Kuat Jiwa

As Salam

Sedang dalam melayari internet, dalam klik2 termasuklah sebuah laman web kartun yang comel. Bila teliti isi kandungannya, mulalah jatuh hati dengan usaha yang dijalankan oleh pengurusan web tersebut. Mesejnya jelas. Susunannya teratur. Tambahan dengan ringkasan kartun yang 'mesra'. Bahan Tarbiyah menarik untuk golongan kanak2.

Laman Web tersebut; OSM (klik)



Kadang-kadang menjadi satu permasalahan bagi kita(ketua keluarga/abang) dalam mencari bahan untuk tazkirah ahli keluarga yang lain. Penyampaian yang mendatar dan tidak bersedia akan wujudkan suasana 'bosan'. Sangat jauh nak ditakrifkan kepada adik2 supaya mujahadah dengar majlis tazkirah/taalim. Sangat tidak kena. Jadi,persediaan diri dengan ilmu dan teknik penyampaian perlu sentiasa 'suam' dan tidak 'sejuk dan kaku'.

Saya muat turun semua isi kandungan pengajaran dalam OSM itu, dan insya Allah akan translate untuk kefahaman adik-adik. Penyampaian jadi mudah kerana setiap gambar punyai penjelasan dan dalil yang berkaitan.


KUAT JiWA?

Cukup dengan iklan, kita pergi kepada intipati tajuk di atas.

Saya jadi terfikir apabila mengenangkan situasi semasa cuti. Seorang adik perempuan saya sedang berehat di atas sofa (berangan kot) saat waktu zohor telah masuk. Rasanya sudah dua kali emak pesankan supaya solah padanya. Saya masuk ke rumah sambil memandang ke arahnya,cepat-cepat dia rasa segan dan bingkas bangun pergi mengambil wudhu'. Persoalannya ialah dia merupakan seorang pelajar tahfiz yang diasuh untuk menjaga solah pada waktunya. Tapi?

Berikut hasil dari pemerhatian;

Kita sering bercakap soal hukum,sunnah, ilmiah dan kitab. Bagaimana pula soal sahsiah dan pembinaan jiwa? Ilmu tanpa amal sama sekali tidak membantu kita ke syurga. Yang menggerakkan seorang muslim solah berjemaah di masjid dan yang menghalangnya dari berzina adalah Iman dan kekuatan jiwanya.

Baik ilmu mahupun ibadat, yang mengerakkannya ialah jiwa manusia. Lahirnya ahli ilmu yang jahat dan menyeleweng ialah kerana lemahnya jiwa. Tarbiyah aqidah Rasulullah SAW ialah tarbiyah jiwa dan sahsiah selama di Mekah bukannya tarbiyah fakta atau kelas teori yang berfantasi !

Merasakan diri adalah baik/kelihatan baik sahaja tidak mencukupi namun perlukan kepada karakter/tekad diri/sahsiah diri yang tinggi.
Kerana jika karakter tak kuat, jadi baik pun 'tak guna'. Senang berubah jadi baik, senang berubah jadi jahat. Isunya adalah kerana tekad diri yang lemah.

Ini kerana sistem pendidikan dan persekitaran tidak menumpu ke arah 'character shaping'. Hasilnya adalah tekad diri segolongan generasi muda yang lemah.
Penglibatan secara AKTIF ibu bapa/ahli keluarga adalah amat dititikberatkan,bukan dengan bersikap hangat-hangat tahi ayam.


Sebelum kalah mencari salah.

Jom sama-sama kita belajar dan kaji lagi dan lagi. (err..dan praktikkan)

Share/Bookmark

Ku Serah Segala



Jiwa ini hancur dan remuk
rendam rasa tak tertanggung
aku insan lemah
bertatih menuju Allah

kini bukan rehatnya
turuti nafsu matilah iman
punca perasaan layu
tiada berbangkit melawan

melirih syahdu doa
meniti sirah junjungan mulia
yang dicari, yang dituju
sudahnya tetap kejayaan

hati sering gundah
mata seringkali basah
risau nasib diri,keluarga
nasibnya ummah

Allahumma ya Allah
padaMu..
ku serahkan
segala

Share/Bookmark

Celoteh Saya

Ucapan Imam Hassan al Banna

"Jadi saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.

Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”
Hassan Al-Banna, Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258

As Salam..

Banyak post berstatus 'draft' dalam blog ini. Tambahan sakit kepala yang berpanjangan. Melihatkan situasi politik Malaysia, risau membayangkan nasib generasi muka.

Allahu ya Allah..
Tenggelam dalam harapan,
Suasana menyebarkan salam, wajah-wajah bersih yg tersenyum, silaturrahim yang bersambut.
Solah jemaah yang 'gah', saf yang rapat-rapat, barisan hati yang bergementar didengarkan ayat-ayat al-Quran...
Pemuda yang aktif, sangat kuat perpaduannya sesama muslim yang lain.
Pemudi yang tabah, sangat menjaga kehormatannya, kuat sifat malunya.
Anak-anak yang mengundang tawa dan menenangkan.
Lorong-lorong perumahan yang bergema dengan alunan tilawah yang asyik.
Allahumma ya Allah..

Medan dakwah tidak mudah. Perlukan mujahadah, pengorbanan diri, emosi dan perasaan.
Menghadapi remaja,mat rempit, orang susah, golongan elit, semuanya punya 'standard' dan ego yang memerlukan hikmah untuk didekati. Lebih banyak menangis, meratap hinanya diri untuk membawa amanah sebagai khalifah. Penggilapan berterusan dalam ilmu dan amal.

Kerana diri ini dalam proses mengenal Allah. Jiwa ini juga perlu singkirkan sifat mazmumah dan zulumat yang wujud. Tanpa jemaah, diri ini rebah umpama biri-biri yang disiat sekawan serigala yang ganas.

Terngiang-ngiang pesan nasihat;
"Ilmu itu cahaya,dan cahaya tidak menghampiri ahli maksiat."
"Daei wajib istiqomah melakukan amalan nurani supaya jiwanya bersih, akhlaknya mulia dan menjadi pembawa cahaya yang menerangi."
"Jangan abaikan ilmu yang menjadi jambatan pada kesempurnaan amalan."
"Bangun malam,solah zikir dan doa bersungguh-sungguh mengadukan kelemahan segala usaha kita, moga diberi oleh Allah akan kekuatan."


Ighfirli ya Allah...
Share/Bookmark

Sepintas


As Salam

Minggu yang kalut.
Tekun mengikuti kemaskini bencana tsunami yang mengorbankan banyak jiwa di Jepun. Di samping kebimbangan terhadap letupan pada reaktor nuklear dan kesan radiasinya. Rasa gerun bila melihatkan video bencana gempa yang menyebabkan bumi merekah dan membuak-buak air naik ke permukaan. Allah swt mengingatkan manusia,umat akhir zaman. Allahu ya Allah,berikan taufik hidayah kepada kami.

Banyak melapangkan masa membaca beberapa buah buku yang dibeli kerana tarikan promosi buku. Isu-isu semasa banyak mengerah fikiran untuk mencari rasionalnya dan jalan rehat baginya adalah dengan membaca. Pembacaan berkaitan kefahaman dalam Islam, solah berjemaah, dan motivasi. Beberapa buah buku terpilih setelah lama meneliti susunan buku di rak-rak.

Sedikit sebanyak, FB juga memberi pandangan umum persepsi masyarakat hari ini kepada saya. Budaya kafir mengkafir,hedoisme,fahaman sesat,tamak duit dan pelbagai. Contohnya seperti;
-budaya kafir-mengkafir yang dilakukan oleh golongan muda yang tidak mempunyai disiplin ilmu yang matang. (Cth: Berdasarkan dalil (copy&paste) ini maka si fulan jatuh kafir)
-Kebersamaan/sokongan kepada gejala sosial yang tidak sihat (Cth: Couple mengaku dalam gambar bahawa mereka ada keluar ‘beromen’ dan lebih baik daripada berselindung dan ini disokong)
-Fahaman sesat dan menyimpang (Cth: Guru yang copy paste ayat-ayat suci al Quran,menterjemah secara bentuk zahir, tidak berguru, meyakini teori konspirasi, meyakini ayat-ayat Bible(yang diubah), beriman dengan mimpi, mempersoalkan Rasul dan berharap dirinya adalah Rasul. Sedihnya, fahamannya turut mempengaruhi anak muridnya dan tidak menerima teguran kerana menyangakan diri berada dalam golongan yang betul. Bahana ilmu tidak berguru)
-dan banyak lagi…

