Cinta yang Mekar


Assalamu'alaikum..

Semasa berada di sekolah rendah dahulu, dalam zaman yang perkembangan kognitif yang masih belum dapat memahami jelas, saya pernah melakukan amalan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dengan harapan untuk bermimpikan Nabi Muhammad SAW dalam tidur setelah membaca beberapa fadilah surah dalam al Quran.

Mengingatkan usia ketika itu, setiap kali habisnya 300kali bacaan, saya akan bangun keluar untuk minum air dan kembali duduk menyudahkan sehingga cukup 1000 kali. Naifnya diri ketika itu untuk memahami pengertian khusyuk dan tawajuh. Hasilnya, saya tidur lewat pada malam tersebut dengan kaki yang agak lenguh.

Saya tidak bermimpi namun saya tidak kecewa (pada usia sebegitu).
Saya cintakan dan rindukan Rasulullah SAW namun pemahaman saya ketika pada usia itu sangatlah cetek.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah dengan mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Nya, selari dengan seruan dan sunnah yang dicontohkan dalam sirah kehidupan Rasulullah SAW.

Perbanyakkan juga amalan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW.

info sisi solah fardhu berjemaah

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Abbas ra bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solat jumaat. beliau menjawab,"dia adalah penghuni neraka.' (Hadith riwayat Imam Tirmizi).

keterangan.
Walaupun dia akan di azab untuk beberapa masa yg tertentu, kemudian akan dikeluarkan daripada neraka disebabkan dia adalah seorang Islam, tetapi kita tidak mengetaui berapa lama dia terpaksa berada di neraka. Orang yg jahil lebih memberi penekanan kepada wirid, zikir dan solat-solat sunat tetapi tidak menghiraukan solat berjemaah. mereka menganggap semua amalan yang dilakukan oleh mereka itulah kesolehan sedangkan kesempurnaan kesolehan yg sebenar ialah mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Allah SWT mengutuk tiga jenis manusia, pertama seorang imam yg tidak disukai oleh makmunnya, kedua seorang wanita yg dimurkai suaminya dan ketiga seorang yg mendengar seruan azan tetapi tidak menyertai solah berjemaah.

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.