CaBanG iLMu

As Salam..

Semalam saya singgah ke Hasani Bookstore untuk melihat buku-buku baru. Hasil dari lawatan singkat itu, saya membeli sebuah buku kecil yang bertajuk Mencipta Keluarga Bahagia,tip Membentuk Keluarga Fantastik.

Buku kecil ini dipenuhi dengan tip-tip penjagaan kesihatan,perancangan keluarga,tip didikan anak,tip berkaitan perabot, kewangan dan lain-lain. Sedikit sebanyak dalam dijadikan rujukan untuk penulisan saya.

Buku merupakan salah satu daripada cabang ilmu. Berikut adalah buku yang sangat-sangat saya cadangkan untuk keperluan ilmu setiap isi rumah.


-Furu' Al Masail - Terjemahan Ustaz Abu Hassan Din
-Terjemahan Tanbihul Ghafilin - modul Ta'alim rumah
-Terjemahan Riyad us Salihin - modul ta'lim rumah
-Syarah al Hikam
-Terjemahan Syamail Muhammad SAW - Imam Tirmizi
-Indahnya hidup Bersyariat - Ust Ismail Kamus
..dan banyak lagi.

Kemudian berikut adalah antara penulis yang saya ikuti dalam buku, blog dan facebook.

Ustaz Zaharuddin
-Untukmu Wanita
-Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas
-Riba dan Isu Kewangan Semasa
-Formula Solat Sempurna..dll

Ustaz Hasrizal
-Aku terima Nikahnya
-Bercinta sampai ke Syurga
-Murabbi Cinta
-Rindu bau Pohon tin
-Secangkir teh Pengubat Letih

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
-Nota fikir untuk Zikir
-Nota Hati Seorang Lelaki
-Dilema Melayu Islam
-Dua Hati satu rasa
-Duhai yang Tersayang (selalu hadiahkan untuk pengantin baru)
-Tentang Cinta

Ustaz Emran bin Ahmad
-Petunjuk Jalan Lurus
-Pandangan Seorang Ustaz,Islam Anda Tafsiran Siapa?
-Mencari Pasangan Hidup

dan banyak lagi seperti Ustaz Harun Din dll..

Selain itu koleksi bacaan santai seperti novel karya Habiburrahman el Shirazy, Ramlee Awang Murshid..

Sekilas lalu pada komik Naruto,Bleach dan One piece secara online..

p/s ; Dulu pernah bagi peluang untuk dipinjam tetapi setelah beberapa kes pinjam tak pulang2..peluang untuk pinjaman ditutup.hehe.. pinjam pun bersyarat :)
Share/Bookmark

Si Gila Libya


Selepas Tunisia dan Mesir menjatuhkan pemimpin kuku besi mereka, semangat kebangkitan ini telah meningkat ke Libya. Mereka bangkit menentang kepimpinan Muammar Gadaffi yang telah lama menindas. Risiko kematian dibunuh tidak lagi menghalang mereka dari menuntut kebebasan daripada si gila yang telah lama berkuasa di Libya.

Dan pastinya, minyak menjadi agenda pembelaan anak Gadaffi. Perang bagi melindungi bekalan minyak?

Kegilaan Muammar Gaddafi di Libya, rela membunuh rakyatnya dari melepaskan jawatan walaupun telah berkuasa lebih 40 tahun. Dia terus membunuh dan berangan-angan tindakannya boleh membawanya kepada syahid.

Terdapat juga video berkaitan pembunuhan tenteranya yang melanggar arahan dengan tidak mahu menembak rakyat Libya. Mereka diikat dan dibunuh.
Libya: Very disturbing video showing Libyan army officers & soldiers tied up & then killed by Gaddafi & his mercenaries because they refused to open fire on civilians. Please be aware this video has footage of dead bodies. Reports are saying that Mugabe of Zimbabwe is sending mercenaries & commandos to help Gaddafi. from We are Khaled Said
Video kekejaman ini = link video(ditapis)

Juga video berkaitan pengebumian beramai-ramai mangsa 'kegilaannya'.
Sorry. Another distressing video. Mass burial of victims killed by Gaddafi & his mecenaries in Libya. from We are Khaled Said
Video = link video

Fatwa Al-Qaradawi sudah cukup membuktikan seriusnya kenyataan Gaddafi.

Kebangkitan demi kebangkitan ini telah membuka kesedaran kepada umat betapa selama ini tahap kepedulian kita kepada nasib saudara seagama kita. Rentetan sejarah kini dirujuk untuk melihat bentuk penindasan yang telah berlaku.

p/s:
info dari aljazeera menyatakan askar-askar upahan Gaddafi mengambil dadah dan minum arak sebelum keluar menembak rakyat yang melakukan protes.

