Konsentrasi

A great man are nothing without concentration..

Muhasabah saya menunjukkan bahawa saya seorang yang tidak dapat fokus.
Kadang-kadang..saya menulis, membaca dan melihat untuk perkara yang berbeza pada waktu yang sama. Saya juga berkongsi dengan teman dan mereka bersetuju mengatakan saya 'lack with concentration'. Tapi kenapa?

Untuk mengatasi masalah ini saya merujuk kepada ebook bertajuk 'The Power of Concentration'. Membaca mantan demi mantan pelajaran yang dihuraikan telah banyak dapat mencerahkan pandangan saya berkaitan 'Kuasa Tumpuan'. Ia membantu saya mengenali kelemahan saya dan berusaha memperbaikinya. Salah satu 'anjakan' yang besar untuk kehidupan saya.

Bertepatan dengan itu, saya juga membaca buku,"Kuasa kePEMIMPINan Muhammad al Fateh". Kewajaran hikmah yang terkandung dalam buku itu dengan kuasa tumpuan yang saya pelajari adalah sangat berkait.

Great lesson,indeed..

Tidak hairanlah apabila kerapkali tindakan saya menimbulkan tanda tanya bagi teman. Sekejap ini dan sekejap itu. Untungnya, saya sangat menghargai penglibatan saya dan pengajaran terkandung dalam pelbagai bidang.

Kemampuan untuk memberikan tumpuan boleh dibentuk. Dan darinya kita mendapat hasilnya. Kelemahan kebanyakan orang adalah kerana tidak dapat fokus tentang apa yang dikehendakinya pada satu-satu masa. Tumpuannya berpecah-pecah kepada pelbagai idea, usaha dan cita-cita yang timbul. Hasilnya hambar dan tidak memuaskan.

Ting!! Pertama kali terdetik untuk membukukan hasil Kuasa Tumpuan ini mengikut gaya praktik saya sendiri. Dan pastinya, ia memerlukan TUMPUAN. Tanpanya, keinginan ini boleh jadi terkubur.

Insya Allah..

Tumpuan usaha mengenal Allah SWT


Amalan berterusan sampai ke tahap ISTIQOMAH.
Tumpuan 100% hendaklah diberikan dalam berusaha mengenal Allah.
Tumpuan kita dalam menuntut ilmu?
Tumpuan kita dalam beribadah?
Tumpuan kita dalam 'ikhlas'kan diri dalam setiap amalan?

Adakah kita fokus kepada hala tuju kehidupan kita sesudah mati? atau kabur pada kenikmatan dunia yang membuai-buai.

Allahu ya Allah..
Astaghfirullah, Innahu kana Ghaffara

Share/Bookmark

Hipokrit : Tanggapan



“Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat jualah yang kekal abadi.”

Mengajak seorang kawan untuk berubah ke arah lebih baik.
Tercetus keinginan beliau untuk hadir majlis ilmu, dan masjid.
Namun keinginan beliau itu mati tiba-tiba. Kenapa?

"Engkau hipokrit. Poyo je nak tunjuk alim"
"Takyah la nak tunjuk baik. Aku tahu la semua keburukan kau"
"Semua rahsia kau ada dalam kepala otak aku la. Buat apa nak sembunyi?"
"Hahahahahahahahaha..."
Ya. Dia tidak punya kekuatan untuk menghadapi kawan-kawan yang menolak perubahan. Seolah-olah perubahan ke arah kebaikan itu merupakan sesuatu yang sangat asing, memalukan dan jijik. Dan perasaan asing itu diwujudkan dalam istilah poyo,riya',takbur,hipokrit mengikut definisi nafsu mereka.

Dan dalam banyak-banyak, gelaran hipokrit paling feymes.

HIPOKRIT

Himpunan sikap bermuka dua,berkelakuan yang tidak konsisten, berpura-pura adalah sikap yang digelar hipokrit. Ini dari kamus;
1. a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess
2. a person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.
Malang bagi kita kerana telah meng'popular'kan istilah hipokrit ini sehingga menjadi kebiasaan bagi para artis, pendedah aurat, dan para pendosa tidak mahu berubah untuk berkata,"Saya tidak mahu hipokrit kerana berubah begini."