Turut sedih dengan berita anak bunuh diri oleh saudara jiran-jiran berdekatan. Akhir zaman ini mengundang cabaran 1001 fitnah kerana kurangnya budaya ‘amar makruf nahi mungkar’ yang berkesan dalam komuniti masyarakat. Menulis dan memikirkan soal ini sahaja telah melelahkan saya daripada terus menyentuh perkara berkaitan politik,muslihat dan kaitannya dengan isu masyarakat. Dendangan-dendangan kemajuan dan pertumbuhan pesat untuk meraih sokongan, apa pula dasarnya dalam menghadapi kualiti insan yang makin merudum dalam persekitaran masyarakat? Hiburan dan budaya hedoisme yang makin menjadi-jadi? Kebenaran tetap kebenaran.

Minggu ini saya berfikir untuk ‘merombak’ semula susunan dan kandungan blog saya agar lebih menjadi lebih bermanfaat dan mesra kepada pembaca. Bingkisanku tetap menjadi ruangan saya untuk menulis pengalaman kehidupan ini. Insya Allah,doakan.

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah cintaku kepada-Mu sebagai sesuatu yang paling aku sukai, dan rasa takutku pada-Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam. Putuskanlah segala ketergantungan dunia dariku, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan-Mu. Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan di dalam ibadahku."

Share/Bookmark

Status FB

As Salam..
Berikut adalah status FB yg saya kutip sebagai perkongsian (^_^)

‎Selagi belum beristeri dan beranak empat lima, tiada bibit-bibit jaminan bahawa engkau dan dakwah akan mati bersama..

Imam Ibn Rejab al-Hambali ra menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan As-Sunnah itu ialah jalan yang dilalui oleh Rasulullah salallahualaihiwassalam dan para sahabatnya yang selamat daripada Syubhat dan Syahwat. (Kasyful Kurbah) Cuba tanya diri kita dan bermuhasabah, tidak malukah mendakwa diri pendukung sunnah, ahli sunnah dan pejuang sunnah sedangkan jalan kita dipenuhi syahwat dan penuh syubhat ?

Berkata Imam Malik Ra : "Ilmu itu bukanlah pada banyaknya riwayat hadis tetapi ilmu itu ialah cahaya yang dijadikan oleh Allah swt di dalam hati." (Jami Bayan Al-Ilm)

‎"Ketika kehidupan memberi seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum. Indahnya hidup bukan kerana sebarapa banyak orang mengenal kita, namun seberapa banyak orang bahagia kerana mengenal kita"=)

The problem of a "thinker" like me is, the hate or delay in doing. What some called as "Paralysis through analysis". If the things to be done seem "unworthy", then the brain would make 1001 excuses of not doing it. Sometimes the brain is right, becoz why waste effort on doing the futile. BUT most of the time, JUST DO IT is the best option!

Bertaqwalah kepada Allah swt di dalam perdebatan dan perselisihan kerana Nabi kita pernah berpesan bahawa tidaklah sesuatu kaum itu menjadi sesat selepas mendapatkan hidayah kecuali disebabkan oleh perbuatan suka berdebat. Jagalah lisan, perbaiki ucapan dan jika kamu tidak boleh mengungkapkan kalimah yang menyenangkan dan memberi kebaikan maka lebih baiklah berdiam diri wahai anak muda, ikutilah nasihat ini !

Setiap Ibadah dalam Islam itu mempunyai khasiat dan kemampuan untuk menghalau keburukkan jika dilaksanakan dengan cara yang betul. Jihad menghalau kemunafiqkan (dari jihad diketahui siapa yang munafiq dan tidak), zakat mengusir tamak dan kedekut, wudhuk menghalang marah, puasa menyekat nafsu, solat pula mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Dakwah Rasulullah tidak pernah menyeru kepada kesatuan bangsa tetapi kepada kesatuan Iman dan Aqidah. Di samping baginda ada Bilal orang negro, ada Shubaib orang Rom dan ada Salman orang Parsi. Islam adalah agama yang kedatangannya membuatkan kita bersatu bukannya berpecah !