Share/Bookmark

iKLaN..aKaN DaTanG

As Salam..

Beginilah rupanya tajuk penulisan cubaan pertama saya. Saya cuba menulis dalam bentuk buku. Bagaimanapun masih lagi perlu penambahan kepada fakta berkaitan, gambar yang menarik minat pembacaan dan juga carta atau 'mind mapping' untuk memudahkan pemahaman dan tindakan. Penulisan juga bertujuan untuk 'memancing' rasa ingin meneroka atau menerapkan kaedah dalam menghadapi isu-isu kehidupan kita.

Sedang menunggu pandangan daripada teman-teman.
Pastinya, masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan.

Insya Allah..




Seni Bercinta (USD 00.00)

Cinta dan kasih sayang adalah anugerah. Manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk mencetus kebahagiaan dalam kehidupan.












Kuasa Tumpuan (USD 00.00)

Minda mencetus idea-idea menarik..namun?
Langkah memupuk minda untuk menjana tumpuan pada keberhasilannya.

Share/Bookmark

Nilai Manusiawi

The major value in life is not what you get.
The major value in life is what you become.

As salam..

Ini adalah luahan apa yang telah lama terpendam.
Maaf cakap kepada sahabat-sahabat yang berkenaan. Tulisan saya seperti ubat pahit. Menelannya adalah khusus untuk diri saya dan buat yang sudi.

Dunia perniagaan adalah dunia yang mencabar. 1001 teknik strategi pemasaran yang digunapakai untuk memenangi hati pelanggan/prospek. Melalui alam perniagaan, saya jumpa pelbagai ragam peniaga dan pelanggan.

"Dalam perniagaan perlu niat ikhlas,perkhidmatan terbaik untuk pelanggan"
"Ramai di luar sana tidak mengetahui sistem muamalah ini, menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarnya."
"Biar tiada pelanggan, saya puas dengan kerja saya."


Saya berniaga kerana manfaat produk yang berguna kepada pelanggan. Insya Allah. Saya ingin perniagaan saya menjadi manfaat umum bagi setiap mereka yang memerlukan. Keuntungan adalah rezeki, namun yang penting adalah niat dan amalan perniagaan itu sendiri.

Kenapa saya mengabaikan kebersamaan dengan kamu?

Kerana apabila kamu bertanyakan apa yang penting dalam amalan perniagaan saya, saya menceritakan tentang kegembiraan pelanggan yang mendapat manfaat padanya. Saya menceritakan keberkesanan produk dengan izin Allah. Saya menceritakan kepuasan memberi yang terbaik kepada pelanggan. Saya pasti tentang itu.

"Bukan!! mestilah sebab duit kan? Duit bukanlah segalanya, namun segalanya memerlukan duit!"

Saya lelah dengan hujah itu.
Apabila duit membelakangkan nilai-nilai dalam perniagaan, saya melihat individu materialistik yang terbentuk.
Buat apa saja, cakap apa saja..yang penting? Duit masuk!

Saya tidak mampu melihat manusia seperti mesin duit. Saya tidak reti memulas bantahan kekurangan mereka untuk duit. Saya tidak dapat menghancurkan simpati saya untuk keuntungan duit. Saya tidak mampu menilai manusia sebagai prospek yang memberi duit, duit, dan duit..

Saya akui kesungguhan mereka yang ikhlas berniaga. Niat ikhlas hanya Allah SWT yang mampu menilainya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima dari semua jenis amalan kecuali yang murni (ikhlas) untukNya dan untuk mencari wajahNya. "
[Hadith Riwayat Nasa-i].
Inilah yang saya ingin tekankan. Jangan sehingga ketamakan berselindung di sebalik niat kalian. Jangan sehingga kalian dijauhi kerana sahabat dan saudara kalian merasakan kalian melihat mereka sebagai prospek yang berbeza dengan nilai manusiawi.

Jangan tamak dan membentuk diri mencintai kebendaan yang akan fana.
Nilaikan perniagaan dengan nilai akhirat.

Insya Allah.

Astaghfirullah,Innahu kana Ghaffara..

p/s: pernah seorang SMS kepada saya sewaktu saya dalam kuliah. "Hiduplah dalam kesusahan dunia seperti neraka jika tidak berani untuk berubah menjadi kaya!!" Tak faham aku mamat nih...
Share/Bookmark

Transaksi Cinta


Semalam mak terbatuk-batuk,berkahak..
Malam sebelum itu mak telah pergi ke hospital untuk merawat lelahnya.
Digagahi pulang lewat pagi kerana kasihankan adik yang masih kecil.
Hanya semalam baru mak memberitahu saya.