Padahal perubahan yang dituju adalah perkara kebaikan. Kita renung petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin;
Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
Hipokrit adalah munafik.
Agak 'susah' untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dengan gelaran munafik. Kenapa? Orang munafik menentang kebenaran. Sedangkan perubahan ke arah lebih baik merupakan satu kebenaran.

Malang sekali lagi kerana kita melihat hipokrit ini dalam perkara kebaikan, bukan perkara maksiat. "Tidak mahu hipokrit" menjadi alasan untuk kita bertangguh dan tidak bersungguh ke arah kebaikan. Ini zalim. Kita menzalimi diri dari menjejak laluan petunjuk Allah.

Tanpa sedar, kita telah membelakangkan apa yang dituntut ;yakni hijrah diri menjadi lebih baik. Sebuah anjakan paradigma.

Sebaliknya pula, kita selesa dengan diri yang sememangnya telah zahir penentangan terhadap tuntutan agama.

Saya hipokrit dalam kelalaian saya bersungguh mengenal Allah.
Saya hipokrit dalam kekurangan saya untuk istiqomah bangun solah malam.
Saya hipokrit dalam kelemahan saya untuk berubah lebih baik.

Astaghfirullah,Innahu kana Ghaffara..
Sabda Nabi SAW;
"Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .." ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
link untuk rujukan : Ustaz Zaharuddin


Renungan Kisah Sahabat r.anhum.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

"Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". HR. Muslim.

Share/Bookmark

Seorang Hamba

As Salam

Dalam duduk bersandar di tiang masjid sambil mendengar kuliah Ustaz, permulaan pengajaran kitab semalam sangat menarik. Antaranya mukaddimah yang Ustaz sampaikan dalam pengertian setiap gelaran bagi pengarang kitab.

Hamba Allah yang Fakir lagi Hina

HAMBA

Pengertian hamba yang mentaati segala suruhan tanpa bantahan. Ulama silam telah meletakkan diri sebagai hamba yang bebas daripada persekutuan selain Nya. Hanya kepada Allah SWT sahajalah Dzat yang layak disembah.

Pengakuan sebagai hamba Allah yang benar-benar tunduk patuh pada segala perintah dan larangan Nya.

Bukan sebagai hamba nafsu.
Bukan sebagai hamba harta.
Bukan sebagai hamba syahwat, pangkat, kedudukan dan sebagainya.


FAKIR

Mengharap.
Kita sedia maklum pengertian fakir miskin yang membawa kepada pengharapan atas kesenangan golongan kaya dan pemberian zakat. Dalam pengertian fakir, Ustaz menjelaskan bahawa fakir merupakan keadaan benar-benar mengharap.

Fakir yang dicintai oleh Rasulullah SAW dan para ahlul baitnya adalah para fakir yang sangat-sangat mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Ustaz juga turut menyentuh maqam fana' dan baqa' dalam tasawwuf. Bagaimana seseorang yang begitu mengharapkan keredhaan Allah sehingga menjadi sesuatu yang asing pada pandangan masyarakat. Mereka yang fana' dengan kecintaan kepada Allah SWT menjadi mudah tersentuh dan begitu mengambil berat kepada amalan hidupnya dalam mencapai keredhaan Allah.

Yang dikatakan menjadi pelik pada kebanyakan orang itu adalah apabila sekiranya berjumpa dengan seseorang yang kerap menangis, merintih kerana fana' terhadap kecintaannya kepada Allah, takutkan dosa dan rindukan pertemuan denganNya. Mereka yang tidak memahami perasaan (fana') yang dirasai si fulan itu memandang asing pada kelakuannya.

Dalam fana', dia hadir menghadap Allah setelah menafikan segala sesuatu selain Allah dalam hatinya yang telah menjadikan dia tidak memandang, memerhatikan atau menyaksikan keberadaannya sendiri.

HINA

Yakni tidak sombong dan bongkak. Para Ulama silam telah meletakkan diri pada kedudukan serendah-rendahnya di hadapan Allah SWT. Penuh rasa ta'zim dalam menghayati Kebesaran dan Keagungan Allah SWT.

dan kerana itu kita melihat pengarang kitab mengenalkan dirinya sebagai seorang hamba Allah yang fakir lagi hina.

Atas huraian ustaz tersebut, saya merasakan betapa pengenalan saya terhadap seorang hamba Allah itu tidak sebanding dengan pengertiannya.

