Penyeri Idamanku...

***************************************************************


**************************************************************

Penyeri yang aku rindui
adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi

Penyeri yang aku sayangi
lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi

Wanita yang aku cintai
terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku

Wanita yang aku impikan
menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
"Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman"

Wanita yang aku kasihi
cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sanjungi
menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya

Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku...

Share/Bookmark

Usrah, Meeting, Program dan...?

*******************************

dipetik dari:
www.iLuvislam.com
mudzakkir
editor : kasihsayang



Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."


"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."(Pepatah Arab)


p/s : duhai..best nye ayat dari gambar tu. Print tampal pintu : )
Share/Bookmark

Satu Muhasabah

*********************************************


Salam..

Terkesan dengan kata2 seorg sahabat, " Bagaimana kalau 100 pahlawan islam dahulu macam fiq sekarang?" .. .. .. ..?

Ya Allah.. jauhnya daku dalam mengejar langkah para pencinta Mu.

Dunia pasti fana..
umur pasti terbatas..
akhirat pasti tiba..
mengapa tidak ditujukan kepadanya?
mengapa jesteru terus kepada hubuddunya?

muhasabah dari segi peringkat2 nafsu.. tergolong dalam manakah nafsu ini..
muhasabah dari segi peringkat2 amal.. tergolong dalam tahap apakah amal ini..
muhasabah dari segi muamalah,muasyarah, akhlak, ibadah, iman... tergolong dalam golongan manakah kehidupan ini..
muhasabah dari segi ilmu..sejauh manakah beramal dengan ilmu...

teringat satu saat waktu beriktikaf..ditepuk pertanyaan..
" Sediakah untuk menafkahkan segala hidupmu dan segala usiamu ke jalan Allah?"
......spontan....terdiam
jawapan perlu dari hati..dan hati sedang meneliti halangan2 yang wujud..
"apakah hubuddunya menyerang hatiku?"

Orang mukmin sentiasa melihat dengan mata hatinya tentang akhirat yang telah dikhabarkan Allah SWT kepadanya..

Dgn hatinya, dia melihat syurga, neraka dan seisinya...
Dgn hatinya, dia melihat dunia yg fana dan kemusnahan penghuninya..
Dgn hatinya, dia melihat azab dan kenikmatan para penghuni kuburan..
Dgn hatinya, dia melihat kiamat dan suasananya..
Dgn hatinya, dia melihat azab dan kenikmatan Allah kepada golongan mereka yang gagal dan berjaya di sisi Nya..

...dan dgn hati yang begini..bagaimana mungkin untuk dia tidak meyakini janji2 Allah kepadanya?

Perkara yang dijanjikan Allah pasti berlaku..
Sejauhmana dan bagaimana kita nafikannya..itulah yang akan berlaku.
dalam golongan manakah kita?
yang berjaya atau rugi?

semoga ikhlas menyertai ibadah kita..
semoga taqwa menghiasi kehidupan kita..
semoga darah2 yang mengalir disuntik dgn syahdatain yang dipegangi kita.


Share/Bookmark

Rindu serindu rindunya....

***************************************************


















Salam..

Sejak akhir2 ni terbayang sahabat2 di melaka.
Rindu sungguh dengan suasana dkt sana.
Tak kira apa yang berlaku, tautan ukhwah sentiasa erat di sana. Tak pernah berseorangan dlm tempoh 24 jam.

tak kisah sama ada student ataupun org awam,sumenya ku rindu.

Sifu pertama, Haji Hazman.. terima kasih atas perhatian dgn 'latihan' yang pertama dalam ana melibatkan diri dengan usaha dakwah. Dalam kerinduan ni, teringat keprihatinan sifu yg betul2 memastikan ana betul2 fokus dlm menjadi da'ei yg istiqomah.

Pada din dgn wan,huhu..yang selalu tak jemu2 mengejutkan ana utk bgn tahajud dan subuh berjemaah walaupun berlainan blok hostel. Kerana kalian, Allah bagi ana taufik utk menjaga apa yang kalian usahakan..smge diberkati Allah ke atas kehidupan kalian.

