Fotogedik

Assalam..

Video spontan daripada seorang yang agak photogedik.

Lama juga rupanya proses upload video. Mungkin tak tukar format video lain dulu.
Video dirakam secara spontan dan melalut dari rumah sewa teman..
Memang beberapa perkataan agak susah nak sebut, seperti asrama,keharmonian,reunion dan muflis. Selalu tersasul dan mengundang tawa pada pendengar.huhu

Dari video juga suka gunakan ayat "kadang-kadang". Dan ayat 'kite' tu memang semulajadi bila buat presentation atau public speaking.hehe
Layannn...

sekian, photogediks



Share/Bookmark

Memupuk RISAU




Assalamu'alaikum,

-"Bagaimanakah kamu melalui jalan yang dipenuhi duri?"
"Aku akan berjalan dengan penuh rasa berhati-hati agar tidak terpijak durinya."
-"Itulah TAQWA."


Sekian lama berkubang ke alat 'informasi', pelbagai ragam manusia ditemui. Just a keyborad warrior mungkin adalah istilah tepat untuk diletakkan. Dalam kehidupan sebenar, sangat jauh dengan intipati perjuangan yang dibawakannya. Bersangka baik..kita sendiri masih di ruang islah. Apa yang saya kesalkan, zaman manusia susah mengaitkan Kebesaran Allah dalam kehidupan, kita bertelagah berkaitan isu furu'. Ya, zaman fitnah, zaman berpuak-puak. Hasil, orang awam terkulat-kulat untuk memilih.

Proses tarbiyyah memerlukan murabbi,guru dalam membimbing. Sang Murabbi akan berfungsi dalam shaping process untuk bagaimana berakhlak selayaknya sebagai seorang Da'ei. Adab-adab dalam menuntut ilmu,akhlak dan situasi. Semangat Darah Muda yang terbimbing umpama layang-layang BERSAMA talinya...dan sebaliknya.

Bersama murabbi, saya diajar untuk memupuk kerisauan terhadap diri dan orang lain. Kerisauan berkaitan nasib diri di akhirat yang kekal. Hasilnya, saya terisak-isak menangis mengenangkan kelalaian dalam ketaatan(?). Ya, sebelum mengenal usaha dakwah, saya merasakan diri lebih baik dari Mat Rempit, lebih baik dari Buaya Darat, lebih baik dari samseng..kerana saya menunaikan solah 5 waktu, tak buat perkara jahat.

Murabbi secara tidak langsung mengingatkan saya sejauhmana saya mengaitkan hubungan dengan Allah SWT dalam kehidupan saya. Dalam percakapan saya, dalam makan minum saya, dalam pelajaran saya dan semuanya. Meminta saya berkongsi bicara kaitan kesyukuran saya pada Ilahi dengan hati yang ikhlas. Saya terkedu diam, untuk mengucapkan "Allah Maha Pengasih telah menjaga saya selama hidup, Allah SWT telah menjaga saya dalam kandungan ibu, nikmat penglihatan, pendengaran, nikmat makan, pakaian, hirupan nafas...segalanya..." Saya terKEDU..terlalu banyak nikmat Allah kepada saya. Untuk berkongsi bicara pada saat itu, saya diam tak terkata,bukan lagi skrip atau doa hafalan,ia harus dari hati yang ikhlas. Hasilnya saya menangis terisak-isak dalam tahajud malam itu, mengenangkan kelalaian tanpa sedar.

Suatu hari, saya pernah mendekati seorang remaja di sebuah kedai makan. Mengajaknya untuk menyertai majlis di masjid. Kelihatan dia sedikitpun tidak menghiraukan pelawaan saya. Saya mula mengajaknya menyembang. Pasal kerja, sekolah dan keluarga. Cuba memupuk kerisauan,
"Tidak sempurna iman kalau kita tak mengasihi saudara kita sebagaimana kita kasihi diri sendiri. Kita tidak mahu diri kita disakiti, begitu juga perlu kita fikirkan untuk diri orang lain. Dan apa yang paling kita taknak adalah masuk ke neraka. Nau'zubillah.

Bayangkan kita jemput dan kumpulkan seluruh keluarga,saudara,jiran dan kawan-kawan di dalam sebuah rumah. Kemudian kita kunci rumah itu dan simbahkan petrol serta bakar rumah itu. Sanggupkah kita lihat semuanya menjerit dan meraung meminta tolong. Tolong...tolong...pedih..panas! Apatah lagi api neraka yang maha dahsyat."


Saya melihat mata remaja yang berseluar jeans koyak, menghisap rokok ini bergenang air mata. Saya turut sama.