Persoalan demi persoalan, adakah saya tergolong dalam hamba Allah yang fakir lagi hina?

Ighfirli ya Allah..




Pemahaman Lalai

Pengajaran bertujuan untuk menyedarkan mereka yang lalai.

Lantas apakah itu lalai?

Ustaz menerangkan bahawa apa yang dikatakan lalai itu adalah sikap untuk tidak mengambil berat, sikap tidak bersungguh.

Golongan cerdik pandai, pemikir , pendakwah, akademik, pemimpin tidak terlepas daripada bersikap lalai.

Lalai dalam mengambil berat soal agama.
Lalai dalam mengambil berat soal ibadah.

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]


Sesetengah Ulama menafsirkan golongan yang lalai dalam solah ini disebut golongan yang tidak khusyuk dalam solah. Ustaz pula mengikut tafsiran yang dikatakan lalai itu adalah makna zahir yang menunjukkan sifat tidak mengambil berat, tidak bersungguh dalam menunaikan solah.

Kerana hukum fekah tercapai melalui zahir sedangkan soal hati adalah hanya dalam pengetahuan dan perhitungan Allah SWT.

Tidak mengambil berat dalam solah yang tergambar pada zahirnya.
Sekejap datang solah berjemaah, sekejap tidak.
Sekajap solah penuh tertib, sekejap sepantas kilat.
Sekejap solah penuh tawaduk dan membaca dengan tartil, sekejap tidak.

inilah yang dikatakan mereka yang lalai dengan solah.

..dan penutup kuliah yang menarik.

Insya Allah, semoga orang yang mendengar lebih faham daripada orang yang mengajar.
Wallahu'alam

Ighfirli Ya Allah..
Astaghfirullah, Innahu kana Ghaffaran..

Share/Bookmark

Wanita Pertama Masuk Syurga

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,

“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.


Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda,
“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”.


Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum,
“Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”.

Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Share/Bookmark

Dorongan


As Salam..

Kegigihan usahamu pada [perkara-perkara] yang telah pun dijaminkan untukmu (yakni di dalam urusan-urusan rezeki) di samping kelalaianmu pada [perkara-perkara] yang telah dituntut daripadamu (yakni di dalam mengerjakan ibadat) adalah satu dalil bagi terhapusnya al-bashirah (penglihatan mata hati) daripada dirimu. [Al Hikam : 5]

Janganlah engkau menjadi syak mengenai janji itu ketika tiada terjadi yang dijanjikan, sekalipun ia telah ditentukan waktunya, agar tiadalah terjadi dengan demikian itu pengurangan pada basirah-mu (penglihatan mata hati) dan pemadaman bagi cahaya sarirah-mu (rahsia batin). [Al Hikam : 7]


Sirah Nabawiyah, Kisah Para Sahabat r.anhum, Zikrullah, Ta'alim, Muzakarah, Mesyuarat, Iktikaf, Khidmat dan Jaulah.

Ibu, keluarga,saudara dan teman-teman seislam..

..adalah dorongan dalam mengenal Pencipta yang Maha Esa.
...supaya langkah ini tidak terhenti. Insya Allah

Allah..Allah..Allah..


ahmad fikry :

Bagaimana hidupku?
Resah kadang menghimpit.
Jalan melangkah harus bagaimana?

Beriman hati yang celik
Indah hamparan bintang di langit malam
Cukup..
Cukup Allah bagiku.

Share/Bookmark

Mengenal KeJujuRan


As Salam..

Semalam berfikir panjang muhasabah berkaitan "JUJUR".
Kerana kejujuran dalam ukhuwah itu manis.

Ukhuwwah ibarat seutas tasbih..ada awal tiada penghujung..dicipta utk mengingatiNya..dibahagikan untuk cintaNya..diratib utk redhaNya..ianya bukan ada pada indahnya pertemuan tp pd ingatan seseorang thdp saudaranya dlm setiap doanya..

Di kedai makan. (Makcik Garang)
"Demam? Basahkan kepala dengan air perahan limau nipis. Hingus jernih tu tanda kepala panas."
-Ok makcik. Air asam suam satu, nasi ayam satu.