Saya bangun dan membancuhkan air untuk mak.
Selepas minum, mak kembali tidur.
Alhamdulillah, tiada lagi kedengaran mak batuk-batuk.

Dalam dunia ini, hanya mak yang memahami diri ini.
Mak kerap menangkap maksud hati saya. Walau dalam diam, walau tanpa reaksi muka.
Dengan mak, saya adalah seorang anak yang tidak beralasan.
Mak memahami perilaku saya malah akan terus menegur jika ada kesilapan saya.

Keadaan mak yang tidak sihat telah menjadikan saya berfikir apakah sumbangan saya untuk meringankan bebannya mengurus keluarga.

.............mengelamun sebentar...............

ilmu adalah tidak bermanfaat jika tidak diamalkan.
sekian banyak input tidak bererti jika tiada outputnya.

saya merenung..
pada ujian yang menimpa orang yang berilmu
para ustaz,imam,prof dan sebagainya
mereka mampu merumus ilmu menjadi manfaat ramai
mereka punya pesona pendirian yang memikat
tapi..

dari rumah, terdapat juga ahlinya yang bermaksiat
mendedahkan aurat, berperilaku buruk.
Sekarang adalah zaman cabaran keruntuhan akhlak buat generasi mendatang.

dari kerana itu, saya memikirkan pentingnya ilmu berkeluarga.
Prinsip yang membentuk disiplin.
Kasih sayang sejati melalui hati ke hati.
Peringatan demi peringatan untuk kebaikan.
Amalan kerohanian dalam institusi kekeluargaan.
Solah berjemaah, majlis ta'alim, muzakarah, mesyuarat, riadah.
Tidak belajar mengkaji dan tidak mempraktikkan ilmu adalah malapetaka yang besar dalam pembinaan keluarga.

Diri dan keluarga.
Saya wajib bermujahadah, bersabar walau betapa sukarnya ia.
Transaksi cinta dari ilmu dan amalan.

Insya Allah!
Share/Bookmark

Cinta yang Mekar


Assalamu'alaikum..

Semasa berada di sekolah rendah dahulu, dalam zaman yang perkembangan kognitif yang masih belum dapat memahami jelas, saya pernah melakukan amalan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dengan harapan untuk bermimpikan Nabi Muhammad SAW dalam tidur setelah membaca beberapa fadilah surah dalam al Quran.

Mengingatkan usia ketika itu, setiap kali habisnya 300kali bacaan, saya akan bangun keluar untuk minum air dan kembali duduk menyudahkan sehingga cukup 1000 kali. Naifnya diri ketika itu untuk memahami pengertian khusyuk dan tawajuh. Hasilnya, saya tidur lewat pada malam tersebut dengan kaki yang agak lenguh.

Saya tidak bermimpi namun saya tidak kecewa (pada usia sebegitu).
Saya cintakan dan rindukan Rasulullah SAW namun pemahaman saya ketika pada usia itu sangatlah cetek.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah dengan mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Nya, selari dengan seruan dan sunnah yang dicontohkan dalam sirah kehidupan Rasulullah SAW.

Perbanyakkan juga amalan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW.

info sisi solah fardhu berjemaah

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Abbas ra bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solat jumaat. beliau menjawab,"dia adalah penghuni neraka.' (Hadith riwayat Imam Tirmizi).

keterangan.
Walaupun dia akan di azab untuk beberapa masa yg tertentu, kemudian akan dikeluarkan daripada neraka disebabkan dia adalah seorang Islam, tetapi kita tidak mengetaui berapa lama dia terpaksa berada di neraka. Orang yg jahil lebih memberi penekanan kepada wirid, zikir dan solat-solat sunat tetapi tidak menghiraukan solat berjemaah. mereka menganggap semua amalan yang dilakukan oleh mereka itulah kesolehan sedangkan kesempurnaan kesolehan yg sebenar ialah mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Allah SWT mengutuk tiga jenis manusia, pertama seorang imam yg tidak disukai oleh makmunnya, kedua seorang wanita yg dimurkai suaminya dan ketiga seorang yg mendengar seruan azan tetapi tidak menyertai solah berjemaah.

Share/Bookmark

Satu Permulaan : Mesir



Alhamdulillah..
12 Febuari 2011, Berundurnya Hosni Mubarak.