Push factor usaha yang kita lakukan adalah KERISAUAN terhadap nasib kita semua di akhirat. Biar kerisauan ini mendasar melazimi tindak tanduk perlakuan kita.

Rasanya banyak lagi yang ingin ditaip, tapi cukuplah celoteh kali ini. Mengingatkan diri yang kembali lupa. Ighfirli ya Allah.
Astaghfirullah innahu kana Ghaffara



Share/Bookmark

Mahabbah


Mahabbah..

Kalam mutiara daripada Al Habib Ali Al Jifri sangat mendamaikan. Beberapa siri tazdkirah darinya seringkali membuatkan hati bergetar dan mata menangis.

Bila mengikuti ucapan pembukaannya berkaitan mahabbah, dikisahkan sejarah Junjungan Mulia Rasulullah SAW bersama pelepah tamar yang menangis bila Baginda SAW berpindah ke mimbar baru, unta yang mengadu tidak dilayan dengan sepatutnya. Allahu ya Allah, sungguh menusuk hati kasih sayang Rasulullah SAW terhadap makhlukNya.

Begitu juga siri temubual TV bersamanya, gambarannya terhadap ciri fizikal Rasulullah SAW menurut hadith sahih sangat menggamit kerinduan pada Rasulullah SAW.

Dan juga mutiara kata dari ulama' yang lain. Sebagai peringatan bagi mereka yang mahu berfikir.

---------------------------
Untuk menukil rasa kasih dan cinta, diri kaku untuk menaip. Lidah kelu untuk berkata. Hati bergetar menafsir sejarah para pecinta-Nya. Bergenang air mata akan kesyahduan, keindahan sebuah CINTA yang tak terungkap.

Kerinduan yang tidak mampu dihitung hari.
Kemesraan yang sangat menagih harap.
Kasih yang panjang,tiada putus.

Cintailah Rasulullah, amal sunnahnya, cambahkan akhlaknya, dan bersama dalam jalan cintanya...maka akan terkesan menjadi hati seorang perindu, pecinta Allah Yang Maha Pengasih.

Allahumma ya Allah.....


Share/Bookmark

'Secret Admirer' Seorang Lelaki


Tolong beritahu si dia..
aku ada pesanan buatnya…
cinta agung adalah cintaNya
cinta manusia bakal membuatnya alpa…
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia..
aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia..
bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia..
aku milik Yang Esa…
aku masih milik keluarga…
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia..
usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya..
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia..
aku tidak mahu melekakan dia…
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia..
aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…



ahmad fikry : untuk dorongon para lelaki yg dahagakan ______ (fill in the blank)

Share/Bookmark

Tarbiyah Keluarga Imam Malik rah.



Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.

Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:

“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”

Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:

“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”

Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:

“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”

Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.

“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”

Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:

“Habis, apa yang patut saya lakukan?”

“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan ilmu.” kata ibunya.

Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.

“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”

Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.

“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”

Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:

“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.

Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.

“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.


*iqtibas daripada kitab arab. Wallahua’lam
http://keluargadakwah.blogspot.com/2010/12/tarbiyah-keluarga-imam-malik.html

ahmad fikry: .........




Share/Bookmark

Celoteh Wasiat Perpisahan.


Sedikit sayu rasa hati bila mahu pergi.
Langkah ini wajib lantaran kehadiran sekadar ber'uzlah' mencari kekuatan hati.

Masa begitu cepat berlalu.
Seolah baru kelmarin bersapa mesra. Hadir tidak terasa, pergi mengundang hiba. Ingin kekal tetapi ada matlamat yang perlu diusahakan. 'Zon selesa' ini harus saya tinggalkan.


TERIMA KASIH

Alhamdulillah,sekalipun bukan pelajar lepasan jurusan agama,saya berbangga secubit ilmu yang dimanfaatkan Allah pada kalian yang dahagakan kehampiran dengan syariat agama. Sama-sama mempelajari al Quran, ruangan muzakarah dan tazkirah, adalah ingatan supaya saya kekal hampir dengan perintah Allah. Ketawa,senyum dan teguran kalian akan kekal terakam dalam memori saya. Saya menghirup nikmat silaturrahim ini.

Saya senang hati memancing senyum di wajah kalian. Syukran atas segala makan minum, jemputan dan doa kalian. Maafkan jika ada yang terasa dengan usikan dan gurauan saya. Hati ini tidak sama sekali berniat mahu menyakiti. Semoga 'fikry' yang ada dalam anggapan kalian adalah insan yang mendamaikan. Pandangan Allah jua yang hakiki. Ameen.