Makcik Jiran
"Fikry, minum air ni." (sambil menghulur secawan air rebusan belimbing buluh)
-Taknak. Saya tak suka.
"Minum juga! Makcik buat susah-susah.Bagus untuk darah tinggi"
-Yelah..(tk suka masam2..)
"Habiskan semua!"
-Dah abis..Terima Kasih Makcik,tapi lain kali jangan buat dah ye..hehe

Pakcik Jiran (Maghrib)
"Fikry..Pakcik nak ikut ke masjid"
-Ye? Tapi saya nak tunggu ustaz mengajar sama..
"Ok. Fikry pergilah."
-(tak boleh lg nak tackle pakcik duk iktikaf masjid lama-lama sikit)

Rumah Sewa (Lepas Isyak)
-Assalamu'alaikum ya ahlul kuburrr...
"Wa'alaikummussalam ya ahli dunia!"
-Hang ikut aku jemaah kat masjid pun takpa dari main game tu dari tadi.
"Biar lah, aku tk buat jahat kat luaq"
-Wei..hang download citer kamen rider episod baru tak? nak tengok.

Telefon (Mak)
-Mak..abang demam. Badan panas.
"Jelum la kepala tu. Cuaca sekarang ni memang tak menentu. Tadi...(cerita kisah hari ni)..."
-Mak..abang demam.
"Makan la ubat pastu jelum kain basah atas kepala bila tido nanti."
-Mak...abang demam..

Rumah Sewa
-Syuk..tak rasa nyamuk banyak ke?
"Ada la kena gigit juga"
-Syuk..nyamuk banyak.
"Ye lahhh...aku pasang le ubat nyamuk."


Ye, semalam saya demam.
Terima kasih semua teman yang mengenali saya. Saya sangat gembira dengan kejujuran kalian. Dan juga makcik, pakcik yang takkan baca tulisan ini.

Tapi semalam ada kawan buka lagu nasyid sebagai teman tidur. Saya tidak boleh tido disebabkan itu. Harap maklum...hehe

Allahu ya Allah..
Alhamdulillah..atas segala nikmat kurniaan Mu.
Bimbing daku, bimbing kami untuk semakin dekat pada Mu.
Ikhlaskan jiwa kami, hati kami untuk melakukan kebaikan.
Pilih kami ya Allah..bersama golongan mereka yang beroleh redhaMu..

ahmad fikry : dan hari ini saya masih demam dan tulisan ini turut demam..
Share/Bookmark

iBu..ohh..iBu



ibu
jantung hatiku

ibu
ku sayang ibu

ibu
redhailah diriku
sebagai anak soleh mu

ibu
sekudus doa
mensyukuri kasihmu
ibu,kulihat syurga di tapak kakimu




As Salam..

Pernah tak merasakan tugasnya ibu? Baru-baru ini disebabkan ibu kurang sihat dan ahli keluarga yang lain mengikuti rombongan, Ana menjadi pengasuh kepada dua orang bayi 2 bulan dan 7 bulan. Membancuh susu, dodoi dan dukung ambil angin.

Menjaga adik dan anak saudara ini ana fikirkan mudah. Kerana sekadar menjaga makan pakai, dan dodoikan tidur. Tapi ana belajar karenah bayi. Dan anak saudaraku lebih kerap menangis dan sukar tidur. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang silap.

Menangis..menangis..menangis..
Sebelum ini ana bangga dengan tangan yang mendodoi. Setiap bayi yang diletakkan pasti akan ana dodoi sehingga lena. Tidak pernah gagal. Tapi yang sorang ni memang susah nak tido. Sampai naik lenguh tangan mendodoi..masih celik.

Walaupun ibu masih menguruskan kerja rumah yang lain, ana tetap tidak sempat mengikuti solah fardhu berjemaah di surau, tidak sempat bertilawah sepertimana lazimnya..Mustaqim berjaya ditakluk, tapi Si Mukhriz sangat-sangat menguji.

Kesibukan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bayi kecil itu gambaran diriku.
Dan mengenangkan kasih ibu sepanjang usiaku..
Ana lihat wajah ibu, penuh kasih sayang walaupun keletihan.
Tidak pernah merungut, tidak pernah memprotes.
"ala cayang-cayang mak ni.."
Allahu ya Allah..
air mata bergenang,terharu dengan ketulusan ibu..



