KuAT JiWA 2


As Salam.


Seorang sahabat itu tidak melukai atau dilukai.
Kerana setiap teguran dan pandangannya itu TULUS.
Muhasabah agar kekurangan dapat diperbaiki.
Berilah teguran dan temukan sabar dalam dirinya;seorang sahabat yang benar-benar kasihkan dirimu.

Sedikit tersentak apabila teman rumah menyampaikan teguran menggunakan nama saya.
"Fikry cakap,dia segan ke rumah si fulan sebab penghuni tidak menutup aurat."

Saya diam,kerana apa yang dikatakan memang wujud dalam konteks muzakarah kami. Bezanya saya lebih banyak mengangguk dari mengeluarkan kenyataan. Si Penegur mungkin 'bimbang' untuk bertanggungjawab atas tegurannya sendiri.

Bimbang jika rakan dan jiran 'merajuk'.
Namun teruja untuk menghadam eksperimentasi teguran & perasaan ini.
Saya memilih diam dan enggan membela diri,kerana yang ditegur itu betul.

Dalam kes ini, wujud dua penerimaan.
1) Si penyampai yang mencerita teguran kepada rakan saya dengan nada yang berlainan. Saya disindir sebagai 'Tok Guru' bila berdepan dengannya. Teguran saya dikatakan bersifat 'tinggi'.
Pelik,namun bukan dia yang menjadi fokus saya. (pengalaman dengannya)

2) Si Penerima berita,yakni sahabat saya. Dia tidak bertanya, namun datang menjelaskan kekurangannya. Dan saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana saya pasti dia memahami siapa dan bagaimana saya.

Apa kaitannya dengan jiwa yang kuat?
Kerana kedua-duanya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dakwah. Setelah apa yang saya lalui dalam hidup ini, saya melihat tentang betapa pentingnya kekuatan jiwa dalam mencorakkan peribadi akhlak seorang mukmin yang membuahkan manfaat kepada diri,keluarga,masyarakat dan ummah.

Tanpa ilmu, kita tidak akan memahami uslub dakwah. Apabila usaha berjalan tanpa kefahaman yang betul terhadap uslub dakwah, maka wujudlah kepincangan dalam keluarga,sifat ta'sub dan asobiyah.

Kepincangan hadir apabila keluarga tidak faham kerana tidak diusahakan untuk 'melestarikan' mereka dengan matlamat dan uslub dakwah.
Sifat ta'sub hadir bila penampakan suatu musibah disandarkan kepada selainNya.
Asobiyah apabila bersikap jumud dan menutup pintu daripada teguran walhal teguran itu merupakan satu pencerahan ke arah kebaikan,memantapkan lagi keyakinan. Mewujud kumpulan sokongan dalam melumat/tidak menerima teguran baik. Umpama seperti sekumpulan rusa yang bersama tidak mahu menyeberangi lembah bimbangkan tanah gersang walhal diseberang terdapat rumput luas yang segar menghijau.

Pada mulanya saya penasaran fikirkan mereka yang aktif memberi masa untuk ibadah,dakwah namun tetap tenggelam dalam maksiat sembunyi-sembunyi seperti menonton video lucah, playboy, berlidah jahat (mengumpat) dan sebagainya.

Fahamlah saya bahawa yang menggerakkan seseorang ke masjid,dakwah dan mengelakkan dirinya daripada melakukan maksiat adalah iman dan kekuatan jiwanya.

Tiada guna merasakan diri baik atau kelihatan baik jika mudah digoncang godaan kerana kekuatan jiwa yang lemah. Tekad diri yang berubah-rubah. Benteng yang mudah dirobek.

Doa saya, moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk istiqomah menjaga syariatNya dan dipermudah urusan.

Amiin ya Allah.

p/s: izinkan saya membedah; yang lukanya menyembuh penyakit.
Izinkan perbuatan saya tetap mendatangkan senyum dan kebaikan.
Izinkan saya sebagai sahabat anda; dunia dan akhirat.

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.