JANGAN SEDIH

Mungkin wajah mengukir senyum, tapi jiwa ini simpati.
Sama sekali diri saya tidak terasa dengan teguran/leteran kalian. Sekalipun kemarahan kalian geramkan saya/ tangan makcik yang cepat memulas telinga/garang suara nenek bila memaksa..hehe

Sayu hati bila kalian bertanya-tanya kesalahan dan meminta maaf atas pemergian ini.
Hiba rasa bila kalian jangkakan kesunyian tanpa insan hina ini.
Sedih bila wajah muram pakcik menerima berita ini. Wajah rajuk tidak puas hati. Cuma mungkin saya sangat suka mengusik, jadi tidak terzahir rupa kehilangan dalam diri ini.

Saya akan ziarah. Akan kekal jadi doktor tiada tauliah. Jadi penasihat ustat celup. Bertanya khabar dan rajin singgah jemputan makan(hehe). Insya Allah.. doa saya akan sentiasa mengiringi kalian.

Sedikit celoteh dan mungkin luahan dari sudut sisi yang tidak dilafaz.


ahmad fikry : perghh..ayat. Macam tinggal wasiat nak mati. hoho
Luv you all. (dan yang baca) hehe..lillahi ta'ala.

Share/Bookmark

ADAB BELAJAR

As Salam.

Hangin semacam apabila seseorang masuk tanpa salam ke halaqah ilmu dan terus-terusan melakukan 'provokasi' untuk menduga kesabaran tuan rumah. Akhlak/Adab/Common sense yang semakin pudar dalam diri pemuda/pemudi yang biadap dengan hanya secubit ilmu di dada.

Saya bukan tuan rumah. Situasi ini berlaku dalam halaqah ilmu para ustaz yang telah terzahir perjuangan dalam kehidupan mereka. Berbanding dengan John Doe/Anonymous yang entahkan siapa,pengecut yang sembunyi identiti menyerbu membuta tuli.

DIAM YANG HANDSOME


Diamnya seorang jahil adalah berpahala.

Kita boleh menerima perbezaan pendapat. Tetapi biarlah dengan cara yang berhemah. Imam As-Syafie juga ada tidak sependapat dengan gurunya Imam Malik ra dalam beberapa hal tetapi tidaklah ditunjukkan sikap biadap atau rasa tidak puas hati itu di hadapan guru dengan penuh keangkuhan.Ada masanya guru boleh tersilap tetapi lakukan dengan penuh adab.

Dalam menimba ilmu, janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan para ulama yang telah banyak menaburkan jasa kepada ummah. Beradab adalah asas bagi sifat seorang pelajar. Mengetahui keadaan yang sesuai, kena dengan tempatnya, rasa hormat dan simpati. Semuanya terkandung dalam common sense kita dalam bersikap dengan manusia lain. Pastinya kita tidak mahu disakiti dan begitulah juga halnya dengan orang lain.

Diamnya alim atau ulama adalah dosa. Nabi mengelar ulama yang diam sebagai syaitan bisu dan orang awam yang jahil pula tapi asyik sibuk nak bercakap soal agama tanpa ilmu sebagai ruwaibidhoh.

Keseimbangan itulah yang menyokong agama, diam dan belajar bagi yang jahil dan bercakap serta mengajar bagi yang alim...bak kata Imam Abu Hanifah ra, jangan jadi kismis sebelum anggur.

Merendah diri adalah syarat untuk memperoleh ilmu.
Merendah diri adalah syarat untuk memperoleh ilmu.
Merendah diri adalah syarat untuk memperoleh ilmu. (saja copy 3kali)


SEMANGAT KULIT BAWANG

Selagi belum beristeri dan beranak empat lima, tiada bibit-bibit jaminan bahawa engkau dan dakwah akan mati bersama.

Lucu,tapi ada benarnya dan sangat 'menyengat'.
Sebagai seorang student, kita tidak banyak komitmen yang menghalang dari tugas dakwah. Antara kita mampu memberi masa 24 jam untuk dakwah.
Tiada keluarga untuk ke pasar bagi menyediakan hidangan harian, tiada saraan untuk membeli pampers,susu dan keperluan keluarga, tiada tuntutan kerjaya, dan lain-lain.

Pengalaman saya sendiri melihatkan apabila seorang pemuda yang begitu bersemangat dalam tugas dakwah ini menjadi lebur apabila dilantik memegang kuasa. Solah awal waktu dan ibadah lain menjadi kucar kacir. Begitu juga dari segi pergaulan, lebih dikenali dan selalu berinterasi sesama bukan mahram, tugas menyeru pada amar makruf nahi mungkar kian tersisih.

