Hipokrit : Tanggapan



“Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi.”

Mengajak seorang kawan untuk berubah ke arah lebih baik.
Tercetus keinginan beliau untuk hadir majlis ilmu, dan masjid.
Namun keinginan beliau itu mati tiba-tiba. Kenapa?

"Engkau hipokrit. Poyo je nak tunjuk alim"
"Takyah la nak tunjuk baik. Aku tahu la semua keburukan kau"
"Semua rahsia kau ada dalam kepala otak aku la. Buat apa nak sembunyi?"
"Hahahahahahahahaha..."
Ya. Dia tidak punya kekuatan untuk menghadapi kawan-kawan yang menolak perubahan. Seolah-olah perubahan ke arah kebaikan itu merupakan sesuatu yang sangat asing, memalukan dan jijik. Dan perasaan asing itu diwujudkan dalam istilah poyo,riya',takbur,hipokrit mengikut definisi nafsu mereka.

Dan dalam banyak-banyak, gelaran hipokrit paling feymes.

HIPOKRIT

Himpunan sikap bermuka dua,berkelakuan yang tidak konsisten, berpura-pura adalah sikap yang digelar hipokrit. Ini dari kamus;
1. a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess
2. a person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.
Malang bagi kita kerana telah meng'popular'kan istilah hipokrit ini sehingga menjadi kebiasaan bagi para artis, pendedah aurat, dan para pendosa tidak mahu berubah untuk berkata,"Saya tidak mahu hipokrit kerana berubah begini."

Padahal perubahan yang dituju adalah perkara kebaikan. Kita renung petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin;
Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
Hipokrit adalah munafik.
Agak 'susah' untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dengan gelaran munafik. Kenapa? Orang munafik menentang kebenaran. Sedangkan perubahan ke arah lebih baik merupakan satu kebenaran.

Malang sekali lagi kerana kita melihat hipokrit ini dalam perkara kebaikan, bukan perkara maksiat. "Tidak mahu hipokrit" menjadi alasan untuk kita bertangguh dan tidak bersungguh ke arah kebaikan. Ini zalim. Kita menzalimi diri dari menjejak laluan petunjuk Allah.

Tanpa sedar, kita telah membelakangkan apa yang dituntut ;yakni hijrah diri menjadi lebih baik. Sebuah anjakan paradigma.

Sebaliknya pula, kita selesa dengan diri yang sememangnya telah zahir penentangan terhadap tuntutan agama.

Saya hipokrit dalam kelalaian saya bersungguh mengenal Allah.
Saya hipokrit dalam kekurangan saya untuk istiqomah bangun solah malam.
Saya hipokrit dalam kelemahan saya untuk berubah lebih baik.

Astaghfirullah,Innahu kana Ghaffara..
Sabda Nabi SAW;
"Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .." ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
link untuk rujukan : Ustaz Zaharuddin


Renungan Kisah Sahabat r.anhum.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

"Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". HR. Muslim.

Share/Bookmark

1 comments:

bungakecil February 1, 2011 at 8:34 AM  

nice entri ni ..
sy suka
take a note .. mmg bagus

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.