Lokman my pren..huhu. Sekuliah, serumah, sekaki...orang yang istiqamah dalam menjaga sunat isyraq dan dhuha nya. yang malamnye bertilawah ayat2 lazim dan berusaha menghafal surah2 baru..yang mengajar bagaimana melilit serban.. teman shopping yang setia,hehe

Pada senior Muaz..yg berhati muda. Hehe..rindu deh nak main janggut mu muaz.. Teman muzakarah dan tempat rujuk yg senantiasa low profile. Apa agaknye berjumpa nanti..rindu kamu saudara ku.

Pada Syafie, yang sentiasa datang tidur di bilik. yang sentiasa ajak muzakarah dgn ceritakan kisah2 sahabat r.anhum yang best2. Perbualan yang sentiasa berkisar pada kehidupan akhirat..yang sentiasa ajak beriktikaf..

Nizam, yang topik muzakarahnya sentiasa ttg bidadari..hehe
Hafiz, teman bergaduh dan bergaduh...dan bergaduh..pancung memancung.

Sifu besar Haji Mokhtar..yang sentiasa mengajar ana benda yang baru. Menjaga adab dan etika sebagai seorang Da'ei. Mencorakkan pemahaman ttg ciri2 kepimpinan. Yang sentiasa memberikan tazkirah ringkas yang amat terkesan..kan ku gigit dengan geraham2

Allah...rindunya pada kalian.

Syukur alhamdulillah kerana nikmat yg Allah kurniaan pada kemanisan berukhwah.
..dan setiap nasihat yang ana selalu tanyakan.

Semoga Allah memberkati kalian.. Ameen..
Share/Bookmark

Simple GiFT

***********************************************



















Salam...


Kekadang tu kita boleh eratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli family dengan pemberian hadiah. Tak semestinya hadiah yang mahal, cukup sekadar hadiah yang mudah dan senang. Boleh bagi selalu..


Macam dalam gambar tu adalah 'hasil' daripada kayu aiskrim (panggil apa ntah lah).
Sebab kadang2 tengok adik2 mengaji Quran pakai kertas lipat2 je penunjuknye..

Mudah je nak buat dia..
1) Beli aiskrim..makan sendiri atau belanja adik makan.
2) Ambil kayu aiskrim,basuh elok2..jemur bagi kering.
3) Lukis corak bentuk yang hendak di ukir.
4) Potong bahagian yang dilukis dengan pisau lipat.
5) Tulis nama adik cantik2 pada 'penunjuk' tersebut.
6) gune ayat, " Nah adik..abang buat khas utk adik'


Hehe.. cubalah :-)
Kalu tak menjadi atau diorg tak suka,korang boleh kerat jari korang..heee.

* blh juga dibuat penanda buku..



Share/Bookmark

Kenali diri

















Saudaraku
Cegahlah nafsu dari berbagai syahwat
dari berbagai kelazatan dunia

Berilah makanan pada nafsu
makanan yang jelas halal
makanan yang tidak najis

supaya nafsu
tidak congkak
tidak sombong
dan tidak berbuat jahat

Bertaubatlah
dengan hati yang penuh ikhlas
supaya iman mu bersih
supaya keyakinan mu kuat
supaya tauhid mu tersebar luas
dan cabang2 nya meninggi ke Arasy

Tanggalkan jubah dunia mu..
Sarungkan pakaian akhirat mu..

melalui perca dunia mu
tampal koyakan akhirat mu
sehingga pakaian akhirat mu
megah dipakai pada duniamu
utuh disarung dan dimulia
dalam jiwa yang ikhlas

Taqwa akan Allah itulah kebahagiaan

taqwa pada muhasabah
sebati mana kehendak mu
mengikuti kehendak agama yang haq
berlandas sunnah Rasul SAW

Di mana kah kita
berjaya atau gagal
mukmin atau nifak
mukhlis atau dusta

berbahagialah..
pada jiwa yang taat
pada jiwa yang sabar
pada jiwa yang khauf
pada jiwa yang ikhlas
pada Mu ~ ya Ilahi Rabbi

Taqwa itu terlihat pada kehidupanmu

Duhai hati yang kotor
Duhai telinga yang tuli
Duhai mata yang buta
Kenalilah Allah

Allahumma ya Allah,kenalkan diri ku pada~Mu sehingga daku benar2 mengenali~Mu..Amiin

Share/Bookmark

~ Novel ke-2 ? ~

















"Rasa derita, hampa dan kecewa itu harus kau rasai, lantaran keyakinanmu yang salah! Kerana kamu meletakkan cinta pada tangan yang salah!" jawab Shahrul.

