Satu Permulaan : Mesir



Alhamdulillah..
12 Febuari 2011, Berundurnya Hosni Mubarak.

Desas desus seperti tarikh keramat bulan Febuari(jika dihijiriahkan), teori penggantian kepimpinan yang sama dasarnya, dan pelbagai prasangka lain..saya tidak berminat! Perkara utama revolusi tercetus adalah daripada luahan kehendak rakyat yang tertindas.

Kerana ini adalah satu permulaan untuk Mesir mencapai kebebasan dalam pemerintahan mereka. Fokus kepada usaha untuk menjadikan Mesir sebagai sebuah negara yang lebih baik. Pasti bermakna sejarah ini.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Ayuh, optimis!

Amiiiiinnn untuk semua itu, amiiiiin ya sami’ul ‘alim…..

info sisi;
1. Rejim Mubarak telah memerintah hampir 30 tahun secara diktator dan kuku besi.

2. Tiada sebarang ruang demokrasi dan hak bersuara. Rejim Mubarak telah memenangi pilihanraya Presiden dan parlimen secara penipuan dengan memanipulasi undi serta menyekat hak dan kebebasan bersuara rakyat.

3. Kadar rasuah serta penyalahgunaan kuasa amat ketara terutamanya dari kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak serta kelompok elit kecil yang menyokong Mubarak.

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling pimpinan Parti politik yang menyokong Mubarak serta sekutu rapat mereka dengan kehidupan mereka yang terlalu mewah.

5. Kenaikan harga barang keperluan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung tinggi sehinggga membebankan rakyat miskin.

6. Kadar pengganguran yang terlalu tinggi terutamanya dari kalangan golongan muda sehingga mencecah lebih 60 peratus.

7. Kadar kemiskinan yang terlalu tinggi sehingga mencecah lebih 70 peratus di mana rakyat Mesir hidup di bawah paras RM$4 sehari.

8. Kesedaran generasi muda untuk mendapatkan hak dan kebabasan mereka dari cengkaman rejim ini.

9. Penggunaan teknologi baru IT seperti Twitter dan Facebook. Di anggarkan lebih 30 peratus remaja Mesir mempunyai facebook sendiri dan mereka telah berhubung melalui Facebook dan Twitter bagi menggerakkan rakyat keluar ke jalan-jalanraya.

10. Kekejaman rejim Mubarak yang telah membunuh serta memenjarakan ribuan para ulama, para cendekiawan serta pejuang hak asasi di Mesir.

...dan tidak lupa juga pada kezaliman sekatan yang dikenakan kepada saudara kita di Gaza. Pengunduran Hosni Mubarak adalah satu permulaan..



Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya."
Share/Bookmark

1 comments:

Izzah Al-Maliziyyah February 13, 2011 at 12:14 AM  

Assalamu'alaikum wbt... semoga ada sinar baru buat Mesir. Ameen~

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.