya penuh onak dan duri. Terkadang kejayaan datang menyapa dan terkadang kesedihan menyelubungi. Lumrah kehidupan dunia yang penuh tipu daya, senda gurau dan main-main. Tenggelam timbul kita dibuai arus ombak kehidupan.

Saudaraku sekalian,
Lahirnya kita ke dunia, dengan tiupan roh dengan izin Allah.
Kecukupan kasih sayang dan makan pakai kita adalah rezeki Allah.
Nikmat kesihatan dan kecerdasan akal adalah kurniaan Allah.
Kerdipan mata, gerak perbuatan kita walau sedetik adalah dengan izin Allah.

Bersyukurlah...jika Allah SWT menzahirkan kebaikan melalui diri kita.
Bersyukurlah..jika Allah SWT memberi rezeki perantaraan tangan kita.
Bersyukurlah..jika Allah SWT memberi manfaat melalui kita sebagai sebab.

Kerana nikmat Allah itu tidak terhitung luasnya.
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl: 18)

Sentiasa lah kita menghentam ego kita dari bersifat sombong, riya' dan ujub..
"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Surah Ibrahim: 7)

Sekadar sedikit perkongsian.

Ahmad fikry : dalam keadaan mamai mengantuk, namun mata hati perlukan muhasabah iman untuk membetulkan nawaitu yg harus dinilai... Selamat malam semua..salam


Share/Bookmark

DaMBa KeAManaN SeJaGaT















Assalamu'alaikum..

Semoga Allah dengan limpah kurnia Nya merahmati kita dengan nikmat Iman dan Islam yang teguh menjadi asas kehidupan kita.

Sudah cukup sering kita dengar berita tentang jenayah, peperangan dan pembunuhan. Sering air mata menitis melihatkan nasib2 saudara yang ditindas. Pada gambar2 yang memaparkan suatu pengharapan...KEDAMAIAN.

Kekuatan kita adalah pada pegangan utuh Al Quran dan Sunnah. Islam adalah agama sejahtera, agama kedamaian dan agama keamanan sejagat..tapi kita betah memelihara ideologi2, falsafah dan pemikiran yang menghancurkan dan memecahbelahkan kita. Kita terpesong dari panduan yang ditunjukkan oleh utusan Nya, Rasulullah s.a.w. Pada sirahnya, akhlaknya, adabnya dan juga keseluruhan sifat yg dicontohkan pada kita untuk mengikutinya.

Kita kabur dalam mendalami ajaran agama yang hanif,Islam. Tiada kejernihan dalam jiwa kita dalam memahami Islam. Tiada kesungguhan semangat kita dalam menteladani Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.anhum. Langkah kita longlai dalam mengenal Nya.

Apa pengorbanan kita? apa fungsi kita dalam menjadi khalifah di bumi ini?

Lakukan perbicaraan dalam diri,
manakah tingkatan solah kita?
mana letaknya amalan kebajikan kita?
Mana laba pelaburan sedekah jariah kita?
Mana letaknya gunung pengorbanan membela agama kita?

untuk dunia, kita pantas bercita-cita dan berusaha sedaya mungkin.
untuk agama, kita hambar dan terkulai layu..
Matlamat dunia penuh dengan pencapaian-pencapaian,
Matlamat ukhrawi kabur dari pengusahaan ke atasnya..

Keamanan sejagat itu datangnya hanyalah dari jiwa yang bersih dan luhur, yg memahami ajaran hanif lagi suci murni, Islam.. bersandarkan mukjizat Al Quran dan Sunnah.

------------------------
Share/Bookmark

MenCaRi DuNiA..

Assalamu'alaikum..

Apa Khabar semua? Insya Allah,semoga kita semua dilimpahi nikmat kesihatan anugerah Nya.. Alhamdulillah.

Sering ana berdiri merenung setiap wajah manusia yang hadir di pandangan mata jika keluar 'shopping' atau mengikut teman. Di fikiran ana tergambar pandangan yang umum ana tanyakan untuk diri sendiri khususnya..
"Bahagiakah kehidupannya di dunia?"
"Sempurnakan agama dalam kehidupannya?"
"Selamatkah dari azab api neraka?"
"Syurga..adakah ini penghuninya?"

bukan sekali ana mempersoal, tapi ana merujuk kepada satu muhasabah terhadap diri ana, akan gambaran kehidupan ahlullah yang menjadi panduan perbandingan buat kita. Mereka yang mendapat nikmat dunia di tangan namun terpahat utuh akhirat di hati..mampukah kita?