Satu hal yang merisaukan saya pada dakwah Islam hari ini ialah dahulu yang paling awal menyahut seruan nabi dan memeluk Islam ialah golongan miskin,hamba dan mereka yang tertindas tetapi kini dakwah kerap disambut oleh golongan professional, orang kaya dan golongan dari kelas atasan. Kenapa jadi begini ?
-Adakah itu bermakna dimensi dakwah sudah bertukar ? Yang miskin mencari duit dan yang sudah kaya dengan banyak memiliki duit pula mula mencari "nilai" dalam hidup maka sebab itu mereka mencari agama ?
-Oh, saya sangat risau apabila Islam tidak lagi dilihat membawa keadilan, menjadi tempat tumpuan orang susah, pelindung orang yang ditindas mencari kerehatan tetapi sebaliknya menjadi tukang kipas dan tempat istirehat bagi orang kaya mencari kerehatan jiwa setelah puas bergelumang dengan dunia mencari harta!

Firman Allah yang bermaksud : "Tiada Paksaan dalam Agama" (Al-baqarah : 256) bukanlah hanya satu slogan yang sia-sia tetapi memberi penjelasan dengan tegas bahawa dakwah itu tidak berjalan dengan paksa. Agama ini diambil dan dipakaikan ke jiwa dengan rela. Tidak murtad jika dipaksa, tidak jatuh talak jika dipaksa dan tidak sah sesuatu urusan agama kerana terpaksa.

Penat dan lelah seketika apabila selesai membayar semua bil-bil bulanan dan saman. Ya Rabb, kuatkanlah diri ini. Alangkah bestnya kalau bebanan dan tanggungjawab membayar bil-bil, sara bulanan rumahtangga dapat dirasai oleh anak-anak muda yang angkuh dalam dakwah !

Ilmu yang sahih itu ialah ilmu yang membuatkan diri kamu semakin dekat kepada Allah swt dan bertambah taqwa kepada-Nya. Bertambah khusyuk dalam ibadah dan menambah penyesalan kamu atas dosa-dosa dan kesalahan yang dilakukan. Tidaklah bermanfaat ilmu yang dipelajari jika gagal mengingatkan dirimu dari membuat dosa dan tidak menguatkan kamu untuk melakukan ibadah.~

Jangan pandang rendah kepada kebaikan & keburukkan sekalipun nilai disisi kita kecil

Dari Abu Hurairah ra, Nabi salallahualaihiwassalam bersabda (yang bermaksud) :"Aku melihat seseorang yang sedang bersenang-senang di dalam syurga kerana dahulunya dia pernah memotong sebuah dahan yang berada di tengah jalan yang menganggu kaum muslimin yang melaluinya." (hadis riwayat Muslim)

Jadikanlah FB anda sebagai bahan bermanfaat untuk ummah. Jika setakat nak tulis pasal diri sendiri atau nak luahkan isi hati dan ekspresi diri maka saya nasihatkan lebih baik anda tulis dalam diari atau pergi jumpa pakar psikiatri !

Ketika ditanya oleh hadirin yang menghadiri kuliah khas saya semalam, bagaimanakah caranya untuk menyatukan umat yang berselisih ? Saya pun menjawab bahawa anda mungkin boleh menyatukan dua orang yang berselisih kerana masalah ilmu tetapi bagaimana pula anda mahu menyatukan dua orang yang berselisih kerana masalah sikap ?

Nasihat saya kepada adik-adik, perbaikilah diri dan tingkatkan kualiti jiwa sebelum mengambil/mengaji ilmu agama kerana tiada jaminan ilmu kita sentiasa benar belaka. Ramai orang membela dan mempertahankan ilmu agamanya tetapi sikit sekali dari mereka itu yang dipertahankan oleh ilmu yang dipelajarinya.
Share/Bookmark

Uwais Al Qarni



UWAIS AL QARNI : TERKENAL DI LANGIT ,TIDAK TERKENAL DI BUMI..

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tak ada yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, darimana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak keluarga kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.

Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.

Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedangkan ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpelukan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir,bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari,
semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon izin kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun.

Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda :
“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a.,
dan bersabda :
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam.

Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar !


Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu.

Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:

“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”.

Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.

Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat.

Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.”
“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!”
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”.

Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?”tanyanya. ”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.


Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ?

Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.

Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.
Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.