"Cinta pada tangan yang salah?!! Salahkah aku mendamba seorang isteri yang soleh? Salahkah aku mendamba kehidupan berkeluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah? Salahkah aku mengimpikan isteri yang mendorongku menuju cinta Allah?!" Nada Syafiq sedikit tinggi. Seakan-akan dia mahu mempertahankan kebenaran impiannya dalam meraih cinta berbuah taqwa.

"Akhi..itu maksudku. Kamu menjanjikan bintang-bintang,sedangkan kamu masih belum menggapai bulan. Kamu meletakkan jodoh dan impianmu pada tangan si dia. Syafiq..kamu tahu kan, jodoh dan keberhasilan impianmu itu sebenarnya di tangan Allah?" ujar Shahrul,lembut.

Syafiq terasa dirinya bagaikan disambar kilat. Syafiq kelu. Suasana khali seketika. Perlahan, air mata mula merembes keluar.

"Cinta itu kamu letak pada tangan yang salah, lantas jatuh..pecah berkecai. Wajar untuk kau bersedih kerana cintamu pecah berkeping-keping. Namun kau harus cepat sedar akan hikmahnya,ya Akhi. Allah menyayangimu."

Syafiq mengalirkan air mata tanpa sedar. Dia menangis. Dia tersedar dari kelalaiannya. Kelalaian dalam merencana tunjang cintanya. Cinta Ilahi yang hakiki.

"Alhamdulillah,Allah menyayangiku.." kata Syafiq dengan sayu.

"Kamu berada di jalan-Nya, ya Akhi. Ujian untukmu dalam lebih mengenali-Nya." Shahrul memegang bahu Syafiq. Digosoknya perlahan.

"Syukran ya Akhi. Sahabat dunia akhirat ku." Syafiq mengesat air matanya. Direnung sahabatnya Shahrul. Syafiq senyum.

"Sudah..jom kita keluar makan. Kamu belanja..hihi" tawa Shahrul,tawa yang menyenangkan.

**************************************************************************



















Salam..
Sedikit petikan daripada rangka novel dalam buku conteng..sebab tu susun atur ayat tu bercelaru..hee
Teringin rasanya untuk menulis semula, novel yang kedua..tapi tak berkesempatan. huu..
hee sana,huu sini..

Sentiasa berfikir kenapa kita harus sedih, hampa dan kecewa..selalu mencari dimana salah kita..melihat dimana kurangnya usaha kita..melihat dimana kesilapannya, muhasabah..muhasabah..muhasabah..Allah berikan hikmahnya. Cinta yang hakiki adalah cinta pada Ilahi. Letakkan segala pengharapan cuma kepada Allah. Dalam rangka ikhtiar yang bertunjangkan Allah. Jangan pernah terlalai. Kadang-kadang perasaan kita sendiri dalam menjangkakan keberhasilan impian yang murni akan menipu kita sendiri kalau tidak dihalusi akar umbi niat ikhlas pada Allah.

Alhamdulillah..
Share/Bookmark

Bingkisan
















**************************************************

Lihat,
Agungnya Allah
Kebenaran Islam
Kesucian Al Quran
Kemurnian As Sunnah

Mari
menjadi mukmin sebenar.

*******************************











Share/Bookmark

NEGARA yg AMAN

**************************************************





















Negara yang Aman..
dari khutbah jumaat.

Untuk menjadi sebuah negara yang aman,
Negara yang diiktiraf oleh Allah..
Negara yang makmur dan diampuni oleh Allah.
Perlunya 4 syarat..


1. Negara yang makmur.
- negara yang kemakmurannya dirasai sama rata oleh rakyatnya.. tiada jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin. Kemakmuran dirasai oleh semua. Tidak wujud golongan kaya semakin kaya, yang miskin terus tertindas. Kemakmuran dirasai oleh semua rakyat negara tersebut.

2. Pemimpin yang amanah.
- negara yang ditadbir oleh pemimpin yang amanah. Tiada unsur rasuah, tiada istilah kroni. AMANAH. Pemilihan pemimpin berlaku pada mereka yang selayaknya menjadi pemimpin..yang beriman kepada Allah, yang bertanggungjawab dan amanah. Pemilihan pemimpin yang tidak layak atau memilih orang lain sebagai pemimpin sedangkan ada yang lebih layak, maka telah berlaku zalim dan berdosa di sisi Allah.