Ana seringkali menghayati setiap butir ayat dari kitab AL HIKAM yang secara ringkas menyentuh jauh ke arah kesedaran kita terhadap kehidupan di dunia. Hakikat berserah diri,redha,tawakkal, makrifatullah, dan perkara lain.

Kita TAMAK...
kita tidak pernah merasakan cukup dengan apa yang kita ada.
sentiasa berusaha mencari lebih dan lebih dalam memuaskan kehendak kita.
Takrif kehidupan kita adalah berdasarkan selera nafsu kita.
Keselesaan bagi kita adalah kecukupan dunia yang serba lengkap.
fikiran dan usaha kita kepada lagi..lagi..dan lagi..

Ana turut terhantuk dengan kata-kata ana. Kerana ana sendiri punya aspirasi-aspirasi dunia yang ingin dicapai..tak berkesudahan. Kemalasan, kesungguhan dan ketamakan adalah perkara yang berbeza. Pandanglah dengan penglihatan mata hati yang bersih,insya Allah perbezaannya ketara.

Sering kita menangis pada kesusahan kehidupan namun jarang kita menitis pada jiwa yang miskin dengan cahaya iman.
Kegembiraan dan Kesedihan kita tergambar pada kehidupan dunia kita jauh sekali untuk membandingkannya dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Kita ghairah mengejar kenikmatan sementara..tapi hambar dalam meraih cinta Allah.


Share/Bookmark

KiTa Yg TerLeKA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dipanjangkan usia untuk kita bernafas di bumi Tuhan, kesempatan untuk kita,hamba Nya dalam mengenal Nya.

Baru-baru ini, ana dihubungi oleh salah seorang teman ustaz ana, dan juga seorang sahabat dari kecil. "Oit..ni hantu ka?" Berat hati untuk menjawab panggilan mereka.
Dalam hati, tidak henti2 memohon kekuatan agar Allah permudahkan segala urusan dan memberikan daya kekuatan untuk terus maju melangkah bersama. Namun, masalah yang ditimpa membuatkan ana terdorong ke belakang, teragak-agak untuk menyusun langkah.

Andai hati dapat berbicara mengungkapkan segala rasa hati, insya Allah titisan air mata beban perasaan ini akan sirna kerana setiap insan yang mengenali akan turut merasai rasa jiwa ini..lidah sukar untuk melafazkan bicara hati,terasa berat untuk meluahkan mahupun memendam..hanya Allah sebagai pergantungan, Pencipta yang Maha Mengetahui.

Dalam proses mencari kekuatan,diri yang hina dan kerdil ini masih lagi dikurniakan Allah sebagai teman belajar dan mengajar. Ketenangan hadir apabila seorang teman semakin lancar membaca Al Quran dari dulunya buta huruf. Doa lirih merindukan kesungguhan dan keazaman yang nekad.. Allahu ya Robbi..

Diri ini masih lagi jd tempat rujukan bg mereka yg ingin bertaubat, masih lagi menjadi teman penasihat bagi mereka yang ingin mencari redha Nya..secebis demi secebis kelemahan diri ana semakin tersingkap,pada bicara yang tidak sehikmah sebelumnya, pada nur yang semakin pudar,pada usaha yang kian berkurang..seakan kata-kata datang mengetuk pintu hati, "Anda lemah melangkah, bangunlah.bangunlah..."

Allahu ya Robbi...saat ini air mataku menitis. Ampunilah segala kelalaian kami, dosa kami Ya Allah. Kuatkan lah hidayah dalam diri kami untuk kekal mentaati syariat Mu. Pilihlah,pilhlah,pilihlah kami menjadi dai'e Mu, pejuang penegak agama Mu. Allahu ya Robbi..Allahu ya Ghaffar..ampunilah daku..ampunilah daku....


Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.