Begitu juga semangat yang teruji dengan godaan couple.
Semangat yang teruji dengan pc games terbaru.
Semangat yang teruji dengan keluarga,kerjaya dan kesihatan.
Setelah punya komitmen berkeluarga,kerjaya mulalah senyap dan buat-buat lupa terhadap sikap angkuh,buta tulinya sekarang. Sudah disediakan bahagian ujian iman untuknya nanti.

Bila berhadapan dengan ujian-ujian ini, iman kita diduga sama ada kita tergolong dalam mereka yang benar atau nifak.

Kecundang,'sejuk',terbabas,lemah,pecah hati adalah tamsilan biasa bagi mereka yang kian pudar niatnya untuk berjuang.

Beristiqomahlah! (insya Allah)

Share/Bookmark

KuAT JiWA 2


As Salam.


Seorang sahabat itu tidak melukai atau dilukai.
Kerana setiap teguran dan pandangannya itu TULUS.
Muhasabah agar kekurangan dapat diperbaiki.
Berilah teguran dan temukan sabar dalam dirinya;seorang sahabat yang benar-benar kasihkan dirimu.

Sedikit tersentak apabila teman rumah menyampaikan teguran menggunakan nama saya.
"Fikry cakap,dia segan ke rumah si fulan sebab penghuni tidak menutup aurat."

Saya diam,kerana apa yang dikatakan memang wujud dalam konteks muzakarah kami. Bezanya saya lebih banyak mengangguk dari mengeluarkan kenyataan. Si Penegur mungkin 'bimbang' untuk bertanggungjawab atas tegurannya sendiri.

Bimbang jika rakan dan jiran 'merajuk'.
Namun teruja untuk menghadam eksperimentasi teguran & perasaan ini.
Saya memilih diam dan enggan membela diri,kerana yang ditegur itu betul.

Dalam kes ini, wujud dua penerimaan.
1) Si penyampai yang mencerita teguran kepada rakan saya dengan nada yang berlainan. Saya disindir sebagai 'Tok Guru' bila berdepan dengannya. Teguran saya dikatakan bersifat 'tinggi'.
Pelik,namun bukan dia yang menjadi fokus saya. (pengalaman dengannya)

2) Si Penerima berita,yakni sahabat saya. Dia tidak bertanya, namun datang menjelaskan kekurangannya. Dan saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana saya pasti dia memahami siapa dan bagaimana saya.

Apa kaitannya dengan jiwa yang kuat?
Kerana kedua-duanya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dakwah. Setelah apa yang saya lalui dalam hidup ini, saya melihat tentang betapa pentingnya kekuatan jiwa dalam mencorakkan peribadi akhlak seorang mukmin yang membuahkan manfaat kepada diri,keluarga,masyarakat dan ummah.

Tanpa ilmu, kita tidak akan memahami uslub dakwah. Apabila usaha berjalan tanpa kefahaman yang betul terhadap uslub dakwah, maka wujudlah kepincangan dalam keluarga,sifat ta'sub dan asobiyah.

Kepincangan hadir apabila keluarga tidak faham kerana tidak diusahakan untuk 'melestarikan' mereka dengan matlamat dan uslub dakwah.
Sifat ta'sub hadir bila penampakan suatu musibah disandarkan kepada selainNya.
Asobiyah apabila bersikap jumud dan menutup pintu daripada teguran walhal teguran itu merupakan satu pencerahan ke arah kebaikan,memantapkan lagi keyakinan. Mewujud kumpulan sokongan dalam melumat/tidak menerima teguran baik. Umpama seperti sekumpulan rusa yang bersama tidak mahu menyeberangi lembah bimbangkan tanah gersang walhal diseberang terdapat rumput luas yang segar menghijau.

Pada mulanya saya penasaran fikirkan mereka yang aktif memberi masa untuk ibadah,dakwah namun tetap tenggelam dalam maksiat sembunyi-sembunyi seperti menonton video lucah, playboy, berlidah jahat (mengumpat) dan sebagainya.

Fahamlah saya bahawa yang menggerakkan seseorang ke masjid,dakwah dan mengelakkan dirinya daripada melakukan maksiat adalah iman dan kekuatan jiwanya.

Tiada guna merasakan diri baik atau kelihatan baik jika mudah digoncang godaan kerana kekuatan jiwa yang lemah. Tekad diri yang berubah-rubah. Benteng yang mudah dirobek.

Doa saya, moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk istiqomah menjaga syariatNya dan dipermudah urusan.

Amiin ya Allah.

p/s: izinkan saya membedah; yang lukanya menyembuh penyakit.
Izinkan perbuatan saya tetap mendatangkan senyum dan kebaikan.
Izinkan saya sebagai sahabat anda; dunia dan akhirat.

Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.