3. Tertegaknya keadilan
- negara yang diiktiraf Allah adalah negara yang tertegaknya keadilan yang dikehendaki Allah SWT. Suasana hari ini, manusia meminggirkan hukum undang-undang yang ditetapkan Allah, sedangkan dengan undang-undang ciptaan manusia itu sendiri telah terbukti tidak dapat membendung jenayah yang kian berleluasa. Tertegaknya keadilan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Allah Maha Mengetahui..

4. Amar Makruh Nahi Mungkar
- Negara yang melaksanakan amar makruh nahi mungkar secara menyeluruh. tidak meliputi hanya satu cabang sahaja. Dalam membangunkan kebaikan, cegah dan halanglah kemungkaran.. Usaha yang menyeluruh.
Share/Bookmark

Mengapa Tak Peduli??
















mengapa tak peduli
pada roh sendiri
yg begitu dahaga
pada iman yang hakiki

mengapa tak peduli
pada kehidupan sendiri
bergelumang dunia
mana masa akhiratnya?

mengapa tak peduli
pada bicara lidah
lazat bercerita
pd agungnya Allah?

mengapa tak peduli
pada langkah kaki
pejabat dan pasar
mengapa tidak rumahNya?

mengapa tidak peduli
pada rasa derita
oh..perit putus cinta
warga Palestin bagaimana?

mengapa tidak peduli
pada usia yg berkurang
hari2 masih dgn cara ku
mengapa tidak sunnah Muhammad SAW?

mengapa tidak peduli..
mengapa tidak peduli..
mengapa tidak peduli..

akan hal2 remeh
akan budaya2 biasa
akan bicara2 kosong

sedangkan makin menusuk
hati,iman yang parah
namun tak terzahir
akan rupa roh yang buruk dan huduh.

mengapa tidak peduli
akan masa yg sementara
pastinya..pastinya..
kita kan kembali pada Pencipta.

mengapa tidak peduli??
pada hati yang tersangkar
bukannya pada hati yang terbang
meninggi pada Rabb nya.

Ah...sudah..
Leraikan saja belenggu2
yang mengikat dirimu
dari berada ribaan cinta Nya.
yang menghalangmu
dari makrifah pd Nya.

Inilah matlamatmu..
inilah kejayaan..
inilah kehidupan..

mengapa masih tidak peduli..


*******************************

ahmad fikry
Share/Bookmark


Share/Bookmark

Nak jadi BAIK


















~Andai kasturi hilang harum..
~Mawar tak berkuntum..
~Kasih tak bersambung..

~Biar emas setinggi gunung..
~akan ku peluk rimbun ampun..
~rahmat Yang Maha Agung..


Salam..

Dengar tazkirah subuh dari seorang ustaz. Daripada Imam Al Ghazali tentang
Macam mana nak jadi baik?

1. Berguru dengan guru yang mursyid
- ustaz menyatakan perlunya berguru dengan guru yang bersih hatinya daripada sifat2 mazmumah yang merosakkan hati. Belajar dan beramal dengan apa yang telah diajarkan. Seorang guru mursyid tidak ditentukan zahirnya tetapi teliti lah cara hidupnya, sifat2 nya..

2. Bergaul dengan anak murid guru mursyid tersebut.
- Perlunya kita bergaul dengan anak murid guru tersebut..sebab suasana bersama kalangan murid2 guru tersebut akan membantu kita untuk lebih berjaya dalam memahami ilmu yang disampaikan. Sebarang kekurangan dan kelemahan dapat ditegur dan diperbaiki.

3. Uzlah
- kalimat uzlah yang penting bagi seorang ahli tasauf. Bagaimana nak mengawal nafsu yang ada dalam diri. Dipenuhi dengan amalan2 yang mendekatkan diri daripada Allah. Proses penyucian bagi hati. Jalan menyisihkan diri dari faktor2 yang melemahkan hati dalam membina benteng kuat menghadapinya.

4. Keluar ke masyarakat
- bersama dengan masyarakat dalam memahami kekurangan yang wujud dalam diri. Menyampaikan ilmu yang ada dan mempelajari ilmu yang baru. pentingnya dalam menjadi manfaat pada masyarakat.
Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.