Desas desus seperti tarikh keramat bulan Febuari(jika dihijiriahkan), teori penggantian kepimpinan yang sama dasarnya, dan pelbagai prasangka lain..saya tidak berminat! Perkara utama revolusi tercetus adalah daripada luahan kehendak rakyat yang tertindas.

Kerana ini adalah satu permulaan untuk Mesir mencapai kebebasan dalam pemerintahan mereka. Fokus kepada usaha untuk menjadikan Mesir sebagai sebuah negara yang lebih baik. Pasti bermakna sejarah ini.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Ayuh, optimis!

Amiiiiinnn untuk semua itu, amiiiiin ya sami’ul ‘alim…..

info sisi;
1. Rejim Mubarak telah memerintah hampir 30 tahun secara diktator dan kuku besi.

2. Tiada sebarang ruang demokrasi dan hak bersuara. Rejim Mubarak telah memenangi pilihanraya Presiden dan parlimen secara penipuan dengan memanipulasi undi serta menyekat hak dan kebebasan bersuara rakyat.

3. Kadar rasuah serta penyalahgunaan kuasa amat ketara terutamanya dari kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak serta kelompok elit kecil yang menyokong Mubarak.

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling pimpinan Parti politik yang menyokong Mubarak serta sekutu rapat mereka dengan kehidupan mereka yang terlalu mewah.

5. Kenaikan harga barang keperluan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung tinggi sehinggga membebankan rakyat miskin.

6. Kadar pengganguran yang terlalu tinggi terutamanya dari kalangan golongan muda sehingga mencecah lebih 60 peratus.

7. Kadar kemiskinan yang terlalu tinggi sehingga mencecah lebih 70 peratus di mana rakyat Mesir hidup di bawah paras RM$4 sehari.

8. Kesedaran generasi muda untuk mendapatkan hak dan kebabasan mereka dari cengkaman rejim ini.

9. Penggunaan teknologi baru IT seperti Twitter dan Facebook. Di anggarkan lebih 30 peratus remaja Mesir mempunyai facebook sendiri dan mereka telah berhubung melalui Facebook dan Twitter bagi menggerakkan rakyat keluar ke jalan-jalanraya.

10. Kekejaman rejim Mubarak yang telah membunuh serta memenjarakan ribuan para ulama, para cendekiawan serta pejuang hak asasi di Mesir.

...dan tidak lupa juga pada kezaliman sekatan yang dikenakan kepada saudara kita di Gaza. Pengunduran Hosni Mubarak adalah satu permulaan..



Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya."
Share/Bookmark

Allahu ya Allah

Pucat wajahku
kelu lidah
berhati bungkam

Ya Allah..
aku takut
ketaatan yang melindungi ingkarku
pujian yang menyembunyi kehinaanku
kelalaian yang melingkari sedarku
aku takut ya Allah.

Ya Allah..
Gementar setiap sarafku
melintasi ayat neraka Mu
aku takut ya Allah..
aku takut ya Allah..

Aku takut ya Allah
kebisuan menjawab soalan barzakh Mu
padah langkah untuk lintasi sirat Mu
Mengheret tanggungan yang berat
Singkapan maksiat hadapan penghisaban Mu
aku benar-benar takut ya Allah..

Ya Allah..aku takut
namun ya Allah
diri hina
yang penuh lumpur dosa ini
sangat merindukan pertemuan denganMu
..hati ini mencintaiMu
hati ini sangat mencintaiMu

Ampuni aku ya Allah
Sucikan aku ya Allah
pilih aku ya Allah
dalam golongan pecinta Mu

amiin..amiin..amiin ya Allah.. (T_T)


Share/Bookmark

Teknik Pupuk Tabiat Positif : 21 HARI

Assalamu'alaikum..
Terjumpa nota ringkas berikut dalam facebook.
Saya selitkan sebagai perkongsian kita bersama.



Tabiat positif adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti personaliti seseorang kepada personaliti yang disenangi diri sendiri dan orang sekeliling.

Caranya ialah anda perlu mencatatkan mengikut beberapa langkah di bawah:-

Langkah 1
1. Senaraikan tabiat negatif yang anda ingin buang atau gantikan
2.Apa tabiat positif atau sikap yang anda ingin pertingkatkan atau masukkan dalam personaliti anda.
3. Apa tindakan yang akan anda ambil untuk buang tabiat negatif. Senaraikan tindakan tersebut
4. Pilih cara paling mudah untuk anda laksanakan.