Alhamdulillah, kerana minggu yang lepas merupakan tingkatan pemahaman cintaku tentang kasih ibu. Dalam doa, ana bersungguh-sungguh untuk ibu..untuk keluarga.

Dan selepas ini, ana akan terus menjadi 'khadam' kepada ibu dengan secara rela dan redhanya diri ini. Insya Allah, tidak akan ada sekelumitpun ragu-ragu dengan kasihmu ibu.

Sungguh telah ku lihat mengapa syurga itu terletak di tapak kakimu.

Ya Allah, segala pengorbanan ibuku, tempatkan ibuku di syurga, dikalangan mereka yang Engkau kasihi ya Allah...


ahmad fikry : speechless..
Share/Bookmark

NiKMaT yg BaKaL HiLanG

Allah SWT berfirman, ''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS An Nahl : 18)

Assalamu'alaikum..

Sejak akhir-akhir ini, kesihatan terganggu. Mungkin kesan dari gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat..Allah Maha Mengetahui. Dalam doa meminta dikekalkan nikmat kesihatan, air mata menitis kerana terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan selama hidup ini. Ujian ini mengingatkan ana untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah. Alhamdulillah..

"Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung."
(Al-A'raf 7:69)

Manusia bersifat lalai dan lupa jika tidak sering mengingati mati dan urusan akhirat yang dikhabarkanNya.

Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup.” (QS. Al Alaq: 6-7)

Jika kita tidak pernah merasa cukup dengan nikmat dunia, kenapakah kita lalai dalam meraih nikmat akhirat? Sedangkan akhirat merupakan destinasi kembali yang nyata..

"Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Al A'la: 16-17)

Nikmat yang tidak disyukuri itu akan semakin mencegah manusia untuk mencintai Allah swt. Bagaimana kita mengaku mencintai Allah swt sedangkan kita tidak beryukur pada-Nya? Al Quran sentiasa mengingatkan dan menekankan kita untuk membuka hati dan fikiran agar sentiasa menyedari nikmat-nikmat Allah serta mensyukurinya.

“Fabiai'i ala irobbikuma tukazziban.”
Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?

Ayat yang sering membuatkan ana menangis lagi dan lagi.
Benar ya Allah, Segala nikmat Mu terlalu banyak untuk kami hitungkan apatah lagi untuk menafikan. Ya Allah, zahirkanlah rasa syukur pada nikmat Mu dalam kehidupan kami, agar dapat kami menjadi hamba Mu yang beringat...

Allahu ya Allah..
Astaghfirullah, Innahu kana Ghaffaran..


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu.”
(QS. Ibrahim: 7)

Share/Bookmark

Bekalan Kerohanian Pendakwah

Mu’ahadah

Dengan sifat ber mua’hadah, dengan cara mengingati dan merenungi perjanjian dengan Allah swt dapat memberikan rasa hibah dan takut serta gentar dengan Allah. Bila dah seseorang tu ada sifat ini, pastilah ada kekuatan jiwa untuk berkhidamat di jalanNya, walaupun tanpa “komisyen”.

Muraqabah

Merasakan pengawasan Allah tu ada. Dengan adanya perasaan ini ia dapat membendung kecenderungan hawa nafsu yang jahat dari melakukan sesuatu yang mungkar.

Muhasabah

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahawa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Tirmidzi, ia berkata, ‘Hadith ini adalah hadith hasan’)

Seorang pendakwah perlu menghisap dirinya setiap kali berlalu dan berakhirnya segala amalannya, adakah amalannya ikhlas, hanya menuntut keredhaan Allah, atau adakah perasaan riya’ dalam amalannya. Muhasabah jika sering di lakukan, ia akan lebih membuatkan diri seseorang lebih dekat padaNya.

Mua’qabah

Memberi hukuman ke atas dirinya sebab seseorang tu rasa lalai atau alpa dalam beribadat. Bagi seseorang pendakwah, jika dia merasakan dirinya melakukan sesuatu kelalaian atau terlanjur melakukan sesuatu kesalahan, dia akan terus beristighfar memohon keampunanNya dan menangisi kekurangan dirinya serta membayangkan betapa dahsyat hukuman di sana nanti.

Mujahadah

Menghidupkan rasa kesungguhan dalam diri seseorang pendakwah melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, berusaha menambah dan melipat gandakan ketaatan kapada Nya.

source : Mujahid's Blog


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.