Langkah 2
1. Buat gambaran mental bahawa anda telahpun berjaya memiliki tabiat positf yang anda inginkan.Lihat,dengar dan rasakan tabiat positif baru anda walaupun anda baru nak mula menerapkan dalam diri .
2. Gunakan perakuan diri (power of affirmation)yang menyatakan dan mengesahkan diri baru anda

Langkah 3
Buat pemerhatian perubahan-perubahan yang telah anda capai dan cari maklum balas jika masih belum berjaya kemudian buat rumusan bagi dilaksanakan tindakan pembaikan.

Langkah 4
teruskan langkah-langkah yang telah anda buat sehingga 21 hari dan anda akan dapati anda telah pun memiliki tabiat positif yang baru dan ianya adalah sebahagian dari personaliti baru anda yang hebat

p/s..PERLUKAN SEMANGAT DAN DISIPLIN YANG KUAT..

ahmad fikry : Dalam praktikal untuk mendatangi solah fardhu berjemaah di masjid, saya dinasihat untuk menjaganya dalam masa 40 hari. Pendapat saya,'shaping process' ini perlu diamalkan berterusan selama 40 hari untuk kesan yg lebih istiqomah. Insya Allah.
Share/Bookmark

Mesir : Jiwa Merdeka



Mesir inginkan perubahan. Rakyatnya mahukan Mesir bebas dari pemimpin diktator, Hosni ‘Ghair’ Mubarak. Medan Tahrir menjadi medan berkumpulnya jiwa-jiwa yang dambakan perubahan. Mereka diasak, dikasari dan ditembak. Namun jiwa mereka berpadu supaya Hosni Mubarak berundur, mesej kepada para diktator dan pemain helah, mesej kepada pendukung Barat dan Israel, mesej kepada pengharapan rakyat Palestin..usaha mereka sama sekali tidak akan menjadi sia-sia.

Hosni Mubarak masih enggan berganjak. Biar ratusan menjadi korban. Biar jutaan menunjuk bantahan. Kedegilannya parah dan rakyat dipaksa menurut kehendaknya. Seolah dia tahu apa yang bakal berlaku, seolah dia mampu menetap jiwa-jiwa rakyatnya. Kedegilannya terlampau.

Bagaimana dengan pengumpulan harta 70 Billion miliknya? Kehidupan rakyat yang tertekan dengan takrif upah kerja yang rendah? Harga barang yang tidak seimbang? Kadar kemiskinan dan pengangguran? Sekatan yang dikenakan terhadap Palestin? Hosni dan tali barutnya harus dicampak di tengah-tengah perkumpulan jiwa rakyat yang mahukan kemerdekaan dari semua itu. Itupun jika dia masih tidak pekak.

Saya bukanlah seorang yang bijak berpolitik, namun mudah untuk menghadam variasi warna jiwa yang mereka mahukan. Iaitu; dunia jiwa yang merdeka!

Mari kita semua,satu ummah,bersama mensyukuri atas segala nikmat Allah dan berselawat atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW serta bersama mengimarahkan masjid di setiap kariah kita,menghidupkan amalan serta bersungguh berdoa dan berusaha untuk dunia jiwa yang merdeka ini. Setiap masa dan keadaan.


Insya Allah.
Astaghfirullah, Innahu kana Ghaffara
Share/Bookmark

Egyptian who wants Freedom



12 hours ago source from alJazeera reporting that 2 million people confirmed in Tahrir square now. Total of 8 Million people protesting all over Egypt. Protesters have been really peaceful with an unbelievable sense of unity. A phenomenon community spirit.

I would like to quote a word from admin of We are all Khaled Said facebook page.

I keep on getting emails from media saying what's my ideology. I don't have one! I'm a simple Egyptian who wants Freedom & Justice to his people & who supports the Dignity Revolution that is taking place in Egypt. I support Athiests, Christians & Muslims right for freedom of speach, hence I post what Seculars say, Unions say, Muslim brotherhood, everyone. This is everyone's revolution & everyone should be included.


And Mubarak's back up who so stubborn to realize the 'voice' of Egyptian.
* Saudi govt: "Protesters are infidels (non-Muslims) because they oppose their leader".
* Mubarak (few days ago): "Few evil elements want harm to Egypt. Fate put me as your leader".
* Egypt's National TV:"Protesters are Israeli agents carrying espionage (spying) equipment for Israel".


a review;
A financial analyst on Bloomberg channel:
"If Egypt's revolution succeeded, we will see a giant economic power, the size of Turkish economy in few years."
Dignity, Freedom of speech & Freedom of choosing leaders/representatives creates strong economies & encourages investments & increases workforce production. Good economy for Egypt will help improve other economies around the world as trade soars.

source : We are all Khaled Said
Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.